Baru Beli Tripod Untuk Letak Handphone

in , , by dorsett pink, August 31, 2020
[TIPS Nak Buat Facebook LIVE dan Konsisten Update Blog]


Aku sekarang ni dah rajin buat LIVE. 

Mula-mula buat Live terketar-ketar mulut, tangan, lutut, urat sendi semua, tapi belasah jer lah , teruskan jer bercakap sorang-sorang dengan kamera. OK lah masa tu sebab langsung tak ada orang tengok 😂. Terketar-ketar pun ko sorang yang nampak diri ko sendiri, jadi lantak pi lah dengan segala "getaran" tu semua  😂😂.

Bila masuk hari ke-2 buat LIVE dah OK. Dah lancar dan dah kurang "getaran" tu, tapi masih ada berbaki sikit-sikit. Hari ke-3 makin OK. Masuk hari ke-4 dah rasa seronok buat LIVE. Pastu rasa hari-hari jer nak buat. Bila miss live 1 hari, rasa macam ada missing something 😂. Tapi bila stop buat live sekejap, nak start buat semula, fuhh! bercinta!. Susah giler nak dapatkan 'semangat' tu. 

Sama sebijik macam tulis BLOG. Bila dah lama kita tak tulis blog, kita akan rasa makin malas dan makin 'jauh' dengan blog kita. So, sebab tu, bila nak dapatkan mood update blog semula ialah dengan cara selalu blog-walking ke blog-blog orang lain. Bacalah sebanyak mungkin update blog orang lain, dan dari situ InshaAllah kita akan dapat balik mood nak update blog kita. 

So, sama dengan apa yang aku buat kat LIVE. Bila semangat nak Live tu dah hilang, aku akan tengok banyak-banyak live/video orang lain. Biasanya aku akan tengok video kat Youtube - channel youtube kegemaran aku. Antara Youtuber kegemaran aku ialah - Marina Mogilko. Chanel Youtube dia ialah Silicon Valley Girl.

Aku dah lama subscribe Silicon Valley Girl tu. Aku rasa sejak dia mula buat Chanel 'Silicon Valley Girl' ni 2 tahun lepas. First video dia ialah dia drive kereta Lamborghini Huracan. 



Aku suka tengok dia sebab dia entrepreneur muda yang berjaya dan punya cita-cita yang besar untuk menjadi usahawan berjaya. Dia muda lagi, mungkin umur dia baru masuk 30 tahun kot. Dia start business masa dia tengah belajar kat Universiti buat Degree. 

Aku banyak belajar tentang entreprenurship dari dia. Dan dia pada mulanya seorang yang tak pandai bebahasa Inggeris, sebab first language dia ialah Russian, dia orang Rusia dan sekrang dah migrate pindah ke U.S sebab sambung belajar buat Master. Aku pun banyak belajar english dari dia. Dia buat business yang berkaitan dengan English Language. So, aku selalu tengok dia dan lama-lama aku ter-inspired untuk bercakap dengan kamera macam dia. 

Mula aku nak start buat Live, en.suami lah orang yang sangat sokong dan bagi aku kata-kata semangat - 'InshaAllah you boleh buat'. 

Masa mula-mula tu, aku buat live guna kamera handphone letak atas meja study, pastu sandarkan handphone tu dengan buku atau bekas susu Leeya, sebab biasanya aku buat Live kat meja study. 

Bila nak buat Live kat tempat lain atau nak buat kat outdoor, tak boleh buat sebab tak ada tripod/stand. 

Pastu aku mintak dengan en.suami tolong belikan aku tripod untuk handphone. 


Alhamdulillah, en.suami belikan tripod ni kat Lazada. Tripod ni boleh guna 1 handphone jer. 

Aku suka sangat. Tapi lama-lama aku found out, kalau nak buat Live kat 2 platform - Instagram dan Facebook, kena guna 2 handphone. Aku tak pandai guna Apps, so terpaksalah guna 2 device. 


Pastu aku belikan yang ini kat Low Yat Plaza, masa beli charger laptop hari tu. Harga ni RM 30 jer. 

Bila cantum dua-dua , jadilah macam ni 😊.


Hari-hari aku buat live. En.suami pun happy tengok aku ada 'hobi baru'. Sebab itu menandakan aku dah makin rajin 😂😂. 


Bila ada orang tengok / view live aku dan bagi komen-komen positif, aku akan mesej en.suami dahn share kat dia. Pastu dia akan reply "TAHNIAH". hahahha. Walaupun hanya ucapan simple, tapi ia cukup buatkan aku happy dan bersemangat untuk buat lagi dan lagi 😊. Thank you so much my beloved husband for all your support!


Bila ditinggikan, tripod ni boleh jadi tinggi macam ni. Tripod ni boleh attach 'lampu' jugak. 



Dekat Low-Yat hari tu, en.suami belikan ini jugak untuk kereta. Dia beli 2 - 1 untuk dia sendiri dan 1 lagi untuk aku. Bila ada benda ni, senang sikit nak tengok video-video kat dalam phone masa tengah drive. 


Sebelum beli yang ini, kitaorang pakai yang ni ↓ dulu, untuk letak handphone dalam kereta.

Yang ini beli RM 3 jer. Beli ni tapi langsung tak pernah pakai dan tak boleh pakai. Rugi RM 3 😂.


Tripod tu aku bawak pergi mana-mana sekarang. Bila pergi hotel pun aku bawak tripod ni. Sangat - sangat berguna - boleh ambik gambar =)).

SHARE 5 comments

Add your comment

  1. Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia ke-63..gigih usahanya tu

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.Terus bersemangat.

    ReplyDelete
  3. betul lah , saya kalau pegang phone lama pun mau lenguh (masa ambl selfie) ni pula live hihi

    ReplyDelete
  4. berbaloi beli kalo sllu buat live..
    kalo sy beli utk amek gmbr jela..
    haha

    ReplyDelete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE