Hari Raya 2020

in , , by dorsett pink, May 26, 2020
Assalamualaikum..

Hari ni raya ketiga. Aku rasa masih belum terlambat untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua readers blog dorsettpink.com . Aku nak mintak maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki kalau ada silap tutur kata dan bicara dalam penulisan aku yang buatkan korang kecik hati atau sakit hati. Aku mintak maaf sangat-sangat. 



Aku hanya manusia biasa yang tak terlepas dari melakukan kesilapan. Minta maaf juga tak sempat nak blogwalking kat blog korang. Kalau ada kesempatan, aku cuba untuk BW. Almaklumlah, ada anak kecik, nak update blog pun, kena ' bersilat 'dulu dengan anak. 

Andai kata kalau kita pernah kenal di dunia realiti, aku minta maaf jika pernah buatkan korang terasa hati dan menyinggung perasaan korang. Aku harap perkenalan yang terjalin kekal untuk selamanya. Always keep in touch yoo.

Terima kasih juga pada kalian semua yang sudi membaca blog aku ni termasuk silent readers. Terima kasih pada yang sudi tinggalakn komen-komen di ruangan komen. Aku hargai setiap feedback korang. Aku mintak maaf kalau komen-komen tu tak terbalas. Kadang-kadang bila aku bukak blog, aku mengejar masa, rushing sangat, so tak sempat nak reply komen. Bila ada waktu free, aku baru repy komen-komen tu. Minta maaf tau.

Untuk yang follow aku kat sosial media samada kat IG atau FB, aku sangat-sangat berterima kasih. Terima kasih juga pada yang sudi hantar emel pada aku, yang sudi DM aku untuk tanya soalan-soalan. Terima kasih snagat-sangat. Aku cuba reply DM korang dan menjawab soalan-soalan tu selagi yang aku mampu. Kalau soalan tak terjawab, aku akan merujuk pada yang pakar. Terima kasih sangat-sangat. Maksudnya kalian membaca penulisan aku kat blog. Terharu sangat. Terima kasih tau.


Aku harap Hari Raya tahun ni meriah jugak untuk korang walaupun tak dapat balik beraya ke kampung.

Aku macam biasa raya kat KL seperti tahun-tahun sebelum ni. So, rutin raya pertama tu ikut jer macam tahun sebelum ni. 

Raya Pertama - solat aidilfitri kat rumah, pastu makan-makan sambil tengok TV cerita Raya sampai solat zuhur, pastu keluar ambik gambar raya kat luar, then pergi beraya rumah family sampai midnight. 

Raya Kedua - disebabkan PKP dan larangan ziarah-menziarahi tahun ni, jadinya raya kedua kita duduk rumah jer , layan buat housechores yang tak pernah habis dan layan tengok TV  =)).



Selamat Hari Raya korang. Maaf Zahir dan Batin =))


SHARE 12 comments

Add your comment

  1. Selamat hari raya Aidilfitri.
    Saya pun nak minta maaf kalau ada komen/ tulisan pada blog kerang disenangi.
    Hehe tahun ni sepi sedikit sebab anak-anak buah takde. Takde kecah rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari raya NA. terima kasih kerna selalu sudi BW ke sini. maaf zahir batin ya

      Delete
  2. Selamat hari raya buat DP sekeluarga 🌹

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari raya hazel. thanks for the wish

      Delete
  3. Selamat Hari Raya Aidilfitri MaafZAhir Batin ya..kak PC pun tidak terlepas daripada buat khlifat,waktu tinggalkan komen diblog ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ada ya komen yang tak enak disini .. eerm. takpe, saya dah maafkan. kita semua tak lepaas dari buat salah. selamat hari raya untuk kak pc

      Delete
  4. Selamat menyambut raya dalam norma baharu
    Maaf zahir dan batin

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari raya WP. sambut raya dalam norma baru ni pelik la. macam tak best pulak , tapi nak buat macam mana kan.

      Delete
  5. SALAM AIDILFITRI DP N FMLI MAAF ZHR BTN COMELNYA FL N ADIK

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam eid-mubarak kak PI. terima kasih kerana selalu BW ke sini.

      Delete
  6. selamat hari raya Aidilfitri .. x byk nyamuk ke bergambar kat pokok getah tu :-)

    ReplyDelete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE