Kenangan Hari Pertama DP Ke Sekolah Dulu-Dulu

 Kenangan Hari Pertama Aku Ke Sekolah Dulu-Dulu. 

Hari pertama aku ke sekolah dulu-dulu tak lah emeriah kanak-kanak yang lain. Malah aku rasa jauh beza kot dengan anak-anak zaman sekarang. 

Dulu aku sekolah kebangsaan. Nama sekolah aku tu - Sekolah Rendah Sultan Sulaiman II. Tu antara Top School di Bandar Kuala Terengganu. Ramai anak kerabat raja dan profesional masuk kat sekolah tu. Aku pulak masuk situ sebab rumah dekat dengan sekolah. Kalau nak jalan kaki pun boleh, tapi berpeluh lah baju berjalan kaki dari rumah ke sekolah. 

Aku dulu stay dengan Arwah Toki (Atok) dan Arwah Tok Wan (Nenek). Rumah kami betul-betul depan Pasar Payang Kuala Terengganu. Korang sure pernah pergi Pasar Payang tu kan. Haa, disitulah rumah aku dulu, tapi sekarang rumah tu dah roboh, tempat tu pun dah cantik banget, dah tak ada dah permandangan rumah-rumah kampung macam dulu-dulu. 

Gambar hanya sekadar hiasan 😊

Waktu Tadika

Masa waktu tadika, aku pun sekolah dekat-dekat situ juga. Arwah Tokki hantar dan mabik pergi tadika setiap hari guna kereta. Best naik kereta pergi sekolah. Sejuk jer , tak berpeluh langsung. Sebelum pergi tadika, Toki bawak pergi kedai dulu. So dapatlah aku beli apa-apa yang aku nak beli. Biasanya aku beli pensil la. Sejak tadika lagi aku dah minat dengan stationery 😊. Bila besar ni memang betul-betul #stationeryaddict. 

Aku ingat lagi, masa Bulan Julai, Arwah Toki bawak aku ke sekolah rendah tu untuk mendaftar kemasukan Tahun 1 lepas balik dari tadika. Happy sangat aku rasa masa tu. Sebab tak sabar nak masuk Darjah 1 nanti. Segalanya masih segar dalam ingatan ku sehingga hari ini. 


Toki Meninggal Dunia

Tup-tup 2 bulan lepas tu (Bulan September), Arwah Toki pergi menghadap Ilahi.. huhu. Sedih giler. Semua orang sedih.  

Sejak dari tu, aku tak lagi balik sekolah ngan Toki. Nasib baik dah sempat daftar masuk Darjah 1. 

Masa Bulan November, (dulu-dulu sekolah buka Bulan Disember) Arwah Tok Wan dapat contact number sebuah beca - beca ni bawak kanak-kanak pergi dan balik sekolah , ibarat macam Van Sekolah lah zaman sekarang ni. Dapat contact tu masa Tok Wan pergi ke umah kawan dia (cucu kawan Tok Wan tu jadi kawan baik aku masa kat sekolah rendah, pastu kami lost contact sebab dia masuk sekolah menengah lain dan aku masuk sekolah lain dan kami pun pindah rumah jugak). 

Arwah Tok Wan ni uzur tau guys. Dia tak dapat berjalan jauh. Sakit lutut. Dan dia langsung tak pandai membaca tulisan rumi. Dia tahu baca tulisan jawi jer. Nak drive tu memang langsung tak pandai lah. Masa dia habis kat rumah dan pergi belajar agama jer. Bukan macam nenek-nenek zaman sekarang. 

So, dia memang tak boleh nak antar aku ke sekolah. Masa Tok Wan berjalan kaki ke rumah kawan dia tu pun aku salute. WoW Sangat!

2-3 hari sebelum start sekolah, aunty aku dari Kuala Lumpur balik kampung. Aunty ni memang selalu balik kampung, sebab nak ziarah mak dia kan. Aku sangat respek kat aunty aku tu. Bagusnya sanggup berhabis duit balik kampung naik flight. Dulu-dulu tak ada Air Asia lagi. So, memang harga tiket flight sangat mahal. 

Bila aunty balik kampung ni, Arwah Tok Wan minta aunty hantar aku ke sekolah. Masa tu aunty aku tu sarat mengandung. Dah 3rd trimester. 


Hari Pertama Aku Ke Sekolah Rendah

Hari pertama aku ke sekolah, aku naik beca yang Tok Wan cari tu. Dan aunty pulak naik beca lain. Kat Bandar Kuala Terengganu masa tu memang banyak beca. Senang nak dapat beca. 

Aku risau. Risau takut aunty tak sampai masa aku dah sampai sekolah. Sekolah kan besar, bukan macam sekolah tadika. Tapi Aunty dan Tok Wan persuaded aku yang everything will be ok.

Dan aku happy sangat bilamana, aku sampai je sekolah (dengan beca), aku nampak beca yang bawak aunty kat belakang beca aku. Tika tu, aku terus tak takut dah. Masa tu, aku tengok aunty dengan sarat preggy tu, aku kesian sangat kat dia. Tapi dia masih lagi kuat hantar aku ke sekolah. Arwah Tok Wan memang tak boleh hantar sebab dia tak larat nak naik tangga. Takpe, aku faham. 

Then, aunty pimpin tangan aku pergi cari kelas. Aku dapat masuk kelas 1 Anggerik. Masa dalam kelas tu, aku nampak muka aunty kat tepi tingkap 😊. Kalau dulu dah ada kamera, sure parents semua akan ambik gambar macam zaman sekarang kan?.

Pastu aunty pesan, nanti nak balik sekolah, tunggu beca kat tempat drop tadi. Aunty terus balik bila cikgu dah start mengajar kat dalam kelas, dia tak tunggu sampai balik. Tak larat la nak tunggu. 

Waktu rehat hari pertama sekolah. Aku blurrr.. Tak tahu nak buat apa dan makan kat mana. Aku ikut jer kawan-kawan. Ada kawan aku sorang ni baik giler. Dia ajak aku pergi kantin, pastu dia suruh aku duduk dan dia cakap "saya belanja awak hari ni". WOW! Baik sangat dia. Nama dia Zatil. Aku ingat lagi nama dia 😊 . Lepas makan-makan tu terus kami ke kelas, tapi tak sempat nak habiskan makanan tu sebab loceng dah bunyi.

Masa balik, sampai je rumah, seronok lah aku bercerita pasal sekolah pagi tadi. 

Balik seklah jer, boleh dapat makan sedap-sedap, Arwah Tok Wan masak. Arwah Tok Wan masak memang sedap especially Nasi Dagang dan Ketupat Sotong. Yummm..Yumm.. Arwah memnag terer masak. Sekarang aku rindu sangat masakan dan touching Tok Wan. huhu.


Rindu Kat Arwah Tok Ki

Setiap kali aku ke sekolah hari-hari lain , aku rasa rindu sangat kat Arwah Toki. Aku selalu cakap "kan best kalau Toki masih ada, boleh aku pergi sekolah naik kereta". Naik beca lambat dan panas sangat 😓.

Aku terasa "bonding" yang kehilangan dengan Tok Ki tu - waktu pergi dan balik sekolah . Setiap kali aku teringat, mesti aku sedih. 

Tengok kawan-kawan lain pergi sekolah naik kereta, bestnya. Siap ada yang driver lagi hantar ke sekolah. Kalau hari Sabtu pulak, kalau ada program kat sekolah, aku berjalan kaki. Jauh jugak nak jalan kaki tu, tapi terpaksa redah. Masa berjalan kaki tu, aku terasa sangat kehilangan Tok Ki. 


Peruntukan Waktu Istimewa Untuk Anak Sendiri 

So, bila aku ada anak ni, aku wish tak nak anak-anak aku rasa apa yang pernah aku rasa dulu. Aku nak anak-anak rasa "bonding" parents sendiri antar ke sekolah dan ambik sendiri masa pulang. Sebab suatu masa nanti bila diaorang besar, diaorang akan ingat waktu-waktu diaorang sekolah ni. Aku tak nak anak-anak aku rasa susah macam aku dulu-dulu. Aku tak nak anak-anak aku mandi peluh sebelum pergi sekolah dan balik sekolah. Sebab Darjah 2 & Darjah 3 aku sekolah petang, so waktu tengahari panas lit-lit tu aku pergi sekolah naik beca. 


Walaupun sekarang Kakak FL duk cakap 'nak naik van - nak naik van'. 

Bagi aku, selagi aku  masih ada kudrat, masih sihat, masih boleh drive dan ada masa ni, biarlah aku sendiri yang ambik dia dan adik dia kelak. Sebab aku tahu macam mana rasanya bila mak-ayah sendiri yang hantar kita ke sekolah dan jemput kita. Sebab tu aku sanggup menjadi suri rumah dan tak bekerja walaupun dah ada PhD. 

Aku tak ada peluang tu dulu. Dan aku tak nak anak-anak aku rasa apa yang aku pernah rasa dulu.

Inilah memori terindah yang aku nak cipta untuk anak-anak aku. Agar kelak suatu hari nanti bila diaorang dah ada anak sendiri, diaorang pun berkorban untuk anak-anak mereka juga dan berikan yang terbaik untuk anak-anak mereka nanti. InshaAllah!

Aku percaya, kalau Arwah Tok Wan masih ada sekarang ni. Sure dia boleh senyum dan bangga dengan aku 😊. Sebab Tok Wan dulu yang mengajar aku dan didik aku untuk menjadi seorang insan yang kuat. Kuat luar dan kuat dalam. Terima kasih Tok Ki dan Tok Wan. Yang sudi menjaga aku tanpa harapkan apa-apa ganjaran. 

Al-Fatihah untuk Arwah Tok Ki dan Arwah Tok Wan. 


Comments

  1. Gigih akaka baca pengalaman awak ni ha...hehehe...zaman dulu kalau ada handphone ada camera kan best..mesti dah viral dah kan kat media sosial

    ReplyDelete
  2. perghhh masih igt lagi eh kenangan memula msk sek?
    hahhah kita pun igt sbb kita tersalah msk kelas hari kedua, nangis sambil peluk tiang..
    ahahha...

    ReplyDelete
  3. Al-Fatihah untuk arwah tok ki dan tok wan

    ReplyDelete
  4. pengalaman hidup yg mahal suka kak baca

    ReplyDelete
  5. Sementara Allah masih beri izin, manfaatkan sebaik-baiknya. Nanti akan menjadi sesuatu yang sangat indah untuk dikenang dan dicontohi.

    ReplyDelete
  6. kite dulu sekolah rendah jalan kaki je.. sekolah depan rumah je hehe

    ReplyDelete
  7. Setuju sangat, selagi ada daya kita buatlah yang terbaik untuk family mahupun sapa saja. InsyaAllah ada ganjarannya dari Allah.
    Seronok baca cerita DP dari kecik, kak nina belum kuat nak citer kisah lama. Huhuuu
    Alfatehah buat arwah Tok Ki dan Tok Wan

    ReplyDelete
  8. Betul, kita taknak anak-anak rasa macam mana kita rasa..selagi kita boleh buat, kita akan buat untuk anak-anak. AlFatihah untuk arwah Tok Ki dan Tok Wan

    ReplyDelete

Post a Comment