Selamat Tinggal 2019....Selamat Datang Tahun Baru 2020

by - Wednesday, January 01, 2020

Sedar tak sedar , dah pun masuk tahun 2020. Sekejap jer.. 
So, Selamat Tinggal Tahun 2019.. 
Banyak memori indah tercipta buat diriku sepanjang 2019. Antaranya ialah :

1. Kenangan Terindah Seumur Hidup - Dah Dapat Sijil PhD.

Ini adalah kenangan terindah yang snagat-sangat indah. Pahit manis jerih sedih semua ada sepanjang 6 tahun struggle nak dapatkan segulung Ijazah Kedoktoran. Azam tahun-tahun sebelum ni nak grad, akhirnya berjaya jugak grad masa November 2019. Biarlah lambat pun, asalkan dapat juga GRAD. 

Wow!!. Lega!. Lega sebab dah tak perlu nak stress -stress lagi hari-hari. Lega sebab dapat tidur malam dengan tenang. Lega sebab dapat bangun pagi-pagi tanpa sebarang kegusaran lagi dah =)).. dan lega dan happy sebab dapat berikan masa tanpa had untuk anak-anak tersayang. Kalau tak, mesti selalu dengar Kaka FL cakap "mommy ni asyik buat tesis jer hari-hari jer"... hahahhaa.. Sampai dia pun dah tahu apa maksud 'tesis'😊😊. Nak dapat PhD ni ialah cita-cita aku masa aku umur 15 tahun.




2. Travel Dengan Anak-Anak

Tahun ni aku agak busy jugak dengan saki-baki urusan PhD. Tahun ni aku VIVA, lepas VIVA nak kena pulun siapkan correction pulak. Lepas tu, nak kena print hard bound tesis, pastu kena naik-turun pejabat UPM untuk urusan konvokesyen. So, tahun ni aku aku tak dapat nak travel jauh-jauh dengan family. So, kami spend masa travel dekat-dekat jer. Yang penting, ialah travel dengan anak-anak. So, dapat jugaklah bagi kebahagian kat anak-anak walaupun destinasi tu tak jauh mana. 

Tahun ni kitaorang banyak melancong dalam negara jer especially kat dalam Selangor. hehe. Pastu, dapat jugaklah pergi ke Vietnam sekejap sebelum hari Konvo tu. Ok lah tu. Anak-anak happy, mommy daddy pun happy =)). Cerita pasal ravel tahun ni aku share kat sini - DPTravel.




3. Tengok Anak-Anak Membesar Depan Mata

Walaupun aku agak busy tahun dengan saki-baki urusan PhD, tapi tak lah sebusy tahun-tahun lepas. So, aku boleh spend time lebih lama dengan anak-anak. So, tahun 2018 & 2019 d aku pilih untuk jaga sendiri anak-anak aku. Aku jaga sendiri Leeya - tak hantar dia ke taska atau ke rumah babysitter. Akulah babysitter untuk Farah Aleeya sejak dari dia lahir sampai sekarang. Dan jugak babysitter  dan personal driver untuk Kakak FL =)). Pagi Kakak FL pergi tadika. Jam 1 petang dia balik dari school, pastu pergi ke enrichment class.. So, Alhamdulillah , aku dapat uruskan sendiri urusan anak-anak. 

Walaupun aku menjadi perosnal driver tak berbayar ,takpe aku happy, nanti bayarannya tu dapat kat Syurga kelak =)). So, hari-hari aku dapat dengar cerita-cerita dari mulut Kakak FL yang tak pandai diam dan petah bercakap =)). Ada cerita kelakar, cerita sedih, cerita geram, cerita happy, macam-macam lah. 

Yang penting, aku menjadi orang pertama yang bagi telinga aku kat dia. Hopefully, aku berharap dan berdoa supaya anak-anak aku dapat ingat kenangan-kenangan indah antara diaorang dan mommy nya ni bila diaorang besar nanti 😊😊... Aku happy sebab sepanjang 2019 ni, aku dapat membesar kan anak-anak dengan tangan aku sendiri. Dapat masak untuk diaorang, dapat suapkan diaorang makan, dapat mandikan diaorang, dapat pakaikan baju diaorang dan dapat tengok diaorang makin tinggi depan mata setiap hari =)).




*********************************************************************************

Itu jelah kot 3 kenangan terindah aku untuk tahun 2019. Blog pun aku tak banyak update tahun lepas, sebab banyak spend masa dengan anak-anak, sebab nak ganti balik masa dengan anak-anak yang  dah berlalu dek kerna asyik duk buat tesis jer, so blog sedit terabai. Sorry guys. InshaAllah tahun ni aku akan cuba untuk update lagi kerap. 

So, selamat datang tahun 2020. Tahun 2020 ni agak special bagi aku. Sebab sejak dari bangku sekolah lagi, aku duk kira-kira , buat countdown untuk sampai tahun 2020. Dulu aku selalu duk tanya-tanya 'tahun 2020 lagi aku masih hidup ke?'. Alhamdulillah, aku masih hidup pada 1 Januari 2020 ni. 

So, tahun 2020 ni aku happy sebab masih lagi bernyawa dan diberikan keluarga yang happy dan bahagia. Dan aku happy sebab aku dapat melangkah Tahun Baru 2020 ni dengan kejayaan yang sangat manis untuk diri aku. Cita-cita aku sejak dari umur 15 tahun dah tercapai. 

Timeline kehidupan yang aku set kan sehingga tahun 2020, Alhamdulillah, semuanya 'on-track'. Dan, untuk hari-hari yang mendatang ni aku harap - hari-hari aku akan lebih ceria, lebih bahagia, lebih tenang, lebih barakah dan lagi dimurahkan rezeki yang berkat .. Amiinnn..

Selamat tahun baru untuk korang jugak. Semoga tahun baru ni akan bagi korang lebih kenyakinan, lebih ketenangan, lebih bahagia dan lebih barakah =)). Stay tune to my blog. Terima kasih sebab sudi baca blog Dorsett Pink dan sudi baca entri ni. 

You May Also Like

8 comments

  1. selamat tahun baru! semoga 2020 lebih indah =)

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah untuk kenangan tahun 2019 dan selamat tahun baru 2020 ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah untuk tahun 2019. Dan alhamdulillah masih dipanjang umur untuk menikmati 2020

      Delete
  3. Tahun 2019 sangat bermakna tu dapat Phd dan bercuti. Semoga lebih berjaya di tahun baru 2020 ni. Aaminn

    ReplyDelete
  4. Happy New Year 2020.. semoga sihat sentiasa lebih ceria dan bahagia =)

    ReplyDelete