Jeruk Timun Malaysia - Apa Rasanya?

by - Saturday, July 18, 2020

Hari tu kan aku ada update kat blog pasal en.suami aku beli Jeruk Timun kat Kedai Arab kat KL ni. Boleh baca kat entri ni - 'JERUK TIMUN - SAYUR WAJIB BILA DP TRAVEL KE LUAR NEGARA'.

So, kelmarin kitaorang try la makan jeruk timun yang dibeli kat Malaysia ni. 

Dan korang nak tahu apa rasanya?????


YaRabbi! Masam Giler! Tak boleh Telan!

Memang langsung tak sama dengan jeruk timun yang dibeli kat oversea. 

Fuhh! Tak boleh makan tau, tak tertahan rasa MASAM dia tu.

Tapi sebabkan dah beli, kalau tak makan nanti membazir pulak. So apa yang kitaorang buat ialah basuh dulu timun tu dengan air biasa. Basuh lama-lama, then baru makan. Lepas dah basuh tu, Alhamdulillah OK , bolehlah telan masuk dalam tekak.

Blogger Kak Diana Rashid kata - 'rasa MASAM tu sebabkan cuka yang digunakan tu masam melampau'. Mungkinlah cuka yang digunakan Made In Malaysia. 

Blogger Syaz Rahim tanya - 'sama ke macam timun dalam burger McD?' . Jawapannya tak sama. Rasanya timun dalam burger McD tu boleh dimakan lagi, tapi jeruk timun yang dibeli dalam botol ni langsung tak boleh makan. Tapi, sebenarnya aku pun tak suka timun dalam burger McD tu. Kalau beli burger McD, akau akan buang timun tu dulu 😂.


*Thank you korang tulis komen / respond  di bahagian komen. Thank you so much you all sebab sudi baca entri-entri yang aku tulis 😊.


Kalau korang pergi Oversea, try beli jeruk timun ni kat mana-mana supermarket (pastikan yang HALAL) dan korang rasa sendiri apa rasa dia. Totally tak sama macam jeruk timun kat Malaysia ni. 

Jeruk timun ni banyak dijual kat Kedai-Kedai Arab sebab Orang Arab suka sayur macam ni.

You May Also Like

3 comments

  1. Ai tak pandai makan mr pickles ni. Tak kena ngan selera.

    ReplyDelete
  2. Hahaha sama.. Kalau burger mcd jerut tu pun tak makan.. Pelik

    ReplyDelete