Octenisan - Sabun Untuk Kulit Alahan/Allergic

by - Thursday, July 09, 2020

Sejak PKP hari tu, en.suami aku naik gatal-gatal kat badan dia. Gatal-gatal tu macam aku kena dulu masa aku ada eczema dulu-dulu (sekarang eczema aku dah tak de - dah OK). 

Masa PKP tu, dia ada pergi klinik. Pastu doktor kat klinik tu bagi cream - ubat sapu.  Masa guna ubat tu (hanya untuk 2 minggu jer) kulit dia OK. Tapi bila ubat tu dah habis, gatal/ruam tu datang balik 😟. 

Kesian tengok dia. Duk menggaru jer. Pastu last week, dia pergi jumpa Pakar Kulit kat Hospital KPJ Ampang Puteri - Dr.Biduwiah.

Doktor tu ialah doktor yang sama yang merawat eczema aku dulu-dulu. Aku jumpa Dr.Biduwiah ni sekali jer dulu, kalau tak silap aku masa tahun 2008 kot. Lepas jumpa Dr Biduwiah ni, terus eczema aku baik sampai sekrang. Tapi Dr ada suggest suruh makan ubat kalau eczema datang lagi. So, bila datang eczema, aku akan beli ubat tu jer kat farmasi. Alhamdulillah!

Masa en.suami pergi jumpa Dr.Biduwiah last week, Dr suruh buat blood test, pastu Dr bagi beberapa ubat - ada ubat makan dan ubat cream, dan jugak bagi sabun.

 Inilah sabun nya. Harga sabun ni agak mahal, sebab tengok kat botol tu dari Jerman.


Sejak guna sabun dan makan ubat ikut arahan Doktor, Alhamdulillah aku nampak en.suami makin OK. Dah tak gatal-gatal sangat.

KPJ Ampang Puteri ni ialah hospital favourite kitaorang. Kitaorang suka pergi hospital tu sebab suka dengana environment hospital tu dan suka dengan customer service kat KPJ Ampang Puteri ni. 

Kalau aku pergi sana, kalau en.suami yang drive , dia (en.suami) akan drop aku dulu kat lobby entrance then baru dia pergi cari parking. Masa drop tu, staff KPJ tak sempat-sempat nak bukakan pintu kereta kitaorang. Laju giler staff diaorang buat kerja. Pastu kalau terjumpa staff atau doktor kat mana-mana, diaorang akan senyum jer kat visitor yang ada dalam hospital tu. Siapa yang tak suka macam tu kan. Even staff nurse kat ward pun semua baik-baik, soft-spoken, lembut jer setiap kali bercakap dengan kita. Sebab tu kitaorang jatuh cinta dengan hospital KPJ Ampang Puteri ni. 

Lepas ni en.suami kena pergi jumpa Dr tu lagi, untuk buat allergic test.  

You May Also Like

10 comments

  1. Alhamdulillah sakitnya dh sembuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sembuh sepenuhnya lagi kak. na kena follow up lagi dengan pakar

      Delete
  2. kalau macam untuk gegata boleh ke ni?? 2 hari sekali mesti naik gegata.tak tahu nak makan ubat apa dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak berani la nak rekomen. sebab sabun ni doktor yang bagi. saya tak tahu sabun ni ada tak dijual di farmasi. saya rasa better akak pergi jumpa doktor

      Delete
  3. First time tahu brand ni. Review cam best.

    ReplyDelete
  4. Berapa harga. Ermm sbb ena pon sensitif jugak. Even 1hari kerap basuh tgn n tdo pkai losyen still cepat kering n merekah. Lom lg alahan makanan

    ReplyDelete
  5. Kalau dri doktor okla kan.. Kesian kalau allergic ni

    ReplyDelete
  6. Baru tahu jenama ni. Kalau doktor rekemen okla kot kan

    ReplyDelete