Baju Raya Tahun 2020

by - Thursday, May 28, 2020

Ikutkan perancangannya, tahun ni tak nak beli baju raya. Al-maklumlah beraya masa musim PKP, tak kemana pun, duduk rumah jer. Dapat beraya pun raya pertama jer. So, pakai baju raya tahun-tahun lepas OK jer.

Tapi seminggu sebelum raya, en.suami cakap nak beli baju raya untuk kami sekeluarga tahun ni. Sebabnya dia ada baju baru (baju melayu yang belum pakai lagi - baju sponsored beberapa tahun lepas punya). En.suami aku ni jenis tak suka sangat pakai Baju Melayu. Dia akan pakai bila Hari Raya jer atau ada event-event yang wajib pakai Baju Melayu jer. Selebihnya, baju melayu hanya tersimpan dalam wardrobe. 

So, en.suami kata lebih baik beli jer baju raya untuk kenangan dalam Album Raya 2020 - pakai baju sedondon. Dan dia decide tema colour Peach atau Oren, sebab baju melayunya warna Oren ala-ala peach gitu. Beli seasang jer cukup - untuk raya pertama jer. 


Misi pencarian baju raya - seminggu sebelum raya. Masa tu pembelian online dah tak tutup. Pos Laju dah bercuti. So, nak tak nak kena pergi kedai la beli. 

Mula-mula pergi kedai Hari-Hari. Tahun lepas beli baju kurung anak-anak kat Hari-Hari, harga dia murah - dalam RM 50. Tapi tahun ni sepasang baju kurung kanak-kanak RM 84. Fuhh! Terus keluar kedai tak jadi beli.

Pastu pergilah ke PKNS Shah Alam (en.suami pergi sorang), langsung tak jumpa baju kanak-kanak (baju anak-anak priority dulu, baju mommy kemudian), sebab tak de Bazar Aidilfitri kat tengah-tengah tu. Pergi SACC pun sama. Last-last balik rumah jer tanpa shopping apa pun. 




Balik rumah, godek-godek instagram,ternampak Jakel - ada personal shopper. Terus whatsapp dia, tapi baju kena pick up sendiri, tak de pos dah. OK jer pick up sendiri, sebab malas nak gi shopping nak try baju. Lagipun budak-budak tak boleh masuk kedai. 

Aku send through Whatsapp gambar baju dan saiz yang aku nak. Dia tolong carikan, pastu terus reserve my booking - baju mommy dan baju anak-anak. Esokkannya, en.suami pergi ambik jer baju tu kat Jakel HQ, bayar kat situ jugak. Senang! Tak payah bawak anak-anak ke sana-kesini mencari baju. 







Ini Hari Raya Ke-3. Hari ke-2 takde gambar


Baju Kakak FL : Beli kat Vietnam last year (baju baru belum pakai lagi).
Baju Leeya : Baju raya 2 tahun lepas, beli kat JAKEL. Pernah pakai sekali jer masa Raya 2018.


Baju Mommy : Baju Konvo PhD (Beli kat Vietnam). Baru pakai sekali masa Konvo tahun lepas. 

You May Also Like

8 comments

  1. ssh skit nk shopping raya tahun sbb xleh bwk ank ke mall.. tu satu hal dh..
    lepas tu nk kene tgl anak sbb kita nk shopping.. satu hal lg..
    lg satu kalo nk sruh suami pilih mmg xpuas ati. haha.. byk hal la..

    baju raya sy beli online.. beli sblom puasa.. nsb baik kwn sndiri yg jual.. sng skit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, susah nak shopping masa pkp ni. terpaksalah beli online. tak boleh try

      Delete
  2. SWEET COLOUR. Anak-anak comel dengan mamanya pun putih sesuai sangat peach colour. Selamat Hari Raya DP

    ReplyDelete
  3. Meriah gambar2 tu. Selamat hari raya.. 😀😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih. hari raya kita kena happy happy ,sebab tu gambar semua meriah =)). Btw,
      Selamat hari raya jugak Silah hassy

      Delete