Impian DP

by - Saturday, July 18, 2020

Aku ni sejak kecik lagi suka berangan-angan. Tahap angan-angan aku tu mungkin macam dah setaraf dengan angan-angan Mat Jenin 😂.

Macam-macam angan-angan aku tau. Dan ada yang menjadi ada yang tak menjadi. 


Antara salah satu angan-angan aku ialah nak jadi Champion Taekwondo kat dalam Taekwondo Tournament. Masa tu umur aku 6 tahun, waktu tadika. Aku tak tahu macam mana masa waktu umur 6 tahun tu aku boleh terfikir nak jadi atlit taekwondo, instead of sukan-sukan lain. Mungkin sebab selalu tengok kat TV kot. 

Pastu, tup-tup masa aku Darjah 4 aku masuk kelas taekwondo kat sekolah. Aku nak sangat masuk kelas taekwondo tu, dan akhirnya bila dapat masuk, aku happy sangat-sangat. Dan 2 tahun lepas tu, aku dapat wakil Negeri Terengganu ke Peringkat National Juniour Taekwondo Tournament kat Kuala Lumpur. First time wakil Negeri tak dapat medal apa-apa. Tapi 2-3 tahun lepas tu, start dapat medal. Dan aku teruskan main taekwondo tu sampai umur aku 19 tahun (kat UiTM masa tu). Umur 19 tahun tu kira tahun akhir aku dengan taekwondo, dan tournament terakhir aku ialah Kejohanan Taekwondo Kebangsaan kat Sabah dan masa tu aku wakil UiTM. 


Dan ada banyak lagi angan-angan lain. Antaranya ialah angan-angan nak pergi ke Tembok Besar China dan New Zealand dan angan-angan nak ada Tittle DR. kat depan nama 😊😊.

Sebenarnya angan-angan tu boleh bertukar menajdi IMPIAN. Dan IMPIAN itu InshaAllah akan menjadi kenyataan dengan izin Allah. 

Sekarang ni IMPIAN aku ialah aku nak menjadi BILLIONAIRE satu hari nanti. Aku tak tahu bila waktu itu akan datang, tapi aku PASTI someday and somehow i will be there 😊😊.

Dan hanya satu-satunya cara aku nak capai IMPIAN nak jadi Billionaire tu ialah dengan menjadi USAHAWAN. 


Ini Infografik yang En.Suami aku share dengan aku - 9 HABIT Orang Kaya. Antara 9 ni, boleh kata aku buat semuanya dan dah memang menjadi habit aku sejak sekian lama kecuali yang No.1 dan No.8 😂. Kitaorang ada aim yang sama iaitu nak menjadi ORANG KAYA 😊.

Sebab en.suami aku selalu cakap - Orang Islam kena jadi KAYA-RAYA. Sebab bila Orang Islam KAYA, ekonomi  Orang Islam akan naik. Bila ekonomi Orang Islam kukuh dan strong, kita boleh buat banyak benda macam boleh bina hospital untuk Orang Islam, boleh bina sekolah untuk anak-anak orang Islam, kita boleh beri dan buka peluan pekerjaan kat orang-orang Islam yang lain. 

Korang jangan hanya tengok kat konteks Malaysia saja, tapi tengok kat konteks luar negara. Betapa kesiannya orang Islam yang kena tindas yang berada di negara-negara Bukan Islam, contoh macam kat Kemboja, kat Syria, kat Afrika Selatan, kat Philiphines dan banyak lagi negara-negara lain. Diaorang tu usah kata nak pergi sekolah, nak makan pun tak ada makanan, even rumah pun tak ada, terpaksa duduk berteduh di bawah khemah. 

Cuba tengok masa Zaman Rasulullah SAW dulu, Islam sangat kuat dan gemilang dan terbilang, tentera Islam sangat kuat. Sebab apa? Sebab Orang Islam masa tu ada ekonomi yang kukuh. Rata-rata para Sahabat ketika tu bekerja sebagai pedagang atau peniaga. Dan diaorang gunakan kekayaan diaorang untuk bagi sumbangan pada Tentera Islam. Bila Tentera Islam ada banyak 'duit', bolehlah beli kuda yang kuat, boleh beli baju besi yang berkualiti, boleh beli pisau dan pedang yang berkualiti, bila peralatan ketenteraan bagus, berkualiti dan siap-siaga, dengan Bantuan Allah, Tentera Islam boleh menang dalam setiap peperangan menentang musuh. 

Cuba tengok masa zaman kegemilangan Sultan Muhammad Al-Fatih, yang berjaya manakluk Kota Konstantinopel. Kalau Tentera Sultan Muhammad Al-Fatih tak berduit, agak mustahil untuk Tentera Islam menang ketika itu. 

So, atas dasa tanggungjawab untuk membantu Umat Islam kat atas muka bumi ini (selagi nyawa dikandung badan), aku pasang Impian untuk menjadi Billionaire. Agar aku boleh contribute dan bantu ekonomi Umat Islam.

Doakan aku berjaya mencapai Impian itu. Korang sekarang boleh gelak-gelak baca impian aku ni. Tapi satu hari nanti korang akan tengok siapa DP suatu hari nanti 😊. hahahhaha. 

You May Also Like

14 comments

  1. IMPIAN INSPIRASI KEJAYAAN INSYAAALLAH

    ReplyDelete
  2. Jadi kaya.Dengan kekayaan itu kembangkan menjadi pelaburan besar untuk bermewah-mewah diakhirat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. inshaallah kak PC. doakan cita-cita saya terlaksana ya

      Delete
  3. In syaa Allah
    Mudah2an impian akan tercapai.
    Bila dah kaya nanti jangan lupa bayar zakat dan membantu orang2 yang memerlukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. inshallah wak. Thank you sebab baca impian saya ni.

      Delete
  4. Sikit2 capai ye.. Pelan2 kita kayuh. Hehe

    ReplyDelete
  5. Niat yg murni.Akak doakan impian DP tercapai aamiin.

    ReplyDelete