Sunday, December 24, 2023

Disember 2023 : Kami Diuji Dengan Wabak Influenza A

Disember 2023 -  Kami Diuji Dengan Wabak Influenza A. Bulan yang sangat menguji kehidupan kitaorang sekeluarga. Bulan ni aku sangat kurang menulis di blog dan sosial media, kerana memberi ruang untuk menjaga kesihatan diri sendiri dan keluarga. 

Friday, December 08, 2023

Baby Leesa Terkena Jangkitan Kuman di Telinga (Infections)

Baby Leesa Terkena  (Infections) Jangkitan Kuman di Telinga.

Wednesday, November 29, 2023

Travelog Melbourne : Philip Island

Travelog Melbourne, Australia : Philip Island. Philip Island ialah destinasi pelancongan terkenal di Negeri Victoria, Australia. Ia terletak di Bahagian Selatan Victoria macam yang ditunjukkan kat dalam peta kat bawah.

Tuesday, November 28, 2023

Wednesday, November 22, 2023

Khemah Perlindungan Sumbangan Rakyat Malaysia Untuk Penduduk Gaza, Palestine

November 2023 - GAZA, Palestine kini bermandi darah dengan pembunuhan kejam Rejim Zionis Israel. 

Tuesday, November 21, 2023

Leeya Menang Pertandingan Mewarna Toujours Advanced


Sabtu minggu lepas (11 November 2023), anak-anak aku, Kakak FL dan Leeya masuk Pertandingan Mewarna Anjuran Toujours Advanced yang diadakan di MyTown Shopping Mall, Cheras, Kuala Lumpur. 

Wednesday, November 15, 2023

TIPS Keibubapaan : Doa Elak Anak-Anak Berzina

TIPS IBU BAPA : Doa untuk elakkan anak-anak  berzina.

Tuesday, November 07, 2023

Maksud Lagu Palestine Atuna Tufuli

 Maksud Lagu Palestine Atuna Tufuli ayau ejaan sebenarnya ialah Atouna El Toufoule.

Saturday, November 04, 2023

Cara Masak Pasta Yang Paling Senang Untuk Bayi 8 Bulan

 Cara Masak Pasta Yang Paling Senang Untuk Bayi 8 Bulan.

Anak ketiga aku, Leesa baru masuk usia 9 bulan semalam. Minggu lepas aku start bagi dia makan pasta untuk pertama kalinya. Dan aku nampak reaksi dia - HAPPY!. Dia suka dengan pasta yang aku masak tu. 

Thursday, November 02, 2023

Konvensyen Suri Rumah (KONSURI) 2023 Sangat Meriah!

Sabtu baru-baru ni aku join Konvensyen Suri Rumah 2023 atau nama ringkasnya KONSURI 2023 yang berlangsung di UTM Residensi Kuala Lumpur dan dianjurkan oleh Persatuan Suri Rumah Rahmah Malaysia (SRR) dengan disokong oleh Kementerian PembangunanWanita, Keluarga dan Masyarakat.

Friday, October 27, 2023

Mendidik Anak-Anak Berniaga Dengan Cara Bermain Money Games Online di Mortagagecalculator.Org

Mendidik Anak-Anak Berniaga Melalui Money Games di Website mortgagecalculator.org 

Wednesday, October 25, 2023

Saturday, October 14, 2023

Beli Kasut Sukan di Kedai Al-Ikhsan

 Sebelum pergi bercuti kat Australia hari tu, aku dan en.suami singgah kat Kedai Al-Ikhsan jap untuk beli kasut sukan. 

Wednesday, October 11, 2023

Travelogue Melbourne : From Kuala Lumpur to Victoria, Australia

Travelogue Melbourne : From Kuala Lumpur to Victoria, Australia.

Thursday, September 28, 2023

IOI City Mall, Putrajaya : 10 Restoren Halal

Aku selalu ke IOI City Mall yang terletak di Wilayah Persekutuan Putrajaya betul-betul kat tepi jalan dari Lebuhraya SILK Kajang menghala ke Puchong. IOI City Mall Putrajaya ni ialah shopping mall yang terbesar di Malaysia. Memang betul-betul besar guys, penat nak jalan dalam ni. So, ini dia aku nak share dengan korang 10 restoren makan halal yang sedap. 

Wednesday, September 27, 2023

In-Room Dining - Dinner di Mandarin Oriental Hotel Kuala Lumpur

In-Room Dining - Dinner di Mandarin Oriental Hotel Kuala Lumpur

Monday, September 25, 2023

15 Hotel Near KLIA (Kuala Lumpur International Airport) Sepang

Korang ada terbang pergi mana-mana? Nak menginap dekat-dekat jer dengan KLIA? Jangan risau, ada banyak hotel near KLIA. Dan ini dia 10 senarai hotel-hotel yang berdekatan dengan KLIA Sepang, Selangor (Kuala Lumpur International Airport).

Thursday, September 21, 2023

Hotel in Ipoh, Perak : RPGC Garden Hotel

 Hotel in Ipoh, Perak : RPGC Garden Hotel - Hotel Review. 

Weekend baru-baru ni aku dan keluarga staycation kat Ipoh. Dan kitaorang tidur kat RPGC Garden Hotel (Royal Perak Golf Club) yang terletak di Jalan Sultan Azlan Shah, yang hanya jarak 16 minit jer dari Pekan Ipoh. So, ni aku nak tulis pasal review hotel ni. 

Friday, September 15, 2023

TIPS Travel : Cara Memohon Permit Memandu Antarabangsa (International Driving Permit)

Kalau korang warganegara Malaysia dan nak pergi bercuti melancong travel secara road trip di luar negara, korang kena dapatkan dahulu Permit Memandu Antarabangsa iaitu International Driving Permit di Malaysia sebelum travel. So, ini aku kongsi dengan korang semua macam mana cara-cara untuk mendapatkan permit memandu antarabangsa ni atau lebih mesra orang panggil sebagai lesen memandu international. Maksudnya tu, nak drive kat oversea lah. 

Saturday, September 09, 2023

Seronoknya Safari Wonderland A'Famosa, Melaka

Cuti sekolah minggu lepas kitaorang bercuti di A'Famosa Resort, Melaka. Dan antara tarikan utama di A'Famosa Resort ni ialah Safari Wonderland A'Famosa. Best sangat ! Nanti boleh datang sini lagi. Jom baca pengalaman kitaorang berkunjung ke Safari Wonderland, A'Famosa Resort.

Thursday, September 07, 2023

Zul Ariffin Bercuti di Kota Yang Dilaknat Allah SWT - Kota Al-Ula

Zul Ariffin bercuti di kota yang dilaknat Allah swt iaitu Kota Al-Ula Bulan Ogos baru-baru ni. Kota Al-Ula ni Nabi Muhammad saw melarang keras umatnya, iaitu Umat Islam dari seantero dunia melawat kota ini sehingga ke Hari Kiamat. 

Sunday, September 03, 2023

Bercuti di Waterpark A'Famosa Melaka

Cuti sekolah baru-baru ni (Ogos 2023), aku bawak anak-anak bercuti kat dalam A'Famosa Resort, Melaka yang terletak di Alor Gajah, Melaka. Dan salah satu tarikan utama di A'Famosa Resort ialah Waterpark A'Famosa Resort. Jom baca pengalaman kami mengunjungi Waterpark A'Famosa Melaka ni

Friday, September 01, 2023

My Skincare Routine. Tips Penjagaan Kulit Muka Yang Betul

My Skincare Routine. Penjagaan kulit muka yang betul adalah penting untuk menjaga kulit muka kita supaya sentiasa sihat,  segar, cerah, dan bersih.   Ini dia aku share dengan korang rutin skincare (my skincare routine) aku setiap hari dan tips menjaga kulit muka dengan betul supaya muka kita bebas jerawat dan kelihatan awet muda dan berseri.

Monday, August 28, 2023

Pasar Payang Kuala Terengganu Tahun 2023

Pasar Payang adalah pasar tradisional yang sangat terkenal yang terletak di Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia. Pasar ni merupakan tarikan utama di Kuala Terengganu (Landmark). Sangatlah famous Pasar Payang ni. Semua Orang Terengganu tahulah pasal Pasar Payang ni. Kalau diaorag tak tahu Pasar Payang, maksudnya dia bukan Orang Terengganu. 

Saturday, August 26, 2023

CARA MASAK MAKANAN BAYI UMUR 6 BULAN

Bayi dah boleh makan makanan pertama (solid food) ketika seawal usia 4 bulan. Namun WHO (World Health Organization), mengalakan agar pemberian susu ibu secara exklusif diberikan sehingga bayi mencecah 6 bulan dan permulaan untuk bayi merasa makanan pejal buat pertama kali adalah ketika mereka berumur 6 bulan. Dan Ini Cara-Cara Membuat Makanan Bayi Yang Berusia 6 Bulan.

Wednesday, August 23, 2023

Cara Mendaftar i-Saraan KWSP Untuk Golongan Yang Tiada Pendapatan Tetap

Semalam aku pergi ke KWSP , untuk mendaftar Skim Caruman KWSP i-Saraan. So, ini aku nak share dengan korang semua CARA-CARA NAK MENDAFTAR SKIM CARUMAN I-SARAAN, KWSP. 

Monday, August 21, 2023

Bayi Cirit-Birit. Terpaksa Bertukar Ke Susu Tanpa Laktosa (Lactose Free)

 Leesa dah berumur 6 bulan. Sejak bulan lepas, Leesa dah start makan solid food (Weaning). Tapi setelah sebulan start makan, Leesa cirit-birit dan Doktor Pakar Kanak-Kanak suruh tukar susu ke Susu Tanpa Laktosa (Lactose Free).

Thursday, August 17, 2023

Panduan Menyediakan Resume Terbaik 2023

Ini dia panduan untuk korang buat resume yang terbaik untuk mencari kerja nanti. Yang penting resume terbaik ialah kena simple dan padat, bukannya kena tulis essay panjang-panjang berjela-jela macam tulis tesis ok. PANDUAN MENYEDIAKAN RESUME TERBAIK.

Wednesday, August 16, 2023

CARA & TIPS MUDAH BANGUN SOLAT TAHAJJUD JAM 4 PAGI

INI DIA CARA -CARA NAK BUAT SOLAT SUNAT TAHAJJUD DAN TIPS BAGAIMANA NAK SENANG BANGUN DI MALAM HARI UNTUK MENGERJAKAN SOLAT SUNAT TAHAJJUD.

solat tahajjud

Monday, August 14, 2023

12 TIPS DAN PANDUAN UNTUK MEMBELI BASIKAL

Trend sekarang ramai orang beriadah dengan menggunakan basikal. Alhamdulillah! Rakyat Malaysia dah semakin sedar akan kepentingan menjaga kesihatan. Kalau nak beli basikal, jangan simply beli jer. Baca dulu artikel ni sampai habis pasal 'TIPS DAN PANDUAN UNTUK MEMBELI BASIKAL'.

Thursday, August 10, 2023

SUSU IBU SEMAKIN BERKURANG. INI 10 CARA PTAMBAHKAN NAK SUSU BADAN

 Baby ke-3 aku, Leesa dah berumur 6 bulan. Dan seperti anak-anak sebelum ni aku memilih untuk beri susu ibu (atau juga susu badan) kat anak aku. So, Leesa mengikut jejak kakak-kakak dia yang minum susu mummy sepenuhnya.  Bila susu ibu makin kurang, kita akan menajdi panik. Jangan panik mommies, hari ni aku nak share dengan korang cara-cara untuk perbanyakkan susu badan dengan mudah. 

Monday, August 07, 2023

10 TIPS dan Cara-Cara Nak Dapat Jawatan Kosong Kerajaan Tanpa Guna 'Kabel'

OK guys, hari ni aku nak share dengan korang yang tengah menanti-menanti kerja idaman, aku nak TIPS dan cara-cara nak dapat jawatan kosong kerja kerajaan untuk diterima oleh SPA sebagai penjawat awam. SPA tu ialah nama ringkas bagi Suruhanjaya Perkhidmatan AWAM. SPA lah yang bertanggungjawab untuk mencari pekerja-pekerja baru bagi semua jawatan di dalam kerajaan. 

Monday, July 31, 2023

Seronoknya Sertai Larian Malaysia Breakfast Day 2023 Anjuran MILO

Hari Sabtu dan Ahad baru-baru ni (29 & 30 Julai 2023), aku dan Kakak FL join acara larian MALAYSIA BREAKFAST DAY 2023 anjuran MILO kat Dataran Wawasan, Presint 2, Putrajaya.

Sunday, July 30, 2023

3 Game Online Yang Best di Website Solitaire.Org

Guys, korang suka main game tak? Hari ni aku nak share dengan korang semua pasal pengalaman aku bermain game online kat website solitare.org. 

Thursday, July 27, 2023

2 Cara Mudah Menggunakan WiFi di Starbucks

Korang suka minum kopi kat Starbucks? Tahu tak yang kita sebenarnya boleh guna wifi internet kat Starbucks tu percuma jer kalau kita membeli apa-apa barang kat situ. So, meh sini, aku nak share dengan korang macam mana cara nak gunakan wifi percuma di Starbucks.

Tuesday, July 25, 2023

TIPS : 8 Langkah / Cara Mandikan Bayi Baru Lahir Menggunakan 'Bath Tub'

Ok guys, aku baru jer malahirkan baby yang ke-3, Leesa Bulan Februari 2023 hari tu. Ramai juga yang tanya aku, macam mana cara aku mandikan bayi aku ni sebab dah ramai ibu-ibu yang lupa cara-cara nak mandikan bayi yang baru lahir walaupun kami ni dah anak sebelum ni. Aku sendiri pun dah lupa, sebab beza umur antara bayi ke-3  ni dengan kakak dia ialah 5 tahun. So, hari ni aku nak share dengan korang 'Cara Aku Mandikan Baby Menggunakan Bath Tub Baby'.

Sunday, July 23, 2023

Lyndung.My – Program Perkongsian Bayaran Bil Perubatan Untuk Mereka Yang Tak Mampu

Assalamualaikum guys. Hari ni aku nak share dengan korang semua pasal program bantuan kesihatan untuk membantu masyarakat kita yang kurang berkemampuan untuk membayar bil perubatan. Program ni dikenali sebagai program Lyndung iaitu satu konsep program yang bersama-sama membantu ahli dalam komuniti tu untuk membayar bil perubatan. So, korang kena baca sampai habis tau pasal ‘Lyndung.My - Program Perkongsian Bayaran Bil Perubatan Untuk Mereka Yang Tak Mampu’.

Saturday, July 15, 2023

Cara Buat Passport Malaysia Untuk Bayi dan Anak Kecil

Ok guys, baru-baru ini aku pergi ke jabatan Imigresen untuk buat passport Baby Leesa. Leesa sekarang umur 5 bulan dah, dah boleh makan dah. So, dah tiba masanya untuk Leesa travel jauh naik kapal terbang macam kakak-kakak dia sebelum ni. Dan inilah kali pertama Leesa buat passport dalam hidup dia ketika usianya mencecah 5 bulan. Entry kali ni, aku nak share dengan korang tentang 'CARA-CARA NAK BUAT PASSPORT MALAYSIA  UNTUK BAYI DAN ANAK KECIL BAWAH UMUR 4 TAHUN BUAT PERTAMA KALI'. 

Thursday, July 13, 2023

My Birthday Present - Ogawa Massage Chair & Ogawa Treadmill

18 Jun 2023 hari, birthday aku yang ke-39 tahun dan en.suamiku tercinta telah bagi hadiah birthday present ni kat aku iaitu - Kerusi Urut OGAWA (Massage Chair) dan treadmill OGAWA, macam yang aku cerita dalam post sebelum ni - '5 IDEA HADIAH HARI JADI UNTUK ISTERI YANG SANGAT BEST DAN BERMAKNA'.

Terima kasih yang tak terhingga buat suamiku. 

Wednesday, July 12, 2023

Buffet Breakfast at Grand Millenium Hotel, Kuala Lumpur

Weekend baru-baru ni, kitaorang staycation kat Hotel Grand Millenium, yang terletak di Bukit Bintang, Kuala Lumpur. So, aku nak share dengan korang momen-momen kitaorang anak-beranak makan sarapan pagi di Buffet Breakfast Hotel Grand Millenium, Kuala Lumpur. 

Friday, June 30, 2023

5 Idea Hadiah Hari Jadi Untuk Isteri Yang Sangat Best dan Bermakna

Guys, 18 Jun 2023 hari tu hari jadi aku yang ke-39. So, Happy Birthday to myself!. Aku nak share dengan korang tentang  5 Idea Hadiah Hari Jadi Untuk Isteri Tercinta Yang Sangat Best dan Bermakna. 


Alhamdulillah! Aku bersyukur sangat Tuhan masih bagi aku nyawa untuk bernafas sehingga ke saat ini. Alhamdulillah juga untuk semua kurniaan rezeki yang Allah bagi pada diri ini yang sangat-sangat banyak, yang tak terhitung untuk dikira dan dinilai. Terima kasih Ya Rahman!. Aku syukur sangat-sangat dengan apa yang aku ada hari ni. 

Saturday, June 24, 2023

Kids Friendly Hall Cinemas at GSC Cinema - PlayPlus Hall Review


Cuti sekolah hari tu, aku bawa anak-anak pergi tengok movie cerita The Little Mermaid di PlayPlus Hall, GSC Cinema di IOI City Mall East Wing, PutrajayaPlayPlus Hall ni ialah kids-friendly hall ataupun family-friendly hall di Golden Screen Cinema


PlayPlus Hall ni sangat mesra kanak-kanak, yang dilengkapi dengan playground. Di GSC IOI East Wing ni, PlayPlus Hall dia ada 2 - 1 di dalam hall dan 1 lagi di luar hall. Hanya yang membeli tiket 'PlayPlus Ticket' sahaja yang dibenarkan untuk bermain playground ni. 

Wednesday, June 07, 2023

3 Idea Aktiviti Cuti Sekolah Untuk Kanak-Kanak

3 Idea Aktiviti Cuti Sekolah Untuk Kanak-Kanak

Hari ni merupakan hari pertama kembali ke sekolah selepas cuti penggal selama seminggu baru-baru ni. 

So, hari nni aku nak share dengan korang 3 idea aktiviti cuti sekolah yang kitaorang buat sepanajng cuti sekolah hari tu. 

Untuk cuti selama seminggu ni, bagi aku 3 aktiviti ni dah OK dan cukup buatkan anak-anak happy dan teruja. Kalau cuti sekolah lagi lama, kena tambahlah aktiviti, 3 ni confirm tak cukup. 

https://sinarplus.sinarharian.com.my/fyi/musim-cuti-sekolah-buatlah-anak-seronok-ini-idea-aktiviti-mudah-menarik-ibu-bapa-bersama-anak/

Tuesday, June 06, 2023

Hotel Review : Staycation at Mandarin Oriental Hotel, Kuala Lumpur

Hotel Review : Staycation at Mandarin Oriental Hotel, Kuala Lumpur


OK hari ni aku nak share pasal Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur. 

Sejak tahun lepas, aku dah staycation kat hotel ni beberapa kali, dan yang paling last ialah Bulan Mei 2023 baru-baru ni. Tapi aku tak pernah tulis pasal review hotel ni kat blog ni. Jadinya, hari ni aku nak share dengan korang pengalaman stay in kat Hotel 5 Bintang Mandarin Oriental, KLCC. 

Mungkin jugak hotel ni 6 bintang, sebab layanan staff hotel ni memang layaklah dapat taraf 6 bintang.

https://www.tripadvisor.com.my/Hotels-g298570-Kuala_Lumpur_Wilayah_Persekutuan-Hotels.html


Wednesday, May 31, 2023

Pentingnya 'Me Time' Bagi seorang Ibu

 Hye guys. Selamat bercuti. 

Sambil korang tengah bercuti tu, meh lah baca tulisan aku ni. 

Hari ni aku nak cerita pasal Pentingnya 'Me Time' Bagi Seorang Ibu.

Friday, May 26, 2023

Leesa 3 Months Old

https://www.kosmo.com.my/2023/05/26/tukang-urut-bayi-dapat-tunaikan-ibadah-haji-selepas-menabung-puluhan-tahun/

 Leesa dah usia 3 bulan. Berat badan dah nak cecah 6 kg. Mommy dukung pun dah lenguh tangan ni skrang. Dulu masa lahir, kecik jer 2.84 kg jer. Syukur Leesa membesar dengan sihat. 

Alhamdulillah! Sampai hari ni masih lagi fully breastfeeding. Susu mommy masih cukup untuk keperluan Leesa. 

Thursday, May 25, 2023

Blog Dorsett Pink Problem

Dah seminggu aku tak update blog. Sebenarnya banyak benda yang aku nak cerita kat sini. Dalam masa seminggu ni, boleh kata hampir setiap hari aku duk buka Blog ni. 


Tapi aku tak boleh nak update blog. huhu. 

Friday, May 19, 2023

Buat Spa Pedicure di Nail Parlour Saloon

Benda yang paling aku suka ialah manjakan diri samada buat facial ke, massage badan ke, buat rawatan rambut ke, dan buat kuku. Inilah 'me-time' yang sangat best untuk aku.

Ni semua benda-benda yang boleh buatkan aku senyum lebar dari pagi hingga ke malam. Sebab aku rasa enjoy 
sangat-sangat dan aku suka sekali-sekala kita relax-relax, tenang-tenang, lupakan masalah dunia dan biarkan diri kita dibersihkan dengan sebersih-bersihnya.

SO, semalam aku pergi layan diri buat Spa Pedicure kat Salon Nail Parlour.

Thursday, May 18, 2023

Yeayyy! Dapat Hadiah Hari Guru

16 Mei 2023, Hari Selasa baru-baru ni kita semua sambut Hari Guru.

Meriah sungguh sambutan Hari guru tahun ni. Sekolah anak-anak, Kakak FL dan Leeya pun sambut Hari Guru Hari Selasa baru-baru ni, sekalikan dengan Sambutan Hari Raya. 

Sakan lah masing-masing duk siapkan hadiah untuk cikgu masing-masing. 

Kakak FL dah besar, so dah pandai buat hadiah sendiri. Cuma Leeya belum pandai lagi, so Kakak  FL lah yang tolong Leeya siapkan hadiah untuk cikgu dia. Tahun ni kami bagi hadiah 'marker pen' untuk cikgu-cikgu, sama macam tahun lepas. Senang!

So, aku nak share jugak dengan korang yang aku pun dapat jugak HADIAHsempena HARI GURU hari tu. WOWW! Sis teruja sangat-sangat!

Tuesday, May 16, 2023

Kejutan Sempena Mother's Day. WOW! I'm Super Excited!

Kejutan Sempena Mother's Day. WOW! I'm Super Excited!

Hari Ahad baru ni kan Sambutan Hari Ibu di seluruh dunia. 

Selamat Hari Ibu kepada semua ibu yang membaca blog dorsettpink.com ni. 

Aku pun dah menjadi ibu kepada 3 orang anak. Jadi, aku ucapkan Selamat Hari Ibu untuk diriku sendiri. hihi. 

Friday, May 12, 2023

Buffet Breakfast di Hotel Mandarin Oriental Kuala Lumpur

Weekend minggu lepas (6 Mei 2023), aku dan keluarga kecilku sekali lagi staycation kat Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur, betul-betul kat sebelah KLCC. 

Kami stay situ 3 hari 2 malam. So, dapatlah 2 hari makan breakfast secara buffet kat restoren Hotel Mandarin Oriental ni. 

Lokasi untuk buffet breakfast ni ialah kat aras Lobby jer. Tempat makannya luas dan pilihan makanan pun banyak. 

Wednesday, May 10, 2023

Ibadah Qurban DI Tanah Suci Mekah – Murah & Boleh Dipercayai

Alhamdulillah, Ramadhan dah berlalu pergi, sekarang tiba masanya nak sambut Hari Raya Aidiladha pulak. Jemaah-jemaah haji adalah orang yang paling excited sebab dapat menjadi tetamu Allah tahun ini.  

Aku punya giliran tahun 2052. errrmmm..Lambat lagi tu. Semoga aku diberikan kesihatan dan kekuatan dan rezeki lagi murah supaya dapat pergi haji lagi awal. Inshaallah. Amiiiin. 

Sempena nak Raya Haji ni, sebagai orang Islam kita pastinya tak sabar nak buat Ibadah Qurban kan. Itulah salah satu ibadah Sunat Muakad yang sangat dituntut oleh Islam masa Hari Raya Aidiladha nanti.

So, apa kata tahun ni kita buat Ibadah Qurban kat Tanah Suci Mekah pulak. 

Monday, May 08, 2023

Harga Handbag Hermes Birkin & Lipstick Hermes di Malaysia

Berapa Harga Handbag Hermes Birkin di Malaysia? 

Handbag Hermes Birkin ni ialah antara handbag idaman aku yang memang aku nak sangat-sangat. Tapi buat masa ni aku tak mampu lagi nak beli, hanya mampu tengok jer. hihi.

Handbag Hermes ni dikira sebagai luxury handbag atau luxury item a.k.a barang branded. So, kalau sesiapa yang pakai handbag jenama ni memang betul-betul orang kayalah tu. 

https://www.hermes.com/my/en/content/106191-birkin/


Thursday, April 27, 2023

Yeayy! Dapat Laptop Baru - Lenovo IdeaPad Slim 3

 Hye guys. 


Selamat Hari Raya Aidilfitri korang.

Masih beraya? 

Of cause la kan.. Raya kan sebulan. 

Sambil-sambil korang tengah beraya tu, jom baca entri aku ni.

Aku nak share dengan korang yang sekarang ni aku ada laptop baru. Baru jer dapat . Laptop ni ialah Laptop Lenovo IdeaPad Slim 3.

Saturday, April 22, 2023

Table Settings For Eid

Table Settings For Eid / Persiapan Meja Makan Untuk Hari Raya 

Saturday, April 15, 2023

Kieslect Lady Calling Watch LORA Sangat Cantik Untukku

Kieslect Lady Calling Watch LORA Smart Watch Sangat Cantik Untukku

Dah lama dah sebenarnya aku duk usha nak beli smart watch, tapi baru sekarang ada rezeki lebih untuk pakai smart watch atau jam pintar ni. Dan pilihan aku ialah Smart Watch Jenama KIESLECT. 

Aku tengok kat Shopee, harga dia affordable, mampu milik, tapi kualiti jam ni superb sungguh. Sebab tu aku pilih smart watch ni. Dan hingga ke hari ni, aku duk pakai jam ni setiap hari. Memang tak menyesal sungguh pilih KIESLECT Lady Calling Watch LORA ni (Smart Watch). 

Friday, April 07, 2023

6 TIPS Membeli Rumah Mampu Milik

6 TIPS Membeli Rumah Mampu Milik 

https://www.propertyguru.com.my/property-guides/pros-and-cons-of-affordable-housing-schemes-in-malaysia-65373


Ok guys, yang sebenarnya aku ni ialah seorang Perancang Bandar. Dalam istilah omputih disebut sebagai town planner atau urban planner. Aku belajar jurusan Perancangan Bandar & Wilayah ni dari Diploma sampailah buat PhD, dan aku pernah bekerja sebagai professional sebagai seorang Perancang Bandar. Gitew. 

Friday, March 31, 2023

TIPS Berpuasa Bagi Ibu 'Breastfeeding'

 TIPS Berpuasa Bagi Ibu 'Breastfeeding'

Alhamdulillah! Bertemu lagi kita dengan Ramadan yang kesekalian kalinya. Alhamdulillah Allah masih panjangkan nyawa kita untuk kita sambut Ramadan & Syawal nanti, InshaAllah. 

Dan Ramadan tahun ni aku baru jer habis pantang 2 minggu lepas. Dan sekarang anak ke-3 aku, Aleesa, masih fully breastfeeding. Alhamdulillah! Dan aku jugak berjaya puasa tahun ni, di saat sambil menyusukan anak kecil. 

Thursday, March 23, 2023

Buffet Ramadhan di Bangi - MZ Fountain Hall, Sungai Ramal

 Buffet Ramadhan 2023 di Bangi - MZ Fountain Hall, Sungai Ramal

Hye korang. Apa khabar semua? Sihat? Aku nak ucapkan Salam Ramadhan buat pembaca dorsettpink.com, Selamat Berpuasa korang. Hari ni hari pertama Umat Islam berpuasa. Hopefully Ramadhan tahun ni akan menjadi lebih baik dari tahun-tahun lepas. 

Hari pertama ni kebiasaannya kita buka puasa (Iftar) dengan keluarga kat rumah la kan. Aku ni baru jer habis pantang, so memang banyak spend masa kat rumah jer lah sekarang. Jadinya, hari ni confirm aku buka puasa dengan keluarga kecikku podok syurga kami (rumah sendiri) 😊. 

Tuesday, March 14, 2023

Petting Zoo in Kuala Selangor - Husin Fauzi Farm

Petting Zoo in Kuala Selangor - Husin Fauzi Farm

Salah satu tarikan menarik untuk kanak-kanak di Kuala Selangor ialah adanya Petting Zoo atau dalam Bahasa Melayu disebut Zoo Peliharaan Haiwan Ternakan - Husin Fauzi Farm. 

Husin Fauzi Mini Petting Zoo ni treletak di Kuala Selangor, di Kampung Teluk Penyamun, Batang Berjuntai, Selangor. 

Monday, March 06, 2023

KidZania Kuala Lumpur Memang Best!!

KidZania Kuala Lumpur Memang Best!!

Tahun lepas aku & en.suami bawak anak-anak & anak buah ke bergembira di KidZania Kuala Lumpur,yang terletak di sebelah IKEA Damansara, KL. 

Dah lama anak-anak ajak pergi situ, tapi sebab PKP, so kena tunda la niat tu. Tahun  2022 baru dapat laksanakan hajat yang selama ini terpendam. Memang gembira sungguh anak-anak, diaorang teruja giler. 

https://www.kidzania.com.my/

Tuesday, February 28, 2023

My Pantang Story : My Confinement Lady (CL)

Hari ni aku nak cerita pasal penjagaan aku masa dalam pantang ni bersalinkan anak ke-3. 
Sepanjang berpantang ni aku dijaga oleh Confinement Lady (CL) dari Fazrina Postnatal Care. 

 pantang confinement lady

Monday, February 27, 2023

Pengalaman Bersalin : Bahaya Keputihan Semasa Mengandung(Kuman GBS)

 Pengalaman Bersalin : Bahaya Keputihan Semasa Mengandung(Kuman GBS)

Lepas Aku bersalin 2.2.23 hari tu, my baby kena admit ward (Kena warded). Sebab nya masa aku pregnant, Aku ada GBS (Group B streptococcus (GBS) bacteria - Keputihan semasa mengandung).

Doktor gynae bagitau masa pregnant, ibu yang ada GBS ni boleh ada 2 risiko yang sangat-sangat-sangat bahaya. 

1. Risiko baby terkena jangkitan bakteria / kuman GBS, so boleh buatkan baby meninggal dunia kat dalam dalam perut atau baby meninggal selepas lahir.

2. Risiko uri melekat semasa bersalin.

https://www.miszrockers.com/2018/01/aku-positif-jangkitan-kuman-gbs-punca.html

Saturday, February 25, 2023

'Checklist' Senarai Barang Keperluan Bag Hospital

Hari ni aku nak share dengan korang semua tentang 'Checklist' Senarai Barang Keperluan Bag Hospital untuk ibu dan bayi. Beg hospital ni termasuklah beg untuk keperluan di wad dan di dalam bilik bersalin ('labour room'). 

https://www.majalahpama.my/ibu-ini-kongsi-cara-packing-beg-sebelum-masuk-hospital-untuk-lahirkan-anak-bagus-ideanya/

Friday, February 24, 2023

Hotel Review : Staycation at Four Seasons Hotel, Kuala Lumpur

Hujung Bulan Januari 2023 hari tu, aku dan famili kecil aku bercuti kat Hotel Four Seasons Kuala Lumpur.  Staycation kat Four Seasons Hotel, KLCC. So, hari ni aku nak share dengan korang pasal review hotel ni. 

Thursday, February 23, 2023

3 Tips Sembuhkan Secara Semulajadi Demam Kuning Bayi (Jaundice)

Hari tu anak aku yang nombor 3 ni (Leesa), kena demam kuning. Badan dia tak panas macam orang demam tapi kekuningan dan bila dibawa jumpa doktor, memang sah dia kena jaundice atau demam kuning. Dan bacaan bilirubin (Paras kuning bayi/jaundice level) dia agak tinggi iaitu 10 mg / dL. 

Jom baca  3 Tips Sembuhkan Secara Semulajadi Demam Kuning Bayi (Jaundice).

Wednesday, February 22, 2023

My Milk Booster : Cara Aku Tambahkan Susu Badan

My Milk Booster : Cara Aku Tambahkan Susu Badan

Masa aku kat hospital hari tu, baby sentiasa nak susu. Dia minum susu sangat-sangat kerap, maybe setiap setengah jam atau setiap 1 jam. Sebabnya dia macam minum tak puas. So aku & En.Suami syak yang susu aku sikit atau tak cukup untuk baby aku. 


Aku ada bagitau kat doktor pakar kanak-kanak (paeds) kat hospital tu masa doktor datang melawat aku kat bilik dan doktor cakap , “just bagi jer sekerap mungkin seperti yang baby mahukan. It's OK”. 

Sunday, February 19, 2023

3 TIPS Elak Sembelit dan Buasir Masa Dalam Pantang Selepas Bersalin

Wanita yang baru lepas bersalin, memang senang sangat kena sembelit dan dapat buasir masa dalam pantang. Dah lah, memang kita dah sakit sebabkan jahitan episotomy kat vagina, tambah pulak dengan buasir, lagilah 'double sakit', depan-belakang rasa sakit. Aduuuss.. Tak tertahan rasanya. 

Aku pernah rasa sakit buasir ni masa mengandung dan berpantang anak sulung aku 9 tahun yang lepas. Sejak tu, setiap kali mengandung dan bersalin, aku memang amalkan 3 tips ni untuk mengelakkan aku sembelit masa dalam pantang. 

Bila sembelit, senanglah dapat buasir. Buasir tu rasa dia sangat-sangat sakit tau korang. Janganlah kena dan elakkanlah. Sebab bila dah kena, meraung tau. 

3 TIPS Elak Sembelit dan Buasir Selepas Bersalin Masa Dalam Pantang

https://my.theasianparent.com/buasir-selepas-bersalin

Saturday, February 18, 2023

Buffet Breakfast at Four Seasons Hotel, KLCC

3 minggu lepas aku staycation kat Hotel Four Seasons kat sebelah KLCC. Staycation untuk Bulan Januari. En.Suami yang ajak stay situ since dah 2 kali merasa staycation kat Mandarin Oriental Hotel KLCC. So, kali ni nak merasa stay kat Four Seasons Hotel pulak. 

Dan kami dapatlah merasa bersarapan pagi (breakfast) secara buffet kat hotel tu. 

Buffet breakfast kat Four Seasons ni sampai jam 10.00 pagi di Curate Restaurant, kat Tingkat 6. 

Buffet Breakfast at Four Seasons Hotel, KLCC

https://foursquare.com/top-places/kuala-lumpur/best-places-breakfast-buffet

Wednesday, February 15, 2023

My Pantang Story - Makanan & Minuman Dalam Pantang

Ok guys, hari ni aku nak share dengan korang apa yang aku makan dan minum sepanjang tempoh aku berpantang bersalin anak ketiga ni. 

My Pantang Story - Makanan & Minuman Dalam Pantang

Aku share apa yang aku makan sepanjang kat hospital dan apa yang aku makan & minum masa aku berpantang kat rumah sekarang ni.

Monday, February 13, 2023

Lirik Lagu Terus Hidup, Aina Abdul - Juara AJL 37, 2023

Aku nak share, inilah dia lirik lagu Juara AJL ke-37 semalam, iaitu Lagu "TERUS HIDUP", Nyanyian AINA ABDUL. 

Sunday, February 12, 2023

ALHAMDULILLAH! Dah Selamat Bersalin Anak Ketiga


ALHAMDULILLAH! Syukur pada Tuhan Yang Maha Esa, Aku Dah Selamat Bersalin Anak Ketiga. Pada 2 Februari 2023 hari tu jam 1.40 pm kat Hospital KPJ Ampang Puteri, Ampang, Selangor. 

Thursday, January 26, 2023

Itinerary Bangkok - Khlong Lat Mayom Floating Market

Itinerary Bangkok - Khlong Lat Mayom Floating Market

Masa kitaorang travel ke Bangkok hari tu, kitaorang pergi ke Floating Market - ni kira tempat yang wajib pergi lah kalau ke Bangkok dan kena masukkan dalam itinerary korang. 

Hari ke-3 kitaorang di Bangkok kitaorang ke Floating Market ni.

Kat Bangkok, ada banyak sangat floating market tapi semuanya terletak di luar Bandar Bangkok. So, kitaorang pilih floating market yang paking dekat dengan Bandar Bangkok iaitu Khlong Lat Mayom Floating Market . Dekat tak dekat pun, ambil masa dalam 45 minit jugak untuk sampai situ. 

Kitaorang naik Grab Car pergi situ.Balik naik teksi, banyak teksi lalu-lalang kat area situ, tahan jer. Harga Teksi dan harga GRAB lebih kurang sama jer. Nak book GRAB, guna jer apps GRAB yang kita guna kat Malaysia ni. 

itinerary bangkok

Friday, January 20, 2023

Unboxing Electric Breast Pump Spectra S1 Plus & Spectra Handsfree Cup

Unboxing Electric Breast Pump Spectra S1 Plus & Spectra Handsfree Cup.

Aku sekarang tengah pregnant 9 bulan. So, lagi sebulan aku akan deliver anak ke-3 ku. Jadinya, sekarang ni aku tengah rancak shopping barang-barang keperluan untuk ibu berpantang. Barang-barang keperluan baby semua dah siap shopping. 

Dan ini dia breastpump yang aku baru jer beli baru-baru ni - Electric Breast Pump Spectra S1 Plus. So, hari ni aku buat unboxing dan aku nak simpan kat blog ni sebab mungkin inilah kali terakhir aku membeli breast pump sebab aku plan dah nak tutup kilang dah lepas ni. hihi. 

Sebelum ni (anak-anak yang sebelum ni) aku pernah guna Spectra S3, Spectra M1 dan manual breast pump Medela Harmony. Dan kali ni aku pilih untuk guna Spectra S1 Plus.

https://www.happypreggie.com/blogs/top-10-hands-free-electric-breast-pumps-for-mothers-to-shop-online

Thursday, January 12, 2023

Penantian Menunggu PIN Google Adsense

Penantian Menunggu PIN Google Adsense Akhirnya Berakhir Jua. ALHAMDULILLAH! Syukur. 

http://www.wikicara.org/2017/02/cara-letakkan-google-adsense-tengah-post.html

Wednesday, January 11, 2023

Mengandung di Usia Lewat 30-an

Hamil / Mengandung di Usia Lewat 30-an.

Guys, aku nak bagitau kat sini yang sekarang ni aku tengah mengandung anak ke-3. Yes!! I'm Pregnant! (Smile from ear-to-ear). 

Ketika artikel ni ditulis, kandungan aku sekarang dah nak masuk usia 9 bulan. To be exact, sekarang ni aku dah 35 minggu. All i can said is - ALHAMDULILLAH!

https://www.ajumohit.com/2022/10/pengalaman-bersalin-anak-ke-enam.html


Wednesday, January 04, 2023

Selamat Datang 2023

 SSelamat Datang 2023!. Welcome 2023!

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/sambutan-ambang-tahun-baharu-2023-dibatalkan-398056

Monday, January 02, 2023

Harga Tiket Wayang di GSC Cinema Terkini 2022

Harga Tiket Wayang di GSC Cinema Terkini 2022.

Hari tu aku pergi tengok wayang dengan anak-anak cerita 'Puss In Boots : The Last Wish'. Boleh baca review aku pasal movie kartun tu kat sini - "KAMI DAH TENGOK KARTUN 'PUSS IN BOOTS : THE LAST WISH' - MOVIE REVIEW"