Makan Malam di Konda-Kondi Cafe, Ipoh, Perak

by - Friday, October 16, 2020

Weekend baru-baru ni kitaorang sekeluarga bercuti kat IPOH , Perak darul Ridzuan bersama-sama dengan our big family. All of us are 14 people including 5 children. Kitaorang tak pernah beramai-ramai bercuti kat Ipoh, so ni kira first time bercuti sama-sama kat Ipoh. 

Plan asal nak ke Penang, tapi sebab Penang ada kes Covid19 yang agak tinggi, jadi terpaksa tukar plan ke Ipoh. OK jugak Ipoh tu. Best. Ipoh sekarang dah tak macam dulu-dulu, ada banyak sangat tourist spot sekarang ni. Pendek kata, 3 hari 2 malam tu macam tak cukup untuk kitaorang. So agaknya mungkin kena repeat lagi trip Ipoh ni, sebab ada banyak lagi tempat yang kitaorang tak sempat kunjungi. 

Kitaorang sampai di Ipoh Hari Jumaat (9 Oktober 2020) dan pulang ke Kuala Lumpur hari Ahad (11 Oktober 2020).

Aktiviti pertama setelah tiba di Ipoh ialah Cehck-In. Kitaorang pilih homestay - rumah teres 2 tingkat ada 9 bilik tidur, 10 bilik air, ada laundry dan ada kitchen. Rumah tu memang sangat-sangat besar walaupun hanya rumah teres jer. Seolah-olah macam rumah banglo. Setiap bilik ada bathroom , ada TV dan ada aircond. 

Lepas check-in jer, kitaorang pergi makan malam kat Konda- Kondi Cafe yang terletak di Jalan Sultan Idris Shah, Ipoh. 





Cafe ni 2 tingkat. Memnag penuh. Seelokknya nak datang sini, booking dulu, kalau tak terpaksa menunggu. Mujur hari tu kitaorang book siap-siap. So, diaorang dah reserve tempat untuk kitaorang. 

Kat sini ada clown. Clown ni 'mencari makan' untuk beli makanan kucing untuk kucing-kucing jalanan. Sis Clown ni pernah masuk Majalah 3 suatu ketika dulu. Aku ingat story dia tolong kucing-kucing jalanan tu kat Majalah 3 TV3 tu. Kebetulan terjumpa depan-depan kat kafe ni. 





Seronoklah budak-budak ni dapat belon.



Ini gambar dari jauh.


Bagi aku best makan malam kat cafe ni. Suasana dia cozy. Rumah kedai lama yang ditransform menjadi sebuah kafe. Cool sangat. Aku suka decor dia. Tapi makanan dia masin sikit. Kalau diaorang dapat kurangkan kemasinan tu, ok sangat dah. 

Kafe ni berada dalam radius tousrist spot. Sebelah kafe ni ada kedai bundle, dan tak jauh dari sini ada Gerbang Malam a.k.a Pasar Malam Ipoh. 

You May Also Like

2 comments

  1. konda kondi ni permainan dedulu nampak sedap semua menu2 kat sini DP

    ReplyDelete
  2. WAH JJCM KAT IPOH NAMPAK HEPI JA DUA BERADIK TU

    ReplyDelete