Basikal Pink Untuk Leeya

by - Friday, November 20, 2020

Leeya dah dapat basikal baru.. Yeaaayyyy!!..

Hari tu en.suami belikan. 

Sebab hari-hari Leeya duk berzikir nak basikal. Ye lah, hari-hari duk tengok kakak dan kawan-kawan kat neighbourhood ni bawak basikal even yang umur 1 tahun pun bawak basikal, so dia pun nak rasa la jugak bawak basikal sendiri.

Tanya kat Leeya dia nak basikal warna apa. Dia jawab warna PINK. 

Bila tanya lagi, jawapan sama jugak - PINK. Tanya lagi, jawapan tetap sama - PINK. 

So, maksudnya memang dia nak sangat-sangat basikal warna PINK.

Taddaaaaa... Inilah basikal untuk LEEYA 😃😃.

Masa beli basikal ni mommy dan Kakak FL tak ikut sebab Kakak FL ada kelas online kat rumah. So, Leeya pergi dengan ayah dia jer ke kedai. Dia pilih yang ini. Harga basikal ni RM 110. 


Orang yang paling happy dapat basikal ni ialah en.suami. Aku tengok muka en.suami aku ceria jer hari tu, senyum memanjang sampai ke malam. Nampak sangat dia happy dapat belikan anak kecik ni hadiah yang sangat diidamkan. Walaupun hanya sebuah basikal, tapi ini pun dah mampu buat dia dan aku happy. 
Leeya tak yah cakap la, hari-hari duk main basikal ni sekarang walaupun tak pandai kayuh lagi. So, mommy la yang kena jadi tukang tolak sekarang 😅. Takpelah, mommy pun dapat exercise jugak 😅.

You May Also Like

7 comments