Iron Steam Philips Rosak, Terpaksa Hantar Ke Pusat Servis

by - Tuesday, November 24, 2020

Last week, aku hantar iron steam aku ke Pusat Servis Philips - Philips Consumer Care yang terletak di Petaling Jaya. 


Iron aku rosak - dia berkelip-kelip pastu steam tak keluar, dan bunyi kuat. 

Sebelum ni pernah terjadi macam tu, bila terjadi macam tu aku on-off ataupun 'decalc' then dia OK.

Tapi kali ni aku dah tak OK-OK. On-Off banyak kali pun tetap jadi benda yang sama. Sebenarnya, sejak sebelum PKPB lagi jadi macam ni, tapi aku relaks je lah, tak rush nak baiki iron ni, sebab tak keluar rumah. Kakak FL pun tak pergi sekolah, so tak perlulah nak iron baju. 

Sekarang, aku relaks sikit, dah pindah rumah, badan pun dah OK, so bolehlah aku drive ke Petaling Jaya hantar iron ni. 



Aku walk-in je. Ikut waze. 

Harga yang baiki iron ni ialah RM 288.00 - depends pada apa yang rosak. Macam iron aku ni ada banyak spareparts yang nak kena tukar. 

Nanti next week baru siap, bila ambik iron baru bayar kos tu. 

Hopefully, lepas baiki ni OK lah iron ni. 

So, buat sementara waktu ni, aku guna iron biasa jer untuk gosok baju. Iron free yang en.suami dapat masa tournement golf. 

You May Also Like

1 comments

  1. iron yang banyak membantu wanita-wanita.. rosak memang kena baiki kan

    ReplyDelete