Last month, 1-20 Julai 2017, 2 orang sahabat, Bijan & Kim ada buat pameran fotografi kat MATIC, Jalan Ampang. Pameran Fotografi ni ditunjukan gambar-gambar pengembaraan mereka berdua selama 2 tahun ke beberapa buah negara kat atas dunia ni.
Hari tu ada masuk TV, mesti korang dah tahu kan? Ni aku post kat sini, untuk rujukan aku di masa akan datang... Mana tahu ada rezeki aku satu hari nanti dapat ikut jejak diaornag, so boleh lah aku refer entry ni nanti.
Aku salute la ngan diarang, sebab mampu travel selama tu. Aku dulu travel sorang-sorang mampu buat 17 hari je... Pastu homesick nak balik cepat-cepat balik Malaysia. Serously aku kagum ngan diarang. kalau nak kata aku jeles, inilah baru dikatakan jeles. Envy dengan passion diarang yang sanggup meninggalkan kerjaya diaorang sebagai seorang profesional demi semata-mata memenuhi impian - travel throughout the globe.
Lepas tengok semua ni, aku pun pasang gak angan-angan, moga satu hari nanti (bila anak-anak semua dah besar), aku nak buat gak kerja giler macam ni.
Bijan & Kim ni kawan baik dari sekolah lagi. Diaorang ni sekampung - sebuah Felda di Negeri Sembilan. Diaorang sanggup berhenti kerja untuk pengembaraan selama 2 tahun ni. Hebat kan? kan? kan?
Pengembaraan diaorang bermula dari Mongolia,pastu gerak turun ke China, Tibet , Nepal, then fly ke Turki, Greece, Sepanyol, Mesir. Pastu diaorang buat TRANS-AFRIKA dari Cairo ke Cape Town, Sudan, Kenya, Tanzania, Malawi, Zambia,Zimbabwe, Botswana, Namibia & Afrika Selatan & Lesotho. Dari Afrika Selatan, diaorang terbang ke London, pastu ikut jalan darat travel ke Europe - Ireland, Italy, Switzerland & sempat buat volunteer work kat Calais, France.
Pastu diaorang terbang ke Peru untuk menjelajah benua Amerika Selatan. Kat South America ni, diaorang nak travel dengan motorsikal, so kat Peru lah, diaorang beli motosikal dan semua kelengkapan untuk riding. Dari Peru, diaorang ride pergi ke Bolivia, Argentina, Chile, pastu ke Daerah Amazon.
Diaorang merentasi Sungai Amazon dari Peru ke sempadan Colombia, pastu masuk Brazil. Dari Brazil, diaorang fly pergi ke Frankfurt, Germany, Belanda, Belgium, London. Diaorang stay kat London sebulan sebelum balik Malaysia. On the way balik Malaysia, diaorang singgah jap kat Istanbul, Turki.
Wahh!! KAGUMnya!
Diaorang travel secara backpackers. 5 tahun diaornag berkerja keras nak simpan duit nak travel ni. So, kos keseluruhan perbelanjaan diaorang sepanjang kembara 2 tahun ni ialah sebanyak RM 200,000. Bagi aku berbaloi la RM 200,000 tu untuk jelajah dunia, nak tengok keajaiban ciptaan Ilahi.
Ini khemah diaorang. Ada ketika diaorang tido di khemah, ada ketika di hostel.
Ini baju dan peralatan yang diaorang guna semasa kembara tu
Inilah sebahagian dari gambar-gambar kembara diaorang.
One fine day, aku harap aku boleh travel round the world macam ni jugak. Tapi tunggu anak-anak semua dah besar. So sempat lagilah aku nak simpan duit beratus-ratus ribu tu. Bila duit dah cukup, anak pun dah besar, maka tibalah masanya.. InshaAllah.
pameran ni masih berlangsung ke DP? macam tertarik nak pergi tengok
ReplyDeleteDah habis IQ, 1-20 julai lepas
ReplyDeleteMENGAGUMKAN SEKALI SEMAGAT KEDUA-DUANYA SANGGUP TRAVEL BERMUSAFIR MELIHAT KEAJAIBAN DUNIA CIPTAAN-NYA...MOGA HAJAT DP JUGA AKAN TERCAPAI...IN SYAA ALLAH
ReplyDeleteoh my..jelesnya. nak travel macam ni hati kena cekal. n kalau nak g ngan oranng, kena tahan perangai each other.
ReplyDeletetempat dorg pegi pun byk yg jarang org pegi ,tu yg menarik
ReplyDelete2 tahun rm200k ok la tu .. lama Tu travel sampai 2 tahun tu
ReplyDeletemenariknya tengok..tunggu anak besar join ni semua balik..dulu waktu belajar sukala camping2
ReplyDeleteperrghhhh tabik spring dgn org mcm ni...
ReplyDelete