TIPS Nak Masak Spaghetti Yang Sangat Sedap Untuk Anak-Anak

by - Wednesday, February 05, 2020

TIPS Nak Masak Spaghetti Yang Sangat Sedap Untuk Anak-Anak | Anak-anak aku jenis picky eater. Kakak FL sangat-sangat-sangat-sangat picky eater, tapi adiknya tak seteruk kakak. Alhamdulillah.

Biasanya budak-budak picky eater ni diaorang tak suka makan nasi. Tapi Kakak FL sejak umur 5 tahun, dah mula berminat dengan nasi dan hari-hari mintak nasi. 

Selain nasi, dia masih lagi menjadi pengemar setia Italian Food especially Spaghetti dan Pizza. Kalau dulu, hari-hari mommy wajib kena masak  Spaghetti tapi sekarang dah tak perlu masak hari-hari lagi sebab Kakak FL dah boleh makan nasi. Adik pulak OK boleh makan nasi, tapi dia lagi suka mee. So, Spaghetti antara dalam list favourite makanan dia. 

Sebabkan hari-hari aku masak Spaghetti, jadi macam dah jadi PRO pulak masak Spaghetti untuk anak-anak..(baca sambil mata juling ke atas...... hahahha..) . Kakak FL dan Leeya suka sangat dengan spaghetti yang mommy masak tu. Sampaikn BFF aku pun pernah request suruh aku masak spaghetti tu untuk dia, sebab dia kata sedap... Errmmm.. aku rasa biasa jer.

So, ni aku nak share TIPS nak masak spaghetti yang sedap dan berlemak untuk anak-anak. 

TIPS nya ialah - guna fresh milk.


Masak spaghetti atau mac & cheese, apa kuah sekalipun, jangan lupa letak fresh milk. Even kuah yang korang masak tu pedas. Fresh milk tu boleh menghilangkan rasa pedas kuah tu , contoh macam kuah bolognese atau marinara. So, bila budak-budak makan, diaorang tak rasa pedas tu. 

Dan fresh milk juga  akan membuatkan kuah tu jadi berlemak. Lemak-lemak tu lah yang buatkan budak-budak suka. Lagi banyak susu yang diletak, lagi berlemak dan lagi sedap rasa dia. 

Masak kuah Spaghetti tu macam biasa - ikut resipi yang korang tahu. Tapi jangan lupa letak fresh milk. 


Ini contoh Spaghetti yang dah siap masak dengan fresh milk. Tak nampak sangat lemak berkrim dia, tapi rasanya dia sangat sedap. Kakak FL dan Leeya makan ni tak cukup 1 pinggan, confirm mintak tambah.


Mommies try la dulu =))

You May Also Like

6 comments

  1. betul tuh, akak selalu kalau buat bolognise memang akan tambah fresh milk dalam kuahnya, kalau sos carbonara akak lebih suka buat sendiri je... takla lemak sangat sampai muak kadang tu

    ReplyDelete
  2. Untuk yang dewasa tak berapa tahan atau suka pedas pun boleh makan ni.

    ReplyDelete
  3. pasti kesukaan anak-anak kan DP tq berkongsi tips :)

    ReplyDelete
  4. oh baru tahu. terima kasih kongsi info ^_^

    ReplyDelete
  5. sesungguhnya aida memang guna full cream milk kalau buat kuah spageti.
    memang sedap!
    lemak berkrim.

    ReplyDelete