Bekal Sekolah Anak

Alhamdulillah! Dapat jugak aku publish entri hari ni kat blog. 

Ada masalah kat gajet aku - tak dapat nak upload gambar kat blog ni. Since 2-3 hari ni macam tu, ada masalah. huh!. 

Aku nak cerita pasal Bekal Makanan untuk Kakak FL.

Sebenarnya, aku tak nak bekalkan Kakak FL bekal makanan sebab kat sekolah dia dah disediakan makanan - beakfast dan lunch. Pakej makanan ni wajib diambil oleh semua student. So, kita kena bayar pakej makanan untuk sebulan terus. 

Rugilah kalau tak makan kat sekolah tu sebab dah bayar kan. 

Tapi ada juga student yang tak ambik pakej makan tu sebab ada alergik, so diaorang dikecualikan dengan syarat kena bawak bekal makanan sendiri setiap hari. Kantin sekolah tutup waktu sekarang.

Pastu Kakak FL bagitau makanan pedas, dia tak dapat makan sangat. Kakak FL ni memang tak makan pedas, langsung tak makan pedas. Sama dengan mommy dia. hihi.

So, minggu ni dia intend untuk bawak bekal. 

Jadi, ini bekal untuk Hari Isnin hari tu. Awal sikitlah mommy kena masuk dapur hari tu sebab nak prepare lunch box ni. Pizza tu aku beli yang siap-siap frozen. So, just re-heat je guna oven. 

So, aku pun buatlah meal plan untuk Lunch Box Kakak FL , untuk seminggu. Sebab kalau tak buat ni, aku akan lupa. Bila lupa mesti kelam-kabut nanti.

Ni bekal Hari Selasa hari tu. Tukar menu. hahhaa.


Sudu garfu ni semua orang wajib bawak sendiri. Tak boleh share dan pihak sekolah tak sediakan sudu garfu ni. Ni aku beli kat Mr.DIY.


Ni lunch box beli awal tahun hari tu, beli kat LAZADA.

 

Masa hari selasa tu, dia balik sekolah dia cakap - 'Mommy, esok tak nak lah bawak bekal dah. Sebab dah bayar kan, nanti membazir pulak'. hihihihi.. legaa mommy dengar. So, tak perlulah mommy nak kena masuk dapur awal sangat. Kalau tak bawak bekal, bolehlah mommy turun ke dapur jam 6 pagi. Tapi kalau kena buat bekal, sebelum Jam 6 dah kena masuk dapur.


So, sekarang , Kakak FL cuma bawak roti je pergi sekolah untuk makan bila waktu balik sekolah. OK lah, simple 😊.

Comments

  1. Bagus kakak FL, aunty oun dh start bawak bekal dh...esok pun bawak bekal pergi kerja..

    ReplyDelete
  2. Wak dulu masa sekolah rendah, hari2 bawak bekal nasik
    Bungkus pakai upih pinang. Upih tu bawak balik semula sebab boleh pakai banyak kali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waahh! legend ni wak. saya tak pernah guna upih pinang tu

      Delete
  3. Bagusnya sekolah kakak FL dah sesiap pakej makanan. Terharu nya rasa bila kakak FL kata nak makan jer food kat sekolah sebab dah bayar. Dia memahami situasi kannn... So touching

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul akak. touching sangat bila dia memahami

      Delete
  4. Bila anak cakap takyah masak, rasa lega,..hahaha..Kadang bukan senang nak maska awal pagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul Nad. Lega sangat. Hanya mak-mak yang kuat jer boleh masak awal-awal pagi

      Delete

Post a Comment