Throwback - Osaka Kyoto

by - Tuesday, January 26, 2021

Dah lama sangat kan kita semua tak keluar travel pergi oversea? 

Dah setahun lebih. huhu.

Sesiapa yang kaki jalan tahulah macam mana perasan rindu tu - rindu nak travel. Kaki dah gatal sangat ni. 

Rindu nak naik flight. Rindu nak beratur panjang-panjang kat kaunter Imigresen cop passport 😅. Rindu nak makan maggi kat hotel 😅. Rindu nak berlari-lari kejar train/public bus/flight. Rindu nak pakai baju swater tebal-tebal, rindu nak pergi kaunter pengurup wang tukar duit asing. Waahhh!!! Rindulah semua tu 😭😭.

Tapi apakan daya.. Kita terima ini semua sebagai ketentuan takdir. Entah next year 2022 pun belum tentu kita dapat lagi pergi ke negara orang. huhu. Cepatlah berakhir covid19 ni - itulah doa yang dititipkan hari-hari. 

So, sebabkan tak boleh pergi travel dah, jadinya, kita throwback je gambar-gambar lama ke Osaka-Kyoto dulu-dulu. Masa tu Kakak FL kecik lagi, umur 1 tahun 6 bulan, baru boleh berjalan. So, dia punya eager nak berjalan tu, fuhh!!! Kami yang penat!.  

Aku rindu snagat nak pergi Jepun. Aku suka sangat dengan Jepun selain dari New Zealand. Sekarang ni aku selalu cakap kat en.sumai - 'kalau covid dah habis, kita pergi Tokyo dulu k' 😅😅😅. Sebenarnya, aku plan nak pergi TOKYO last year sebab nak tengok Sukan OLIMPIK. Tapi apakan daya..... kita terima dengan redho.. 

So, en.suami jawab - 'errrrmmm.. entah bila lah dapat travel lagi, entah-entah 10 tahun lagi baru boleh berjalan 😅😅'. 

Takpelah, kita berangan jer dulu. Berangan tak salah kan? hihi. Nanti kalau boleh travel, nak pergi Tokyo bawak Leeya sekali, sebab Leeya tak pernah lagi jejak kaki ke Jepun. 















 P/S : Sekarang Kakak FL dah besar , dah 7 tahun tahun 2021 ni =)).

You May Also Like

7 comments

  1. bertuahnya kecik2 dah pegi oversea
    Wak baru lepas overdrain aje.

    ReplyDelete
  2. Bestnya dapat jalan2 jepun.. Kita entah bila la.. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah akan sampai rezeki Nad nanti. doa je Nad. Rezeki tak salah alamat

      Delete
  3. wah seronoknya daapt jalan2 Jepun. Daoakan covid 19 ni segera hapus blh kita jalan2 lagi.

    ReplyDelete