Simple Joy of Life

in , , by dorsett pink, August 30, 2021

www.dorsettpink.com

Simple Joy of Life

Dah lama anak-anak tak keluar rumah. Last diaorang keluar masa ikut mommy pergi Vaksin first dose 22 Ogos hari tu, walaupun hanya duduk dalam kereta jer, tapi itupun dah buat diaorang happy. 

Bila tengok mata diaorang, kesiannya.

Keindahan zaman kanak-kanak diaorang tak sama macam apa yang kita rasa dulu-dulu. 
Kini segala-galanya berlainan, dunia mereka hanyalah kat rumah semata-mata. 

So, hari tu, aku decide untuk ikut en.suami pergi beli barang dapur, bawak anak-anak sekali. 

Sampai kat supermarket, kitaorang semua duduk kat dalam kereta jer. En.suami jer keluar sorang-sorang pergi beli barang.

Tapi walaupun hanya lepak dalam kereta jer, diaorang dah happy sangat, seolah-olah macam dapat jalan-jalan pusing-pusing Ibukota Kuala Lumpur. Itulah yang dikatakan 'Simple Joy of Life'. 

Muka ada senyum kan? 😆

Duduk dalam kereta sambil menikmati cendol. Fuhh! Nikmatnya.


Aku siap buat LIVE kat FB lagi hari tu - cerita pasal apa yang kita buat dalam kereta. Bole tengok video tu kat link ni - www.facebook.com/eyleentravel

Ini Teddy Bear kesayangan Leeya. Dia bawak ni pergi mana-mana. So, kalau naik kereta, kereta kami kena ada 'extra seat' untuk bear ni duduk 😅.


Simple Joy of Life - hargailah ia sementara nyawa masih dikandung badan, bersyukur dengan nikmat Allah yang sementara ini =)). 

SHARE 2 comments

Add your comment

  1. Zaman kanak2 sekarang dah berbeza berbanding zaman kita dulu2.

    ReplyDelete
  2. huhu kesian kan kat anak2 kita.. skrg ni mmg sllu bwk ank ronda2 naik kete je..
    tu pon dia dh happy..
    arapnya nanti anak2 kita dpt main ngn kawan2 mcm biasa la..

    ReplyDelete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE