Sumbangan Untuk Mangsa Banjir di Pahang

in , , by dorsett pink, January 12, 2021

 Sekarang kan Musim Banjir kat Pantai Timur dan Johor. 

Kesian tengok mangsa-mangsa banjir ni. Rumah aku pernah kena banjir tahun lepas. (Boleh baca entri Julai 2020), so aku tahu macam mana perasan dia bila banjir ni. huhuhuhu.. Penat ooo!. Penat nak mencuci rumah yang disaluti lumpur. Bila penat emosi kita pun terganggu, tidur tak lena, makan tak kenyang, sebab stress tengok rumah tak sempurna. huhu.

So, untuk mengurangkan beban mangsa-mangsa banjir ni. Aku sumbangkan makanan dan keperluan untuk mereka melalui pihak Farm Fresh KL dan Selangor - Team Bapak Susu. 

Sebenarnya aku nak belikan barang-brang keperluan tu bagi pihak aku sendiri. astu terfikir, dah alang-alang pergi kedai beli barang sumbangan, belikan sekali lah sesiapa yang nak minta tolong belikan sumbangan especially kawan-kawan. Then aku pun mesej la kawan-kawan tanyakan kot-kot diaorang nak sumbangkan apa-apa untuk mangsa banjir ni. Senang aku belikan semua sekali harung jer, pastu terus aku hantar ke Team Bapak Susu untuk diagihkan ke mangsa-mangsa banjir. 


Bila aku  blast whatsapp ke kawan-kawan dan group-group whatsapp yang aku aku join., ramai juga kawan-kawan yang respond dan berikan sumbangan. Antaranya ialah Kelab Blogger Ben Ashaari. Terima kasih BEN Ashaari dan ahli-ahli Kelab KBBA atas sumbangan yang diberikan.

So, hari Jumaat hari tu, aku ke kedai, belikan semua barang keperluan untuk mangsa-mangsa banjir dan terus aku hantar ke warehouse Farm Fresh Selangor. 

Alhamdulillah! Aku happy dapat tolong kawan-kawan yang tak sempat nak belikan barang-barang. Dan aku pasti mangsa-mangsa banjir turut happy sama. 




Ini antara barang-barang keperluan yang aku beli

Penuh boot kereta. Aku shopping dengan anak-anak. Biar anak-anak tengok apa yang patut dibeli untuk membantu mereka yang terkena banjir ni. Nnati bila diaorang besar, bolehlah diaorang fikir dan beli sendiri - apa yang wajib dibeli untuk membantu mereka dalam kesempitan.






Sumbangan telah dihantar ke mangsa banjir pada hari Sabtu baru-baru ni di mana Maran, Pahang adalah destinasi pertama yang diberikan.

Terima kasih pihak Farm Fresh KL kerana kerahkan masa dan tenaga untuk turun ke Pantai Timur untuk agihkan bantuan ni.

Aku berdoa pada Tuhan agar Allah murahkan lagi rezeki aku dan suami supaya lagi banyak kami dapat memberi dan lebih ramai orang kami dapat tolong, especially untuk tolong orang Islam. Amin.

SHARE 0 comments

Add your comment

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE