Nak Makan Meatball IKEA

by - Sunday, April 26, 2020

Dah lama dah berkurung kat rumah, hari-hari masak. Hari-hari makan makanan air tangan sendiri. Mula-mula seronok. Tapi bila lama-lama rasa macam dah jemu nak makan masakan sendiri. huhu.

Tambah pulak, rasa penat berdiri lama-lama kat dapur. Kalau dulu sebelum PKP ni, selalu jugak makan kat luar. Paling tidak pun, confirm Sabtu Ahad tak yah masak sebab makan kat luar atau tapau makanan. Tapi sekarang, dah tak boleh lagi nak makan kat luar. So, nak tak nak terpaksalah masak hari-hari.


Salmon IKEA

Sebab dah jemu makan makanan sendiri, tekak ni tetiba rasa nak makan kat IKEA. Aku suka Salmon IKEA tu, sedap giler! Meatball IKEA aku layan jugak, tapi aku lagi prefer makan Ikan Salmon kat IKEA tu.


Tanya kat kawan aku yang selalu pergi IKEA, mana tahu kot-kot foodcourt ikea bukak time PKP ni, boleh order kat FoodPanda atau GRAB. Tapi tak de. huhu. Pasrah!. Bukan rezeki aku waktu ni.

Gambar throwback. Makanan IKEA - makan kat rumah. Bawak bekas sendiri, jimat sikit dari beli bekas kat sana.


Tetiba ada kawan baik aku kat sekolah dulu bagitau yang dia buat bisness jual meatbal yang dah siap masak. Aku terus order.

 Sedap. Kuah black peper dia pun sedap.

Kalau nak order. Boleh call nombor tu - 012-385 9676 - SuasanaDapur2U. 


Delivery COD sekitar Klang Valley. Untuk pertanyaan lanjut, call je nombor tu atau whatsapp. 

Serious sedap. Nanti aku nak order lagi. 

You May Also Like

10 comments

  1. Alhamdulillah.Dipermudahkan dapat apa yang diingini.

    ReplyDelete
  2. Sedapnya.. area shah Alam cover Tak..

    ReplyDelete
  3. Pernah makan meatball IKEA. Memang sedap. Salmon tu belum lagi.

    ReplyDelete
  4. zaman teknologi ... semuanya dihujung jari.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah dapat juga makan meatball ;-)
    Salmon nampak gayanya kena beli ikan mentah buat sendiri la ya...

    ReplyDelete
  6. nampak tu craving nya. ahakss

    wahh beli makanan kat ikea bawak bekas sendiri? boleh try nanti

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah, lepas juga rasa teringin tu kan...

    ReplyDelete
  8. Ya Allah sedapnya kak! tetiba lapar pulak hahaha tak lama dah ni.
    Salam Ramadan kakkk :)

    ReplyDelete
  9. nampak sedap..meatball + black pepper sauce mmg sangat ngam..

    ReplyDelete