Persediaan Masuk Darjah 1 Tahun 2021

in , by dorsett pink, January 16, 2021

Tahun 2021 ni Kakak FL masuk Darjah 1 Sekolah Rendah. 

Segala persiapan dan keperluan dah dibeli dan dibuat sejak Disember 2020 lagi. Senang prepare awal-awal sebab tak nak kelam-kabut last-minute. 

Buat awal-awal, so last minute nanti boleh fokus buat benda lain. 

Baju sekolah semua dah siap beli.

Ni uniform sekolah Kakak FL - pakai seluar. Nanti Darjah 4 baru pakai kain.

Beli uniform kat koperasi sekolah jer. 


Harga untuk uniform + lencana + buku tulis semuanya ialah 
RM 271 (5 pasang baju sekolah). 


Buku teks dan buku latihan beli kat Pustaka Rakyat. Pihak sekolah bagi senarai buku. Harga BUku beserta alat tulis semua iaah RM 330.

Kakak FL dpaat masuk kelas DLP (Dual-Language Programme), so nanti dia akan belajar Math dan Sains dalam English. 

Ni ready-made pembalut buku. Senang ! Terus lekat je kat buku, dah tak perlu nak guna gunting untuk potong plastik, potong saletape macam zaman mommy dulu-dulu.  Ni beli sekali kat Pustaka Rakyat tu. 

Stamp nama dan sticker pun dah siap buat di kedai printing.


Belajar beli air kat mesin ni. Nanti mesti selalu membeli di sini kan kakak?


Ini masa beli uniform Disember hari tu. 


Ni buku tulis dan buku latihan yang akan digunakan nanti. 


Kasut sekolah, stokin, telekung, sejadah semua dah beli. Tapi tak dapat nak guna lagi. Sobbss.. Sobsss.. Hopefully ada lah sinar nanti untuk pergi sekolah macam biasa. 

Walaupun start sekolah ni belajar ONLINE jer, tapi takpelah, at least dah prepare semua. 

Sedih jugak lah belajar ONLINE, tak dapat nak pergi sekolah. Kakak FL dan mommy pun dah excited nak masuk sekolah ni. Al-maklumlah, first time kan. Tapi kita redho jer lah. Harap-harapnya, dapat juga Kakak FL pergi sekolah betul-betul tahun ni.  
SHARE 7 comments

Add your comment

  1. besar juga kos naik darjah satu ni.
    Selamat menempuh alam persekolahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah darjah 1 tahun 2021. nanti darjah 2 kurang sikit la kosnya kot

      Delete
  2. sekolah al amin ke ?.. good luck kakak FL :)

    ReplyDelete
  3. اَلسَّÙ„َامُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ puan.

    ReplyDelete
  4. Dhiya Farhani Ramli23 October 2023 at 16:58

    Assalamualaikum puan. Macam mana nak dapatkan DLP? Sekolah akan bg surat tawaran ke?mcm mana nak tau anak layak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. setiap sekolah tak sama puan cara nak masuk DLP ni.Pertama sekali, Puan kena tanya pihak sekolah ada tak DLP Programme kat sekolah tu, sebab bukan semua sekolah ada dlp.

      Macam sekolah anak saya, mulanya cikgu bagi semua parents borang nak masuk kekelas dlp masa hari interview (hari assessment kemasukan pelajar), mana-mana parents yang tulis dalam form tu nak masuk DLP, Cikgu akan buat pula asessment / english test untuk tengok pelajar layak ke tak masuk DLP class. Kalau berjaya test tu, baru student tu boleh masuk kelas dlp.

      Ada sekolah anak kawan saya, sekolah tu letakkan syarat yang nak mausk DLP class, pelajar kena fasih bercakap dalam Bahasa Malaysia & boleh menulis dalam Bahasa Malaysia. Sekolah anak saya tak buat syarat tu, ia hanya based on pada english test semata-mata (speaking dan writing).

      Delete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE