Tuesday, May 14, 2024

My Skincare

MY SKINCARE.

Ada ramai yang tanya aku, aku pakai skincare jenama apa. 

Dan jawapannya, ialah ini ↓.

 

my skincare

Aku setia dengan Dermalogica. sejak dari aku belajar Undergrad kat UiTM dulu-dulu. 

Sebabkan skincare ni serasi dengan kulit aku, jadinya aku teruskan pakai jer jenama ni sampai skrang. 

Aku ada cuba jugak pakai NIVEA, tapi aku tengok kesannya, tak sama macam Dermalogica ni. Aku lebih suka dengan Dermalogica ni. 

SKINTIFIC tu  ialah masker. Aku terpengaruh dengan kawan aku pakai masker tu. Dan hasilnya, aku pun beli lah kat Shopee. Dan aku puas hati. 😊. 

EPSOM Salt tu aku guna bila berendam dalam bath tub. Biasanya aku akan bawa EPSOM Salt setiap kali aku bercuti kat hotel, sebab kat rumah aku tak ada Bath Tub. 

Bila berendam dalam air garam, ia adalah salah satu cara nak buangkan toxin dalam badan. Dan selepas rendaman tu badan kita akan berasa segar (Refreshing). 

Korang cubalah. 


Monday, May 13, 2024

Online Game Percuma - Culinary Schools Kids Games

Online Game - Culinary Schools Kids Games.

Hye guys. 

Aku ni kan jenis yang suka jugak main game. Sejak kat Univerisiti lagi. Kalau bukak je laptop nak buat assingment atau buat tesis atau nak study, aku akan main game dulu sekejap. Kiranya main game tu macam 'warming up session' la untuk aku. Lepas tu, aku akan boleh start study non stop, sampai aku tak makan tak minum aku boleh bertahan. Fuhh! Kira hebat jugak lah penangan game ni. 

Friday, May 10, 2024

Update Blog : Macam Mana Nak Buat Bila Tak Ada Idea ?

Macam Mana Nak Buat Bila Tak Ada Idea Nak Update Blog?

Ok guys, hari ni aku nak share cara-cara yang aku gunanak update blog bilamana aku langsung tak ada idea dan tak tahu nak tulis apa kat blog. Harap-harap, sharing aku ni dapat membantu korang untuk update blog korang jugak. 

Wednesday, May 08, 2024

Baby 1 Tahun Tak Boleh Berjalan?

Baby 1 Tahun Tak Boleh Berjalan Lagi?

"Anak dah umur 1 tahun tapi masih lagi tak boleh berjalan". Ramai yang risau bilamana anak-anak yang dah umur 1 tahun tak boleh berjalan lagi. 

Monday, May 06, 2024

Nasi Dagang Tak Ada Lauk

 Hari Jumaat hari tu, aku beli breakfast Nasi Dagang untuk En.Suami aku. Aku pulak makan Laksam. So, aku beli sekali laksam kat kedai yang sama. 

Aku beli bungkus - untuk makan kat rumah. Masa aku beli tu, aku dah bagitau kat Penjual tu yang aku nak lauk Ikan Tongkol. 

Thursday, May 02, 2024

Bermain & Bergembira di TRX The Exhange

 Bermain & Bergembira di The Exhange TRX.

Weekend minggu lepas, aku & en.suami bawak anak-anak pergi bermain kat TRX Mall, yang mana nama sebenarnya ialah The Exchange TRX, yang terletak di Jalan Persiaran TRX, Kuala Lumpur. Dekatlah dengan area Bukit Bintang dan Prince Court Medical Centre, Kuala Lumpur.

Friday, April 19, 2024

Cerita Raya 2024

 Assalamualaikum wbt semua. Salam 10 Syawal. 

Sorry aku lambat update. 

Sekarang masih lagi Bulan Syawal, so aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua pembaca dorsettpink.com. 

Thursday, April 04, 2024

Ajar Anak-Anak Beriktikaf di Bulan Ramadhan

Ajar Anak-Anak Beriktikaf di Bulan Ramadhan. 

22 Mac 2024 hari tu, aku bawak anak-anak bermalam di masjid, a.k.a ber-iktikaf di masjid. 

Objektifnya ialah aku nak ajar anak-anak aku akan ibadah yang satu ni. Hopefully, bila diaorang dah biasa iktikaf kat masjid sejak kecil lagi, nanti bila diaorang besar, dah jadi dewasa, diaorang dah biasa ber-iktikaf masa Bulan Ramadhan.

Wednesday, April 03, 2024

Permulaan Sekolah di Tahun 2024

Permulaan Sekolah di Tahun 2024. 

Assalamualaikum semua. 

Harap baik-baik saja semuanya. 

April 2024, aku nak ucapkan Salam Ramadhan untuk semua pembaca Dorsettpink.com . Selamat berpuasa semua. 

Hari ni aku baru ada mood nak jenguk blog dan menulis. 

Thursday, March 21, 2024

Kunci Hidup Tenang

kunci hidup tenang



Kunci Hidup Tenang

Kunci untuk hidup tenang ialah : 

* Sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada. 
Bersyukur yang hari ini kita masih bernyawa dan masih mampu dapat melihat orang-orang yang kita sayang, contohnya suami dan anak-anak kita. 

* Sentiasa senyum. 
Kerana senyum itu ialah sedekah. Lagi banyak kita senyum, lagi banyak rezeki yang kita dapat. Dan  buatkan orang lain senang dengan kita melalui senyuman kita tu pun ialah 1 kebaikan yang sangat besar. 

* Sentiasa memberi. 
Berilah apa saja yang kita ada pada orang lain. 
Kita ada makanan, kita berikan makanan. 
Kita ada tenaga, kita berikan tenaga. 
Kita ada kasih sayang dalam hati kita, kita berika kasih sayang pada anak-anak & keluarga kita. 

Kita ada ilmu, kita berikan ilmu. 
Kita ada pakaian yang masih elok, kita berikan pakaian tu pada orang miskin / orang yang lebih memerlukan.

Kita ada duit, kita berikan duit.
Dan apa saja yang kita ada, kita berikan, selahi ianya tidak memudaratkan kita. 

* Buatkan diri kita sentiasa gembira. 
Buatlah apa sahaja yang boleh buatkan kita gembira. Contohnya kita happy bila kita tengok Filem Hindustan, so tengok lah. 
Kita happy kalau kita beli baju baru, so, belilah. 
Kita happy kalau kita make - up, so make up lah. 

* Sentiasa berfikiran positif.
Berlapang dadalah dengan apa jua ujian kita hari ini. 
Contohnya, ujian kita hari ini ialah tak ada duit nak makan. Firstly, bersyukur dulu sebab kita masih lagi sihat , ramai lagi mereka kat luar sana yang tengah baring di katil Hospital sekarang. Secondly, isgtifar banyak-banyak. Dan, cakap pada hati "takpe hari ini tak ada duit, Allah tengah menguji aku, mungkin esok lusa Allah nak bagi aku durian runtuh". Pendek kata, 

* Sentiasa berbaik sangka pada Allah

* Sentiasa berdamai dengan Ujian Hidup dan Takdir

Ujian hidup setiap orang berbeza dan tak sama. 
Ada orang diuji dengan rumah tangga, ada orang diuji dengan sumber kewangan, ada orang diuji dengan ibu mertua, ada orang diuji dengan ibu kandung, ada orang diuji dengan ipar-duai, ada orang diuji dengan anak-anak. 

Apa pun ujian kita, Ingatlah yang 

'TAK ADA MANUSIA PUN DI MUKA BUMI INI TAK DIUJI, SEMUA ORANG DIUJI TERMASUK NABI MUHAMMAD SAW'. 

Allah uji kita sebab Dia nak ukur tahap keimanan kita.
Jadi, bersabarlah dengan ujian itu. 
Dan banyakkan sujud pada Allah. 
Banyakkan ishgtifar, banyakkan selawat, banyakkan bersyukur, banyakan Solat Sunat. 

kunci hidup tenang


 

Monday, March 04, 2024

Sculpting Style: Stylish Ways to Combine Your Best Shapewear

 Sculpting Style: Stylish Ways to Combine Your Best Shapewear

Are you sick and bored with the same old shapewear? In our most recent article on learning how to mix and match various shapewear elements to create a distinctive and fashionable sculpting style that enhances your form.

Monday, February 05, 2024

Berkelah di Sungai Congkak, Selangor

Awal Januari 2024 hari tu, kitaorang sekeluarga pergi berkelah kat Sungai Congkak, Hulu Langat Selangor a.k.a 'Picnic di tepi sungai'.

Monday, January 29, 2024

Macam Mana Persatuan Suri Rumah Rahmah (SRR) Terbentuk?

Macam Mana Persatuan Suri Rumah Rahmah (SRR) Terbentuk?. SRR adalah sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) di peringkat kebangsaan / negara untuk memperdayakan suri rumah muda.

Thursday, January 18, 2024

Wednesday, January 17, 2024

Release Tension Dengan Bermain Game Online di Plays.Org

 Release Tension Dengan Bermain Game Online di Plays.Org

Menjadi suri rumah sepenuh masa sambil bekerja dari rumah (Work-from-home) dan sambil jaga anak kecil memang sangat-sangat penat dan memenatkan. 

Bila duduk rumah, ada macam-macam benda nak kena buat. Nak kena basuh baju, basuh pinggan-mangkuk, basuh bilik air, lipat baju-baju, kemas rumah, sapu lantai, mop lantai, mandikan anak, basuh najis anak, masak-memasak dan macam-macam lagi lah, termasuk lah dengan kerja-kerja yang menjana pendapatan, cointohnya macam buat business atau buat kerja-kerja menulis. 

Bila anak-anak tak sihat, lagilah beban tu terasa bertambah berganda-ganda. Dan automatik kita menjadi penat.

Tetiba Terpaksa Tukar Tayar Kereta

 Tetiba Terpaksa Tukar Tayar Kereta

Ujian pertama di tahun 2024 ni - tayar kereta aku bengkak, dan terpaksa ditukar segera. huhu. 

Friday, January 12, 2024

Kunci Kehidupan Tenang

Kunci Kehidupan Yang Tenang

Hidup kita akan menjadi semakin tenang apabila kita belajar untuk berdamai dengan takdir. 

Saturday, January 06, 2024

Jalan-Jalan Ke Pulau Ketam, Selangor

 Jalan-Jalan Ke Pulau Ketam, Selangor.

Cuti hujung tahun Disember 2023 hari tu, kitaorang bercuti dalam Selangor jer. Sebab En.Suami tak nak drive ke luar dari Negeri Selangor, sebab tak nak hadap jem. Almaklumlah, hujung tahun semua pakat berjalan-jalan pusing-pusing Cuti-Cuti Malaysia, jadi jalanraya semuanya jem especially highway. 

Hujung tahun lepas, kitaorang dah hadap jem pergi ke Penang. Jadinya, tahun ni (2023) kita nak tenang-tenang saja. Tahun 2024 la pulak nak 'join the crowd' tempuh jem. hihi. 

Thursday, January 04, 2024

11 Tahun Kami Bersama. TIPS Menghargai Pasangan

11 Tahun Kami Bersama. TIPS Menghargai Pasangan .

Hujung Disember 2023 hari tu, aku dan en.suamiku telah menyambut Hari Ulang Tahun Perkahwinan Kami yang ke-11 tahun di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur.  

Alhamdulillah untuk 11 tahun yang penuh dengan kemanisan. 

Wednesday, January 03, 2024

Romania Dan kehebatan Sultan Muhammad Al-Fatih Membunuh Drakula

Romania Dan kehebatan Sultan Muhammad Al-Fatih Membunuh Drakula.

Romania dahulu dikenali sebagai Kota Wallachia. Sultan VLAD II atau juga dikenali sebagai Vlad Dracul, merupakan seorang sultan yang sangat warak dan taat pada Allah swt. Beliau sangat patuh dan mencintai Pemerintahan Kerajaan Turki Uthmainyah sehingga menginfakan 2 orang anaknya iaitu Vlad Dracula & Radu Dracula untuk Kerajaan Turki Uthmaniyah yang ketika itu dibawah pemerintahan Sultan Murad II, iaitu ayah kepada Sultan Muhammad Al-Fatih. 

Tuesday, January 02, 2024

Terima Kasih 2023. Selamat Tahun Baru 2024

Terima kasih 2023. Tahun yang sangat menggembirakan untuk aku. Tahun 2023 dah melabuhkan tirainya. Kita dah pun melangkah ke tahun baru 2024 . So, selamat Tahun Baru 2024 semua!. 

Semoga tahun baru 2024 ni lebih buatkan korang lebih gembira dan ceria.