EH! Ada Orang Kenal DP?

Masa aku pindah ke rumah baru aku ni bulan November 2020 hari tu, aku tak kenal sesiapa pun kat sini. Hatta kat rumah lama dulu pun, aku tak kenal jiran-jiran jugak, ada la bertegur sapa sekejap-sekejap tu tapi tak kenal rapat la. Al-maklumlah, orang INTROVERT kan, so memang sangat-sangat pemalu. Gittttuuuuu 😅.

So, masa kat umah baru ni pun memang tak kenal dan tak tegur siapa-siapa lah, jiran-jiran pun semua busy, susah sangat nak jumpa orang. 

Petang-petang aku bawak anak-anak pergi main kat playground. Kat situ ada ramai kids dan ada beberapa orang mak-mak yang temankan anak-anak diaorang. Aku cuma senyum-senyum jer, nak tegur malu.

Tiba-tiba ada satu hari tu  (Ni masa Bulan November 2020 hari tu), aku disapa seseorang, wanita, muda lagi....... 

'Saya macam kenal awak'. 

Aku senyum jer, sebab dah selalu orang cakap macam ni. Ramai orang yang muka sama dengan aku kat luar sana. Dalam dunia ni kan ada 7 orang yang muka sama macam kita. So, itu normal.

Masa aku nak cakap 'pelanduk 2 serupa tu'.... tetiba dia terus cakap 'awak ni Dorsett Pink ke?'.

Terus aku terkejut beruk. Muka aku terus berubah. Memang tak sangka sangat-sangat ada orang kenal Dorsett Pink. 

Aku cakap 'Ye betul...'. 'Macammana awak tahu?'

'Saya follow blog awak'. 

Peeeerrrrggghhhh!!!! Terus rasa kepala aku berputar-putar. 

'Saya siap bukak IG awak ni nak confirmkan betul tak ni Dorsett Pink, siap tengok muka anak-anak awak, so betul la ni Dorsett Pink' (sambil tunjuk handphone dia kat aku). 


Aku senyum... speechless.... tak tahu nak cakap apa.. memang betul-betul terkejut.

Lalu dia pun bertanya 'eh! awak duduk sini ke?'.

Jawab aku - 'a'ah saya baru pindah sini, baru 2 minggu'. 

'Oh, ye ke?'  jawab si dia. 'Rumah no berapa?'. 

Lepas jawab soalan dia, aku terus tanya 'awak baca blog saya ek?, dah lama ke follow saya?'

Jawab dia - 'a'ah saya dulu baca blog awak, selalulah baca, tapi sekarang dah malas dah nak baca blog, so tengok kat IG jer, tapi tu pun jarang dah bukak IG, sebab busy'.. 

Aku : 'ooooh, follow sebab apa? suka baca pasal apa?'. 

Dia : ' sebab saya buat PhD, so saya baca blog awak untuk baca TIPS-TIPS pasal study'. 

Kemudian, kami terus bebual mesra macam dah lama kenal. 

Dia tanya 'nak panggil apa ek?'. Jawab aku , ' panggil Intan jer'. 

Pastu dia cakap 'seronoknya, tak sangka saya dapat jumpa awak depan-depan'. 'So, bolehlah saya ambik no phone awak kan'. 😆

(Wah! terus aku rasa macam dibuai mimpi , macam terbang kat kayangan pulak, tetiba rasa macam retis. EH!). 

Dia sekarang tengah struggle siapkan tesis PhD dia. Sejak tu, aku dah kenal ramai orang kat taman ni, dia yang kenalkan. Alhamdulillah! Aku dapat kawan baru. Rupanya kat taman perumahan ni ada ramai yang tengah buat PhD dan dah siapkan PhD, kiranya ramai 'Doktor' la kat sini, either Doktor Perubatan atau Doktor Falsafah.

Anak-anak aku pun dah ada kawan, ada geng dah. 

Kat taman perumahan aku ni, mostly Melayu, tapi ada juga bangsa lain macam Arab, Cambodian, Chinese. Kiranya MIX la. Budak-budak kat sini kebanyakkannya speaking english. So, Kakak FL akan speaking english bila main kat playground. Leeya? dia masih cakap bahasa Jerman 😅😅😅😅. 

Tak sangka pulak rupanya ada yang kenal Dorsett Pink kat luar. Maksudnya, lepas ni kena behave je lah, sebab ada yang memerhati.. kot-kot ada yang kenal lagi. hahahhahaha.



Comments

  1. Orang hebat memang ramai yang mengenalinya

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya hebat kat rumah je Wak, jadi supermom. hahahhha

      Delete
  2. Wah popular ni dikalangan org phd.. Heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru tahu rupanya ramai silent reader saya ialah phd candidates

      Delete
  3. Faham rasa tu.. Tersimpul malu tu semestinya. Dan rasa nak lompat bintang pun ada kannn. Just be your self.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak nina. kak nina dah selalu kan kena tegur macam tu. saya rasa terkejut sebab saya hanya blogger picisan, bukan blogger terkenal pun, tetiba ada yang kenal, tu yang terkejut kera tu. hahahhaha

      Delete
  4. Replies
    1. tak ada nya marina. kebetulan dia tu silent reader blog saya

      Delete

Post a Comment