Halau Lalat Guna Kulit Kayu Manis Jer

by - Sunday, May 17, 2020

Petua Halau Lalat - Guna Kulit Kayu Manis | Lately, tetiba ada pulak lalat sesat masuk dalam rumah. Tak lah banyak, tapi bernanah la jugak mata aku tengok si lalat duk terbang ke sana ke sini, ke sana ke sini. Tak pernah-pernah rumah ni ada lalat, tetiba pulak ada.

Mungkin sebab bau makanan yang sedap lagi enak tu kot. Al-maklumlah Bulan Ramadhan la katakan, mesti lah kita masak sedap-sedap untuk buka puasa nanti. Siap buat juadah kuih tradisional lagi 😊.  Ramadhan tahun ni kan unik. 

Dari langsung tak pandai dan tak suka buah kuih-mueh, tetiba jadi pandai pulak buat kuih. Haih! Angkat bakul sendri. Takpelah,siapa lagi nak puji diri sendiri kalau tak diri-sendiri kan? (*senyum). 

Rimas tengok si lalat tu, aku pun tanya lah dengan Pakcik Gugel macam mana nak halau si lalat ni. 

Amboiiii, banyak giler TIPS yang Pakcik Guel bagi. Sememangnya Pakcik Gugel tak pernah mengecewakan kita 😄..

Dari banyak-banyak TIPS tu, aku try guna yang 1 ni ↓. 


Petua halau lalat - ambik kulit kayu manis dan bunga lawang rendam dalam air, pastu biarkan kat tempat lalat tu. 

Dan ajaibnya, selepas beberapa ketika, lalat terus hilang. WoW! Amazing. Berkesan betul petua ni. 

Yang aku baca kat Pakcik Gugel tu, sebenarnya, kena tumbuk kulit kayu manis sampai jadi serbuk, pastu biarkan jer kat tempat lalat tu. Sebab lalat tak suka bau kulit kayu manis tu.

Tapi sebabkan aku malas nak tumbuk-tumbuk, aku try jer buat cara aku tu - rendam terus dalam air. Alhamduillah! menjadi jugak. 

Dan kini aku hidup aku kembali tenang tanpa kehadiran si lalat yang mengganggu rumahtangga aku tu  =)) .

You May Also Like

6 comments

  1. Memang mudahlah petua ni. Lagipun boleh wangikan rumah secara tak langsung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah senang. wangi pun ya. kalau nak lagi wangi - gunakan serai wangi - tumbuk halus-halus pastu biarkan dalam bekas, letak kat area lalat datang tu. Atau nak lagi senang gunkan young living essential oil 'lemongrass', drop je kat tempat-tempat lalt tu dan jugak kat dalam tong sampah

      Delete
  2. Wah nice tips nanti boleh try !

    ReplyDelete