Sekolah Online (PdPR) OK Tak?

in , by dorsett pink, February 02, 2021

Sekolah semua dah dibuka pada 20hb Januari hari tu. Tapi segalanya berjalan secara atas talian atau PdPR. 

MInggu ni masuk minggu ke-3 anak-anak kita semua bersekolah, termasuklah anak aku - Kakak FL. 


Kelas Kakak FL dah start 20hb tu lagi. Boleh baca kat entri-entri yang lepas : 

- PERSEDIAAN MASUK DARJAH 1 TAHUN 2021

KAKAK FL MASUK DARJAH 1 - MOMMY DAH DOWNLOAD MICROSOFT TEAM

- HARI PERTAMA SEKOLAH DARJAH 1 TAHUN 2021

Ramai yang tanya - 'Macam mana Kakak FL belajar secara online ni? OK Tak?'

Ini jawapan aku :

Aku faham ramai parents yang rasa stress dan tertekan masa musim PdPR ni. Mana tak tertekannya, parents jugak yang kena jadi cikgu, parents jugak yang kena masak, nak kena susukan anak, nak kemas rumah, nak setel baju-baju nak basuh dan lipat, nak kena kerja lagi. Aihh! Bertambah la pulak kerja parents masa PKP ni. 

Parents jugak nak kena monitor anak-anak buat homework (itu memang kerja hakiki parents), tapi sebelum buat homework tu nak kena ajar anak tu dulu. 

Untuk parents yang eductaed maybe tak ada masalah untuk ajar anak-anak. Tapi parents yang tak educated? Kesian diaorang. Macam mana nak ajar anak Math, Sains, Kimia dan lain-lain. huhu.

Aku memahami parents-parents yang ada bagitau pasal masalah PdPR anak-anak ni. 

Itu belum lagi parents stress sebab masalah gajet tak cukup. Yang ada anak ramai, nak kena share gajet dengan adik-beradik, susah juga tu. Ada yang lagi kesian, family langsung tak ada smart phone, hatta ibu ayah pun tak pakai smart phone. Kesian sangat. Macam mana diaorang nak belajar? Usaha Ustaz Ebit dan Ustazah Asma bagi bantuan Tab tu sangat-sangat mebantu anak-anak yang tak ada kemudahan tu. Semoga Allah merahmati mereka. 

Itu semua adalah keluhan mak-ayah yang punya anak-anak bersekolah.

Sabar ya mak ayah semua. Ini ujian unutk kita semua, termasuk juga ujian untuk para GURU. So, kita bersabar dalam menumpuh ujian ni sebba Allah nak muliakan kita. 

*********************************************

Berbalik pada cerita Kakak FL. OK Tak dia?


Aku bersyukur sekolah Kakak FL sangat-sangat OK. Cikgu-cikgu semua memainkan peranan yang sangat bagus dan berdedikasi dalam mendidik anak-anak, hatta masa PdPR. 

Bersyukur sangat aku dan en.suami memilih sekolah yang tepat untuk Kakak FL (dan adik-adik dia nanti). So far, tak ada pun parents yang komplen kat dalam Group Whatsapp sekolah. Semua OK.

Kakak FL bersekolah kat Sekolah Al-Amin. 

Sebelum 20hb Januari, parents semua dah diberi taklimat panjang lebar oleh pihak sekolah. 

Masa PdPR ni, anak-anak akan belajar 4 subjek setiap hari dan masa untuk setiap subjek antara 20-40 minit sahaja. 

So far, aku tengok Kakak FL enjoy sangat belajar online ni kat sekolah tu. Semua aktiviti pembelajaran guna Microsoft Teams. 

Minggu ni Cikgu dah start bagi homework. Dan homework tu semua diberi tempoh seminggu untuk submit. 

Macam mana nak submit homework? 

Ni gambar Kakak FL tengah buat homework.

Semua homework dibuat dalam buku tulis (yang dah beli awal-awal dulu), dan kita kena snap gambar dan send gambar dan Microsoft Teams tu. Senang!. Tak perlu nak print. 

Kakak FL ni suka belajar. Sejak dari tadika lagi dia memang suka belajar, so mommy tak perlu nak monitor dia sangat. dia boleh berdikari. Dan homework yang diberi pun, dia boleh siapkan sendiri, tanpa mommy suruh dan paksa buat. Semuanya dia susun sendiri. Mommy cuma tanya - 'Kakak Dah Siap Homeowork?' itu je soalan mommy. hahahhaa.

Ini meja belajar dia sepanjang PdPR. Dia yang kemas sendiri ni. Mommy tengok - aik, dah kemas? 

(Tanpa mommy suruh). Alhamdulillah Kakak. You have done a great job!.


Ini jadual kelas dia hari ni. Jadual ni akan sentiasa berubah setiap hari. So, setiap malam, aku akan update jadual dia untuk keesokkan harinya. 


After all i can said, aku happy sangat dengan perkembangan Kakak FL so far dan aku happy dengan uasaha pihak sekolah bertungkus-lumus memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk anak-didik mereka. 


Syabas IKRAM MUSLEH!

SHARE 12 comments

Add your comment

  1. Yang duduk bandar okaylah.
    Kami kat pedalaman ni, line internet pun susah dapat

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul WAK. Kesian family yang duduk di pedalaman. Internet slow atau ada tempat langsung tak ada internet. huhu.. Cepatlah habis wabak ni. kesian anak-anak nak belajar macam normal semula

      Delete
  2. semoga kita semua mampu untuk didik anak2 semasa Pdpr ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah. harap-harap mak-mak semua tabah dan sabar

      Delete
  3. Alhamdulillah kakakFL tiada mslh dgn pdpr

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, rezeki untuk kami. tapi kami kesian dengan anak-anak yang tak dapat nak belajar dengan selesa sepanjang PdPR ni, nanti takut diaorang keciciran

      Delete
  4. Challenging juga kan PdPR ni, kena banyak disiplin diri untuk study and buat homework.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah.. Sennag kak fl ye buat kerja sekolah.. Takde ibu sush2 monitor.. Hehehe.. Memg sush sikit pdpr ni. Mana yang ok, okla dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, senang sangat bila anak dah pandai berdikari, kalau tak mommy nya boleh tukar jadi hijau kalau semua mommy yang nak kena buat dan monitor

      Delete
    2. Salam kak..yuran anak masuk tahun 2 di Al Amin sama ke masa tahun 1?ke ada kurang sikit

      Delete
    3. Yuran belajar sama jer, kecuali yuran makan ikut hari bersekolah. Kalau pdpr langsung tak bayar yuran makan

      Delete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE