Solat Tarawih Pertama Ramadhan 1441

by - Thursday, April 23, 2020

Solat Tarawih Pertama Ramadhan 1441 | Alhamdulillah, sekali lagi aku diberikan nikmat oleh Allah untuk menyambut bulan Ramadhan esok untuk kesekalian kalinya bersama keluarga kecilku. Alhamdulillah, kami masih lagi dapat bersama-sama untuk Ramadhan tahun 2020 ni. Terima kasih Allah!.

Semoga nikmat ini akan terus diberikan pada kami  untuk tahun-tahun akan datang. 

Esok InshaAllah kita semua akan berpuasa hari pertama Ramadhan 1441. Walaupun Ramadhan ni lain, totally lain, dah tak sama macam sebelum ni, tapi takpe, kita masih lagi diberikan Oksigen oleh Allah untuk terus merasai Ramadhan dan mungkin bakal berjumpa dengan LailatulQadar inshaAllah.


Tak de Bazar Ramadhan - Bagi kami, OK jer. Sebab sebelum-sebelum ni pun memang jarang pergi Bazar Ramadhan. 

Cuma rasa sedih sikit sebab tak dapat solat tarawih kat Surau.  Tapi OK jer, hidup mesti diteruskan =)). Tapi tahun sebelum ni pun aku jarang solat tarawih kat surau sebab al-maklumlah, anak-anak masih kecik lagi. Cuma last year, ada peluang bersolat kat surau, itupun sebab Leeya ni behave jer. Kalau tak, memang ku tak kan bawak anak-anak ni pergi solat tarawih kat surau tu. Sebab aku tak suka budak-budak buat bising kat surau/masjid masa solat tarawih. So, aku pun tak suka bila anak sendiri buat bising kat surau.. Jadinya, lebih baiklah solat jer kat rumah. 

So, malam ni kita semua akan solat tarawih - Solat Tarawih Pertama Ramadhan 1441. So, kami bersama-sama solat tarawih kat rumah, termasuk dengan Kakak FL sekali. Syukur sebab dapat solat dengan en.suami. Biasanya setiap kali Ramadhan pasti suami-suami akan bersolat tarawih kat masjid/surau kan. So, kali ni Allah nak bagi peluang kat kita semua - solat bersama-sama dengan ahli keluarga. 

Dah siap sedia sejadah untuk 3 orang - Magrib, Isyak, terus solat tarawih.


Kakak FL excited sangat dah masuk Ramadhan. Dia dari last month lagi duk counting days bila nak puasa. Al-maklumlah, ini tahun pertama dia belajar berpuasa. Sebab tahun ni dia umur 6 tahun, so mommy rasa dah tiba masanya dia belajar puasa.

Biarpun anak orang lain dari awal lagi dah diajar puasa, tapi untuk anak-anak kami, kami lebih tekankan SOLAT dahulu. Biar anak-anak pandai bersolat dahulu. Then baru diaorang boleh belajar puasa. Sebab kalau tengok RUKUN ISLAM pun, Solat dahulu baru Puasa kan? 

So, solat itu lebih penting untuk diajar dan ditekankan pada anak-anak dari berpuasa. 

Alhamdulillah, kakak FL dah pandai solat, siap boleh baca surah lazim dan Tahiyat lagi. Dan setiap hari dia wajib solat Isyak. Solat Isyak dulu dia praktis setiap hari. Takpe, baby step. Nanti cukup umur 10 tahun cekuplah solat 5 waktu sehari-semalam. Kalau nak compare dengan mommy dulu-dulu, jauh beza. Mommy dulu pandai solat masa Darjah 3. Kalau umur tadika tu, masa tu tahu main jer. huhuhuhu...


Alhamdulillah malam ni hujna. Hujan Rahmat - hujan pertama di Ramadhan 1441. Syukur...

You May Also Like

12 comments

  1. alhamdulillah anak solehah Kak FL..
    salam ramadhan kak.. selamat berpuasa =)

    ReplyDelete
  2. selamat menunaikan ibadah puasa dan tarawih sepanjang Ramadan Kareem

    ReplyDelete
  3. Salam ramadan
    Selamat melaksanakan ibadah2 yang dituntut sepanjang ramadan

    ReplyDelete
  4. salam ramadhan & selamat berpuasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam ramadhan dan selamat berpuasa mama tisya

      Delete
  5. Salam Ramadan al-mubarak..

    ReplyDelete
  6. Tak APA Lah solat di rumah ok je Kan.. mama pun jenis x pegi bazaar ramadhan so x terasa sgt

    ReplyDelete
  7. Rasanya belum terlambat untuk wish Intan dan family Salam Ramadan. Selamat menunaikan ibadah di bulan mulia ini.

    ReplyDelete