Bentuk Bantuan Untuk Mangsa Banjir

in , by dorsett pink, August 23, 2021

Bentuk Bantuan Untuk Mangsa Banjir. Bantulah mereka dengan bantuan kewangan a.k.a duit.  

BANJIR SANGAT MENGUJI KESABARAN SESEORANG, TERUTAMANYA DARI ASPEK DUIT. 

Duit memang sangat-sangat diperlukan masa waktu banjir ni. Untuk orang yang berduit, Alhamdulillah masih OK. Tapi untuk mereka yang ada cukup-cukup jer duit, memang musibah ni sangat menguji emosi dan mental sebab nak fikir macam mana nak cari duit.


www.dorsettpink.com

Nak buat apa dengan duit? Macam-macam benda yang boleh dibeli bagi mangsa banjir, antaranya ialah beli makanan , beli peralatan pembersihan, beli perkakas elektrik yang baru (sebab yang lama dah hanyut air), beli perabot baru, dan untuk baiki kereta.


1. Duit tu untuk beli makanan. Sebab masa waktu banjir, mangsa banjir tak boleh masak. Mungkin dalam 5-7 hari tak boleh masak sebab dapur masuk banjir. Pinggan mangkuk, kuali, senduk, sudu garfu tu semua nak kena bersihkan dulu baru boleh set-up dapur semula. So, sementara waktu tu, mangsa kena beli / tapau makanan dari kedai setiap hari.


2. Duit tu nak buat beli plastik sampah dan alatan pembersihan. Alatan pembersihan  macam paip getah, baldi, kain buruk, kain lap, penyapu semua nak kena beli baru sebab yang sediada kat rumah semuanya dah dihanyutkan air atau dah rosak sebab masuk banjir,so nak tak nak memang kena beli baru. Plastik sampah pulak kena beli banyak-banyak sebab banyak barang yang nak kena buang. Tu semua pakai duit tu. huhuhu. 


3. Duit untuk beli kelengkapan rumah. Bila banjir banyak perkakas yang rosak dan terpaksa beli baru. Contoh macam katil, cadar, bantal, selimut, tuala, pakaian semua habis musnah masuk lumpur. Kalau tak musnah pun, habis penuh seluk, sanggup ke nak basuh semua seluk-seluk tu? Fuhh! So, nak tak nak terpaksa beli baru. 


4. Duit untuk beli perkakas elektrik dan perabot. Bila banjir, banyak perabot dan peralatan elektrik yang rosak. Contoh benda yang penting macam almari baju, kipas, kettle, peti ais, mesin basuh dan macam-macam lagi. So, duit sangat-sangat diperlukan untuk beli barang-barang ni.


5. Duit untuk baiki kereta. Kereta antara yang paling teruk terjejas masa banjir. Bagi yang sempat alihkan kereta masa banjir tu, Alhamdulillah (macam aku dulu). Tapi kalau tak sempat, redha jer lah. Dan baiki kereta selepas banjir sangat-sangat menelan belanja yang sangat banyak. Berapa kos baiki kereta masa banjir? Boleh baca kat entri ni - " BERAPA HARGA BAIKI KERETA MASUK BANJIR? ". Kalau kereta tu snagat tu, ada yang terpaksa beli kereta baru. 😦.


So, kalau nak bagi bantuan pada mangsa banjir, eloklah kiranya kalau bagi bantuan kewangan dalam bentuk tunai. jangan bagi beras, telur dan segala keperluan dapur tu sebab diaorang tak boleh nak masak juga. Bila bagi duit tunai, diaorang boleh beli macam-macam keperluan rumah yang sangat-sangat diperlukan. 

SHARE 3 comments

Add your comment

  1. yang menghulur bantuan pasti mendapat ganjaran yang baik dari Allah swt

    ReplyDelete
  2. saling bantu membantu meringankan bebanan masalah kala banjir

    ReplyDelete
  3. turut brduka cita dgn apa yg menimpa mereka.. smoga Allah kuatkan hati hamba-hambaNYA.. Amin

    ReplyDelete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE