Buku Cerita Uruskan EMOSI Siri AWAL

by - Wednesday, February 24, 2021

Kakak FL suka membaca. Sangat suka. Dari kecik lagi dia memang suka baca buku, malah bukan saja buku, tpi sekarag dah berjinak-jinak baca newspaper. So, aku belikan suratkhabar The Sun - sebab dalam The Sun ada section khas untuk budak-budak. Jadinya dia cuma baca seksyen tu je lah. 

Tahun lepas Kakak FL habiskan baca buku cerita pendek Siri Awie dan Sasha. Boleh baca entri tu kat sini - 'LATIHAN MEMBACA CERITA PENDEK BAHASA MELAYU UNTUK KAKAK FL'. 

 Dia dah habis khatam buku Awie Sasha tiga-tiga siri. Tahun ni dia berminat dengan buku cerita siri AWAL pulak - Buku Cerita Uruskan EMOSI. Buku ni diterbitkan oleh Al-Ameen Serve Holding, syarikat dibawah NGO IKRAM. 

Minggu lepas aku beli buku ni kat Shopee. 6 biji buku aku beli. Sebelum tu dah beli 2 biji. 


Dapat je buku-buku ni, Kakak FL terus pulun baca. Hari pertama habiskan 4 buku, esokkannya habiskan 2 biji buku lagi. Habis dah!. 


Kakak FL suka buku AWAL ni sebab ayat dia pendek-pendek jer, pastu ayat dia senang nak faham. Sebab tu dia suka sangat. OK lah untuk budak-budak Darjah 1 praktis membaca. At the same time, dapat pupuk budaya membaca. 

So, sekarang mommy tengah pening nak beli buku apa pulak. Macam nak pinjam kat library jer, senang. Tapi PKP ni banyak library yang tutup. 

Any suggestion buku apa yang punya ayat pendek-pendek macam buku AWAL ni? Sebarang cadangan amatlah dialukan =)). 


You May Also Like

16 comments

  1. Bagus pupuk minat membaca anak di usia muda. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena pupuk dari kecik sis, supaya menjadi habit

      Delete
  2. wah bagus kakak FL.. minat membaca :)

    ReplyDelete
  3. Bagus kakak FL rajin nak membaca. Kak nina dulu kurang bahan bacaan so sudahnya baca kamus. HAhaa..
    Anak-anak pun sama suh baca kamus dan buku peribahasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. baca kamus ek akak? ok nanti nak cuba lah. Saya dulu masa kecik-kecik tak ada banyak buku kat rumah, so selalu pergi library, uncle yang bawakkan. Dari kecik lepak kat library, akhirnya sampai besar jadi suka library. So bila nak baca buku , pinjam je kat library, jimat sikit duit

      Delete
  4. menarik ehh..nak cari juga lah kat anak nanti. anak farah tak pandai lagi membaca masih tak lancar...harap buku ni boleh membantu dia nanti

    ReplyDelete
  5. Lama-lama akan banyak naskah buku Kak FL baca. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  6. kawan saya ada jual buku untuk kanak-kanak. boleh cek di instagram @qilah_rusly hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ye ke. thanks for the recommendation. nanti saya usha IG dia. thanks ya

      Delete
  7. Bagus buku macam ni, nanti nak recommend untuk kawan juga.

    ReplyDelete
  8. Menarik bukunya..pendek-pendek..mudah baca..bgus kakak

    ReplyDelete