My Lovely Sweater

by - Sunday, November 22, 2020

 Inilah sweater kesayangan aku - sweater biru. 

Kalau travel masa musim sejuk atau Spring, aku akan bawak sweater ni. 

(Ni gambar masa kat Veitnam tahun 2012).

Sweater ni dah lama beli , sejak aku remaja lagi. My parents yang belikan kat London dulu-dulu. So, pertama kali aku pakai sweater ni ialah mas pergi London dulu. 

Since then, aku selalu pakai sweater ni kalau pergi travel oversea. Sebabnya aku tak ada banyak sweater dan sweater ni yang paling selesa, sebab tu selalu pakai yang ini.


Ni gambar kat Christchurch, New Zealand tahun 2017.


Ni gambar masa on the way balik KL dari Istanbul tahun 2014, naik Malaysia Airlines.


See, banyak tempat aku dah bawak sweater ni pergi berjalan. Boleh katakan bila aku travel masa musim sejuk atau spring aku akan bawak sweater ni sebab aku paling suka sweater ni -selesa. Even sweater ni dah berusia berpuluh tahun tapi tetap OK sampai la ke hari ini. Even warnanya pun tak pudar. Sis suka!.

Actually masa beli dulu, beli 2 colour. 1 warna merah dan 1 warna biru ni. Tapi yang warna merah tu dah hilang. Tak tahu hilang kemana. Maybe hilang masa pindah rumah kot. Dah banyak kali pindah rumah, so tak perasan terhilang. 

Tahun ni sebenarnya plan nak ke Australia dan Egypt. Tiket ke Egypt dah beli (sepatutnya fly April hari tu) tapi dah refund balik, hotel pun dah tempah kat Egypt tu, tapi hotel tak dapat refund sebab katanya bukan salah diaorang kena MCO 😢. Nasib baik tiket flight ke Australia tak beli lagi. 

Walaupun sweater ni dah lama usianya, tapi warnanya masih cantik lagi, tak pudar. 

P/S : Seluar jeans tu pun aku masih simpan sampai sekarang, pakai masa travel pergi oversea jer. Masih elok lagi jeans tu, beli tahun 2008 kot kalau tak silap. Jenama Guess. 

You May Also Like

0 comments