Rupanya Artis Pablo Amirul Belajar Kat Brazil

 Korang kenal tak dengan sorang artis ni yang nama dia - Pablo Amirul? 

Di ni kalau berlakon selalu berlakon watak jahat jer. Jaranglah dia berlakon watak baik. 

Aku 'kenal' dia (aku kenal dia kat TV jer, tapi dia tak kenal aku pun) ni dah lama. 

Sejak dia jadi host dalam Rancangan TV pasal HIKING. 

Aku kan dulu kaki hiking. So, memang suka lah tengok cerita-cerita pasal hiking ni. 


Kalau tengok Pablo dalam rancangan hiking tu, nampak macam dia ni memang kaki hikinglah. So, sejak tu aku selalu follow dia kat kaca TV. 

Tapi aku percya tak ramai pun orang kenal dia masa tu even dia pun pernah dijemput ke stesen radio. 

Sampailah baru-baru ni dia berlakon cerita dalam Budak Tebing 2 jadi watak utama yang jahat iaitu Si Hero Jahat. 

Aku suka dengan lakonan si Pablo ni sebab watak dia menjadi. Kiranya dia betul-betul menghayati watak tu. Walaupun watak jahat tapi nampak best la. Secara automatik, cerita tu jadi best dan nampak real. 

OK, kalau korang nak tahu, sebenarnya, Si Pablo Amirul ni sebenarnya orang yang educated. 

Dia dulu belajar kat Brazil dalam jurusan Business Admin. Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan. Tapi nama detail course tu aku tak tahu. Dia pergi Brazil tu atas tajaan - dapat scholarship. Hebat kan?

Aku tengok kat Youtube dalam kat Channel Rosyam NOr pasal sejarah hidup dia ni. Korang boleh tengok show tu kat Suhan Channelkat Youtube. 



Pergi kat Channel Youtube tu, pastu cari tajuk 'Pablo Amirul'. 


Dalam cerita tu , Pablo bagitau yang dulu dia ni jahat sangat. Mak dia dulu kerja jadi GRO. Siang jadi cikgu, malam bekerja sebagai GRO. Mak dia terpaksa bekerja macam tu sebab nak tanggung dia adik-beradik untuk makan dan hidup sebab mak dia dulu ibu tunggal. Mak dia bercerai dengan ayah dia.

Pastu rezeki dia dapat scholarship belajar kat Brazil masa umur 17 tahun (lepas habis SPM). Dia terpaksa jadi jahat sebab dia duduk kat Brazil - negara yang paling tinggi kadar jenayah. Dia sorang-sorang jer Rakyat Malaysia kat Brazil tu. Dan pulak dia tak ada didikan agama yang kuat masa tu. 

So, untuk dia survive kat negara tu, dia terpaksa berkawan dengan rakyat tempatan Brazil kat sana dan menjadi orang jahat. Orang jahat ni maksudnya dia bekerja jual dadah kat sana. Dia kerja tu sebab nak survive. Jadi student kan duit tak cukup. Duit biasiswa yang dia dapat tu ngam-ngam jer sebab currency rate tinggi. So, dia kena bekerja part-time untuk tampung kos pengajian dia kat sana.

Masa kat Brazil tu, segala kerja jahat dia dah pernah buat. Makan babi pun dia pernah. Dia jugak dulu menjadi free-thinker atau atheist. Dia selalu masuk church kat sana. Ni semua dia cerita kat dalam cerita Datuk Rosyam Nor tu.

Dan lepas habis belajar, dia jadi traveler megembara sorang-sorang secara backpacker kat 3 buah benua kat sana. Hebat giler. Duit travel tu semua dia kumpul masa bekerja jual dadah kat Brazil tu. 

Tapi masa dia balik Malaysia dia dah insaf dah. Dia dapat hidayah masa stranded kat dalam airport Dubai selama seminggu.

Bila balik Malaysia, dia dapat kerja dengan Bank Negara. Pastu dia cerita dia kena tipu dengan BOSS dia. Pastu dia kena buang kerja. Dan selepas tu bermulalah fasa baru dalam hidup dia menjadi pelakon. 

Dia memang nak sangat-sangat jadi pelakon tu sebab dia minat sangat. Dia kata itu doa dia hari-hari masa dia kena buang kerja tu. Akhirnya termakbul doa dia nak jadi pelakon tu. Walaupun dia selalu dapat watak jahat, dia happy sebab cita-cita dia tercapai. ALHAMDULILLAH!.

Aku doakan Pablo terus istiqomah dalam hijrah dia mencari Allah. Dan semoga dia cepat bertemu jodoh. Amin.

Comments

  1. pengalaman hidupnya sgt mencabar dan Allah memeliharanya moga artis ni terus sukses

    ReplyDelete

Post a Comment