Sijil Vaksin Dulu dan Sekarang

in , by dorsett pink, September 11, 2021

 Sijil vaksin sebenarnya dah wujud sejak masa pemerintahan Kerajaan Uthmaniyah (Ottoman Empire) lagi. 

Dulu-dulu masa zaman pemerintahan Sultan Suleyman Khan (1520 - 1566) atau nama glamournya Sultan Suleyman Al-Qanuni dah ada wabak penyakit sehingga diisytiharkan sebagai 'PANDEMIK'. Wabak masa tu ialah 'plague'. 

Plague ni ialah penyakit berjangkit. Sama macam Wabak Corona Virus yang wujud masa sekarang.  

Sesiapa yang terkena 'plague' mungkin akan meninggal. Dan tak ada sesiapa yang boleh pegang / sentuh pesakit yang terkena 'plague'. Untuk elakkan terkena plague, semua orang kena jaga jarak sosial , tak boleh bercakap dekat-dekat, tak sentuh orang, dan sesiapa yang ada ' kontak rapat' dengan pembawa wabak, kena kuarantin diri. 

Korang boleh baca jurnal saintik pasal Plague kat sini - https://www.jstor.org/stable/43818409 .

Masa tu pun manusia kena pakai face mask. Frontliners pulak kena pakai face shield, pakai glove dan pakai baju khas (sekarang ni kita panggil baju tu PPE). 

Jenazah yang mati akibat plague tak boleh dikebumikan macam biasa, kena sembur dulu guna bahan pencuci pastu kena balut plastik. Dan kemudian, tanah perkuburan tu kena sembur dengan racun. Sama sebijik macam cara kebumikan jenazah Covid19 zaman sekarang. 

So, maksudnya apa yang wujud masa kita sekarang ni bukan benda baru. Dan SOP yang wujud masa ni ialah SOP yang dah lama dipraktikkan oleh manusia sejak zaman dulu-dulu lagi. 

Dan sejak dari zaman pemerintahan Kerajaan Uthmaniyah pun dah wujud Vaksin dan sijil vaksin diberikan pada mereka yang dah dapat suntikan vaksin. Ini dia sijil vaksinnya ↓.

Sumber : Internet.


Dan Alhamdulillah, kerana usaha orang dulu-dulu untuk membendung wabak penyakit dengan memperkenalkan SOP dan Vaksin serta ubat-ubatan, tamadun manusia masih lagi wujud sehingga ke hari ini. So, orang yang kata manusia makin pupus serta ramai yang mati selepas terima vaksin ni adalah tak benar.

Bukti apa yang kita lihat hari ini, manusia makin bertambah ramai dan perkembangan bandar makin lama makin pesat sehingga terjadinya 'urban sprawl' (istilah yang digunakan dalam perancangan bandar). Proses urbanisasi sentiasa wujud  sehingga ke hari ini untuk menampung jumlah manusia yang semakin bertambah. 

Dan ini pulak ialah Sijil Vaksin yang wujud masa taun 1940an.


Dan ini ialah Sijil Vaksin COVID-19 yang wujud hari ini. 


P/S : Jangan dedahkan sijil vaksin masing-masing kat sosial media atau whatsapp sebab nanti ada orang yang gunakan sijil tu untuk kepentingan diaorang, nama dan IC yang tertera diaorang boleh tukar jadi nama diaorang. 

Kita patut berterima kasih dengan pakar-pakar perubatan zaman dulu-dulu, kerana merekalah yang dah berusaha mencari usaha dan buat kajian macam-macam untuk selamatkan manusia. Kerana usaha mereka, kita semua masih wujud sehingga ke hari ini. Terima kasih frontliners dan Thank you Allah!.

SHARE 3 comments

Add your comment

  1. Terima kasih frontliners :)
    Alhamdulillah. Dah lgkap 2 dose vaksin. Hehe

    ReplyDelete
  2. Tapi tulah, zaman sekarang makin ramai manusia pandai, maka jadilah perbezaan pendapat sampai ada yang menolak vaksin atas sebab yang tak munasabah

    ReplyDelete
  3. Salah satu cara ikhtiar kita membendung jangkitan penyakit.

    ReplyDelete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE