TIPS Nak Cantik Masa PKP

TIPS Nak Cantik Masa PKP
Sekarang ni PKP. Kes Covid19 makin menggila. Janganlah kluar rumah guys. 

Tak dinafikan ada yang stress duduk rumah. Aku masa PKP 1.0 tahun lepas pun stress jer - stress sebab langsung tak boleh kluar rumah. 

Nak buat macam mana kan tak boleh nak kluar rumah. Kita ikut jer arahan demi kebaikan diri sendiri. 

Tapi walaupun duduk rumah, kita tetap kena jaga kesihatan. Dan jaga kecantikan. Duduk rumah pun nak jugak kulit cantik kan?

Nak pergi salon sekarang tak boleh, so jagalah kulit sendiri kat rumah - buat facial sendiri kat rumah. 


Aku guna masker ni - dari Body Shop. 


Mask ni aku dapat free gift dari Body Shop, hari tu ada beli perfume kat Body Shop, dapat free gift Masker ni. Rugilah kalau tak guna kan. 

Biasanya aku guna masker yang topeng tu - beli kat drug store. Tapi memandangkan sekarang ni ada masker Body Shop ni guna yang ni lah sampai habis. Best jugak. Rasa dia - ada beras. Lepas ni kalau habis, boleh beli sendiri.

Bila duduk rumah ni, memang hari-harilah pakai masker. 

Nak cantik kan , buat jer lah rutin ni hari-hari. Tak susah pun, lepas basuh muka guna cleanser, terus pakai masker ni. Lepas 10 minit, rinse dan pakai toner dan moisturizer macam biasa. 
 

Comments

  1. Betul tu... ambil peluang musim PKP untuk jaga kulit!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan... tak yah duk stress-stress sebab pkp, kita buat jer apa-apa untuk bagi kita rasa bahagia. hihihi

      Delete

Post a Comment