PKP 3.0 - Buat Apa Kat Rumah?

in , by dorsett pink, June 10, 2021

 

Masa PKP kali ni buat apa kat rumah? 

Mesti korang busy WFH kan? 

Aku macam biasalah layan anak-anak yang comel-comel yang tengah nak membesar ni. 

Sementara tu, aku habiskan masa aku dengan buat LIVE. 

Aku buat LIVE kat IG personal aku - @dorsett.pink.

Dengan kat Facebook Page aku - EYLEEN.

FB Page EYLEEN tu aku baru jer buat masa PKP ni - untuk share info-info pasal TRAVEL. 

Kalau korang suka TRAVEL, jom lah follow FB Page EYLEEN tu. 

So, sekarang setiap hari aku buat LIVE 2 kali sehari - 1 kat IG Personal Dorsett Pink dan 1 lagi kat FB Page EYLEEN. Dan dua-dua LIVE tu tak sama content LIVE aku. 

Kat Instagram aku lebih share pasal personal life aku, dan kat FB Page Eyleen tu more to travel sharing.


Ni salah satu 'studio' buat LIVE kat rumah aku. Ada lagi 2 'studio' - tempat yang aku selalu guna untuk buat LIVE.

Semua tools ni memang dah ada dalam simpanan aku sejak dari tahun lepas lagi.

Ini gambar selfi masa live semalam.


Ring light ni aku beli dulu tak mahal pun. Dalam RM 30 jer, boleh guna 2 phone sekaligus.

Kenapa aku buat LIVE? 

Sebab aku share something yang berguna dengan follower aku. Mana tahu asbab sharing aku tu boleh bagi benefit pada yang mendengar, so dapatlah jugak aku kutip bekalan untuk akhirat sana. 

Aku nak pergi Palestin tolong rakyat Palestin tak mampu, so dengan cara ni lah apa yang mampu aku buat untuk tolong follower aku selain dari penulisan di blog. 

Semalam aku share pasal Surah al-Waqiah. Aku bukan Ustazah OK. So, aku share dari pandangan perspektif aku  apa yang aku faham tentang Surah al-Waqiah. Kalau korang nak pencerahan yang lagi detail, tu kena tengok ceramah-ceramah Ustaz Ustazah kat Youtube, mereka lebih arif untuk mengulas. 

So, guys, kalau korang nak tengok Live aku, korang boleh tengok kat IG aku atau kat FB Page EYLEEN. Lepas tengok jangan lupa bagi 'love' tau 😂. Bagilah aku semangat sikit untuk aku terus buat yang terbaik. 

SHARE 6 comments

Add your comment

  1. Gitu gadget atas meja mesti lengkap

    ReplyDelete
  2. Wahhh lengkap meja live dia... janji selesa dan memudahkan untuk sampaikan maklumat...

    Wfh kali ini bizi tak macam tahun lps punya pkp1.0

    ReplyDelete
  3. Mommy boleh buat yang terbaik.

    ReplyDelete
  4. Betul lah, besides work from home i also do my blog, and social media content

    ReplyDelete
  5. Selamat berPKP kak Dorsett. All the best.

    ReplyDelete
  6. Wah.. syoknya ber LIve bila lengkap perkakasannya..
    Selamat ber PKP..

    ReplyDelete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE