Azam 2021 Kakak FL

by - Tuesday, February 09, 2021

Azam Tahun 2021 Kakak FL

Masuk je tahun baru, pasti semua orang pasang azam tersendiri kan -a apa yang nak dicapai pada tahun tersebut. Eventhough setiap azam tu belum tentu menjadi kenyataan (dan kebanyakkannya pun terkulai layu jer), but least ada juga plan dan target dari langsung tak ada letak apa-apa target kan? .

Sama jugak untuk kanak-kanak, ada jugak azam dalam diri seorang kanak-kanak - apa yang dia nak buat atau nak capai tahun tu.

Macam anak aku, Kakak FL ni - dia cakap -
 1) tahun ni dia nak pandai bawak basikal tanpa trainning wheel atau roda kecik. 
Dan jugak dia kata , 2) tahun ni dia nak tidur sendiri kat bilik dia dan tak lagi tidur bawah ketiak mommy. hahahhaha.

Azam No.1 tu dah berjaya capai semalam (to be exact - 8 Februari 2021). Tapi azam No 2 eerrrmmmm, belum lagi nampak sinarnya sampai sekarang. Takpe, ada lagi masa 10 bulan lagi untuk jayakan. hahahaha. 

Bulan Januari hari tu, Kakak FL dengan sendirinya suruh ayah dia buang trainning wheel tu. Aku ingatkan ayah dia cuma naikkan ke atas je , so that wheel tu tak pijak bumi. Tapi, dia buang terus. Gigih Kakak FL praktis petang-petang. Sebabkan tak konsisten praktis (kejap trainning, kejap tak) disebabkan hujan, so proses nak berjaya tu makan masa la. 

Semalam , 8 Februari 2021, dengan rasminya Kakak FL dah berjaya kayuh basikal tu sendiri tanpa bantuan mommy. Biasanya mommy la yang tolong dia praktis ni. So, kini tamatlah sudah kontrak mommy sebagai part-timer cycling coach 😅😅😅😅. 

Syabas Kakak!. 

Azam NO 1 dah tertunai. 

Tinggal azam no.2 pulak. 

Aku selalu ingatkan dia pasal azam no.2 tu. hahahha. Dia cakap, tunggu dia umur 7 tahun (masa birthday dia). Ok, takper, kita tunggu bulan Jun nanti tengok macam mana. Biasanya Kakak FL ni dia commit pada target dia. 

Contoh tahun lepas dia kata nak baca al-Quran besar masa sebelum dia masuk sekolah rendah, so berjaya buktikan yang dia dapat baca al-Quran sebelum masuk sekolah rendah. Syabas beta!. Dan banyak lagi lah target-target lain yang dia buat dan berjaya dicapai. Alhamdulillah!

Dari kecik lagi aku ajar dia suruh buat target - supaya kita menjadi orang yang dedicated dan lebih berjaya dari sebelum-sebelum ni, dan tak hanya berada di takuk yang sama jer. 

Bravo Kakak FL. Mommy look forward to see more achievement 😊. 
 

You May Also Like

8 comments