Kek Birthday Unicorn Sempena Birthday Kakak FL Yang Ke-7. 

Birthday kek Kakak FL hari tu ialah Kek Unicorn. 

Kakak FL suka sangat dengan UNICORN ni. Dari last year lagi dia cakap birthday dia 7 tahun ida nak birthday cake Unicorn. 

So, mommy pun tunaikanlah permintaan dia tahun ni.

Kalau tahun lepas, mommy buat sendiri kek birthday kakak FL, tahun ni dah tak larat nak buat. Cukuplah sekali jer buat birthday cake, pastu tak nak buat dah. Penat 😅. Tahun lepas pun dia sambut birthday masa PKP. Tahun ni pun sama. huhu. Hopefully tahun depan bolehlah celebrate birthday kat luar.

Boleh baca kat entri ni pasal kek birthday tahun lepas -MY 1ST HOMEMADE BIRTHDAY CAKE". 


Ini dia birthday cake Kakak FL tahun ni.




Kek ni aku order jer kat kedai kek. Semuanya online. Ada 1 kedai kek kat area rumah ni yang aku selalu beli kat situ. Hari tu birthday Leeya pun aku order kek kat kedai tu juga. So, masa PKP lock down ni, aku cuma whatsapp jer owner kedai tu bagitau aku nak Kek Unicorn.  Aku send sekali gambar kek yang aku nak. 


Aku hantar gambar-gambar kek ni kat owner kedai. Aku cakap aku nak kek macam ni tapi nak 1 tingkat jer. Gambar-gambar ni Kakak FL sendiri yang cari kat google. 


Sedapnya dia makan TELINGA UNICORN.



Dan kek yang kami dapat sebiji sama dengan apa yang kami nak. Well Done Kedai kek. 


Isi dalam kek ni ialah Kek Coklat Moist. Sedap sangat. 

Harga kek ni hanya RM 130 jer. 

Dan aku minta diaorang deliver ke rumah. Walaupun kedai ni sekakang monyet je dari rumah aku, tapi aku malas nak keluar. (Waktu PKP ni malas sungguh aku nak drive). Kos penghantaran guna Lalamove cuma RM 8. 

SO, total kek ni harga RM 138. Penghantaran pun tepat pada waktu yang aku nak.

Berbaloi sangat harga tu dengan rasa kek yang sedap ni dan servis yang sangat tip-top - semuanya online jer guna Whatsapp (thumbs up!). 
SHARE 5 comments

Add your comment

  1. Jangan kata anak-anak, PC sendiri pun suka tengok deco kek unicorn macam ni.

    ReplyDelete
  2. Dah 7 tahun umur FL. Happy belated birthday! Comel kek tu macam FL dan mummy nya jugak

    ReplyDelete
  3. alooo comelnyaa.. happy birthday Kakak FL!

    ReplyDelete
  4. Cantik sangat kek dia.. Memang terbaiklah seller tu..
    Happy belated Birthday..

    ReplyDelete
  5. alaaa diaa dengan kek sama2 comel! hehe

    ReplyDelete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE