PdPR Again?? Oh NO!

Hari Ahad hari tu Menteri Pendidikan Malaysia dah umumkan yang PdPR iaitu pembelajaran atas talian a.k.a sekolah online akan dilanjutkan lagi sampai Bulan Julai 2021 nanti. 

Oh NO!. Aku dengar berita tu macam sesak nafas aku nak bernafas. hahahha. 


Awal tahun PdPR hari tu seem OK lah untuk Kakak FL, sebab masa tu belajar guna silibus Tadika lagi. Tapi sekarang ni dah masuk silibus Darjah 1. Aku nampak pembelajaran online ni tak sesuai la untuk Kakak FL. 

Sebab Kakak FL ni jenis orang kinestetik. Orang yang suka bergerak-gerak, dah tak dapat fokus dalam tempoh yang lama - same like her mommy. Aku kenal sangat diri aku. So, aku boleh expect apa yang anak aku boleh buat dan tak boleh buat. 

Kakak FL ni cara dia belajar mesti ada 'engagement' dengan cikgu / tenaga pengajar. Kalau dalam kelas ada ramai sangat orang. So, bila sekali buat zoom / class online, ramailah yang akan masuk kelas sekali. So, cikgu pun susah nak bagi perhatian sorang-sorang. Tambah pulak cikgu pun tak nampak muka budak-budak depan-depan. 

Itulah kekurangan pada pembelajaran online yang Kakak FL hadapi.

Tapi nak buat macam mana kan.. ini norma baru. 

KPM buat keputusan tu pun sebab risau dengan kes covid kat Malaysia skrang. Kalau benarkan sekolah dibuka macam biasa, nanti lagi teruk kluster covid merebak. 

So, nak tak nak, kita semua kena belajar untuk hidup dalam norma baru ni. 

Nak buat macam mana.

Next week, sekolah dibuka. So, we try our best to give the best comitment. Harapnya Kakak FL ada jugalah progress untuk Darjah 1 tahun ni. Tak banyak pun, at least sikit.


Comments

  1. Norma baharu, sistem pendidikan pun banyak perubahan kan.

    ReplyDelete
  2. Kat rumah ada cikgu yang lebih garang.

    ReplyDelete
  3. moga kakak mampu adapt pdpr dgn baik

    ReplyDelete
  4. Anak Sha pun lebih fokus dan faham kalau sesi pembelajaran di sekolah.. Kalau PdPR ini memang agak jenuh jugalah nak bantu dia.. Tambah subjek yang mak ayah pun tak pernah belajar..

    ReplyDelete

Post a Comment