Hari Pertama Kakak FL Sekolah Sejak PKP

by - Thursday, August 06, 2020

Ogos ni baru Kakak KL masuk sekolah semula selepas PKP, setelah 4 bulan bercuti 😊. 

Excited sangat dia dapat pergi sekolah. Dah boring sangat-sangat duduk rumah tu. 

Sengaja masukkan dia lambat sebulan sebab risau dengan pandemik Covid19 ni. Tapi nampak sepanjang Julai 2020 keadaan OK dan banyak mencatatkan kes 1 digit je, so, ada keyakinan la untuk hantar semula Kakak FL masuk belajar macam biasa Ogos ni.


Dia dah mula ke tadika sejak Selasa hari tu lagi, tapi baru hari ni aku sempat nak update kat blog 😊.

Kakak FL masuk sekolah jam 12 tengahari. So, pagi tu dia ada masa lah nak bersenang-lenang kat rumah . Dapatlah jugak tengok cerita kartun kat TV pepagi tu. 

Sepanjang PKP, waktu tidur dan waktu bangun tidur ke laut. Ni baru nak tune balik waktu tidur dan bangun tidur. Hopefully lepas ni dah boleh bangun awal semula macam sebelum PKP. Bukan apa, nanti next year dah nak masuk sekolah rendah, so start sekarang dah kena praktis bangun awal. Hari ni Kakak FL dan Leeya bangun jam 7 pagi. Good Job sisters!. Perubahan yang sangat drastik. Kalau tak, biasanya jam 10 baru nak bangun 😀. 

You May Also Like

5 comments

  1. Comelnya! All the best kakak!

    ReplyDelete
  2. Selamat kembali ke sekolah kakak FL

    ReplyDelete
  3. semoga anak-anak semua sentiasa di dalam lindungan Allah swt dari segala keburukan, aamiin

    ReplyDelete
  4. Tahniah..dah boleh bangun awal tu. Lepas ni try bangun lagi awal.

    Tapi sebenarnya budak ni kalau tidur awal, emmang diaorang boleh bangun awal.

    macam anak-anak akak, sebelum jam 10 dah masing2 kena ada atas katil.

    kejut sekali dua panggil je dah boleh bangun.

    ReplyDelete
  5. Cute je dengan face mask tu.Pulak ada face mask untuk kanak-kanak.InshaAllah kak FL terus semangat dan boleh dapat tune semula.

    ReplyDelete