Assalamualaikum semua.
Apa khabar? Sihat ke semua?
Fuuuhh! Lama betul tak update blog ni.. Kita tiup habuk la dulu.. ffffuuuuhhh...fuuuuhhh...
Banyak betul nak cerita ni... Tapi tak sempat la nak tulis semua.
Kita start one by one dulu.
Assalamualaikum semua.
Apa khabar? Sihat ke semua?
Fuuuhh! Lama betul tak update blog ni.. Kita tiup habuk la dulu.. ffffuuuuhhh...fuuuuhhh...
Banyak betul nak cerita ni... Tapi tak sempat la nak tulis semua.
Kita start one by one dulu.
Assalamualaikum. Aapa khabar semua?
Sorry lama tak update. Tak sempat langsung naktengok blog ni dah sejak bergelar Suri Rumah Sepenuh Masa ni, dengan fokus utama menjaga dan mendidik anak-anak , terutamanya anak bongsu yang berusia 3 tahun, yang sepenuh masa 24 jam berada di rumah bersama aku.
So, ini bagilah aku tiup dulu habuk blog ni japp. Fuuuuu... fuuuuu... hihi
Let's start first with My Ramadan Story tahun 2026 ni.
Sorry, terpakasa throwback jap, walaupun Ramadan dah lama berlalu. Tapi bagilah aku warm up dulu ya dengan cerita-cerita lepas. hahahhaha.
***********************************************************
Alhamdulillah! Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat lagi aku Ramadan untuk ke sekelian kalinya. Alhamdulillah, terima kasih Allah kerana masih pinjamkan aku nikmat usia ini untuk aku meneruskan perjuanganku sebagai Hamba Allah dan sebagai seorang khalifah (Surah Baqarah Ayat 30 - Manusia dijadikan oleh Allah sebagai khalifah di atas muka bumi).
Dah nak habis Ramadan dah, baru terhegeh-hegeh nak stori-mori. hahahhaa.
Nak buat macam mana kan... Seiring dengan pertambahan usia, maka RAM nak update blog pun dah lambat dah la skrang, dah tak macam masa muda-mudi dulu, semuanya laju. hahaha.
Sempena dengan Ramadan yang dah nak habis ni, dan dah nak dekat Raya dah. Aku ingin memohon maaf dengan kalian semua andai aku ada buat salah silap dengan korang. Kalau korang ada terasa hati dengan aku, aku mintak maaf k, janganlah disimpan di dalam hati.
Dan sempena dengan Hari Raya yang bakal tiba nanti, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri siap-siap. Maaf Zahir Batin semua. Korang raya kat mana? Aku raya di Kuala Terengganu.
OK. Aku nak cerita pasal Kisah Ramadan aku & keluarga aku di Tahun 2026 ni.
Cerita Sebelum Ramadan
Masa sebelum Ramadan hari tu, Bapa Saudara aku meningal dunia - 5 Februari 2026. Allahu.. Sedih sangat. Sebab masa Ramadan dan Syawal tahun 2025 dia masih sihat walafiat, tak ada sakit pun. Tetiba Ramadan 2026, dia dah tak ada pergi untuk selama-lamanya.
Pakcik aku ni ialah adik ayah aku. Kiranya dia boleh menjadi Wali untuk aku berkahwin akalu ikutkan ikatan mahram tu. So, kiranya kami ni rapat. Masa aku kecil-kecil dulu, kami duduk serumah sebab aku dibesarkan oleh Arwah Tok Wan aku (Nenek, Ibu kepada Pakcik aku). So, dalam rumah tu ada ramai la orang sebab anak-anak Tok Wan ramai, dan ada yang dah berkahwin pun duduk sama-sama juga dalam rumah tu.
Aku stay kat rumah tu dari aku lahir sampailah aku habis SPM. So, memang rapatlah sebab hari-hari jumpa kan. Lepas aku habis SPM , baru aku keluar dari rumah tu.
Pakcik aku ni meninggal sebab Penyakit Cancer Stage 4 Cancer saluran hempedu. Bulan Oktober 2025 didiagnose ada cencer, 5 Februari 2026 dah meninggal dunia.huhuhu. Sedih sangat.
So, kira Ramadan tahun ni ialah tahun pertama adik beradik ayah aku beraya tanpa adik lelaki kesayangan diaorang di usia 55 tahun (Pakcik aku tu satu-satunya adik lelaki dalam family ayah aku). Arwah meninggalkan seorang isteri dan 5 orang anak yang masih belajar semuanya. Anak yang paling kecil umur 8 tahun.
Cerita Masa Ramadan : Birthday Puteri Ke-2
10 Mac 2026, Biryhday anak kesayangan aku yang ke-2 iaitu Leeya yang ke 8 tahun. Disebabkan birthday tahun ni jatuh pada Bulan Ramadan, jadinya kami celebrate di rumah sahaja selepas Solat Terawih.
Untuk Leeya, semoga Leeya membesar menjadi anak yang solehah dan pejuang Agama Allah kelak k, semoga Leeya menjadi insan yang berjaya dan cemerlang di dunia dan akhirat. Mummy sayang Leeya sangat-sangat untuk selama-lamanya.
Iftar
Target aku untuk Ramadan tahun ni aku nak berbuka di Masjid sekerap yang mungkin. Tapi bila dah berpuasa dengan anak-anak ni, ffuuuhhh! Penat dia tu lain macam. Memang penat semacam la. Dan ia membuatkan aku menjadi agak berat untuk iftar di masjid selalu. Tapi Alhamdulillah dapat juga kami berbuka di masjid lebih dari 5 kali tahun ni. Syukur.
Niat aku berbuka kat masjid tu ialah sebab aku nak mendekatkan anak-anak aku dengan masjid. Selagi mana mereka masih lagi kecil ni, senang la nak dibentuk. Aku nak mereka menjadikan Masjid ni sebagai tempat untuk berseronok, selain dari tempat untuk beribadah, masjid ni juga mereka boleh kadikan tempat untuk berehat, berkawan, bersosial, untuk makan dan juga untuk belajar. Aku nak anak-anak aku sayangkan masjid sebagaimana mereka sayangkan rumah diaorang.
Nak berbuka di masjid ni sebenarnya bukan benda yang senang tau, ianya agak berat bagi mereka yang tak biasa. Sama macam solat. Kalau orang yang tak solat, tetiba nak solat, ianya agak susah , mencabar dan terasa sangat berat. Macam tu lah rasa bilamana nak berbuka di masjid.
Aku dulu-dulu (Masa bujang dulu), nak berbuka kat masjid susah ooooo, macam-macam rasa ada. Tapi bila sekali dah pergi iftar di masjid, dia rasa seronok, dan nak buat lagi dan lagi, dan lama-lama dah jadi kebiasaan / rutin.
Sebab tu bilamana nak mendidik anak-anak untuk bersolat dan berpuasa, lebih baik didik dari kecik, sebab lagi senang untuk mereka buat. Sama juga macam iftar di masjid, bila dah biasa iftar di masjid sejak dari kecil, InshaAllah bila mereka dah besar nanti, mereka akan terbiasa untuk berbuka di masjid juga, dan nanti mereka juga akan bawa anak-anak mereka sendiri untuk berbuka dan bersolat jemaah di masjid. InshaAllah.
Solat di Masjid
Alhamdulillah, tahun ni dapat menunaikan SOlat Terawikh lebih banyak di masjid secara berjemaah, berbanding dengan tahun-tahun lepas. Sebab apa? Sebab anak bongsu aku dah besar, dah umur 3 tahun.So dia dah boleh mendengar arahan dan tak 'cranky' dah macam sebelum-sebelum ni. So, dapatlah kami pergi ke masjid selalu walaupun tak penuh 30 hari tu.
Iktikaf
Tahun ni juga aku dapat buat lebih kerap iktikaf (Tidur di masjid), pada 10 malam terakhir tu, bersama-sama dengan anak-anak aku. Sebab anak-anak aku semua girls, jadinya mestilah diaorang kena ikut aku. E.Suami pulak kena stay kat tempat lelaki lah.
Kalau tahun lepas buat iktikaf semalam je, tapi tahun ni lebih banyak, sebab macam 'reason' kat atas jugak - sebab anak bongsu aku dah besar sikit, dah tak 'cranky' sangat macam tahun-tahun sebelum ni. Lagipun, tahun ni anak-anak aku yang dah besar tu excited sangat nak iktikaf, so diaorang la yang beria-ria ajak ibunya ni tidur kat masjid. Walaupun penat, tapi diaorang suka dan excited. Mummy layankan saja. hihi.
Tadarus Quran & Majlis Khatam Quran 2026
Alhamdulillah! tahun ni aku dapat join Group Tadarus Quran selama 30 hari bersama-sama dengan Geng Usrah aku, yang dibuat secara 'online', bermula jam 8 pagi setiap hari.Alhamdulillah! Best sangat. Dengan cara, ia lagi mendekatkan aku dengan Al-Quran. Syukur. Allah bagi aku 'circle' kawan-kawan yang bagus & solehah, yang boleh bimbing aku untuk menjadi Penghuni Syurga kelak.
Inilah sahaja cerita Ramadan aku dan keluarga kecilku di Tahun 1447 Hijrah bersamaan dengan 2026 Masihi. Cerita kami biasa-biasa aja, tapi aku bersyukur sangat dengan rahmat dan rezeki usia yang Allah bagi pinjamkan ini. Semoga Ramadan tahun depan, aku masih lagi boleh raikannya seperti tahun ini bersama suami dan anak-anak aku yang comel-comel tu. 😀.
Stay tune with my updates soon k. (Kalau aku rajin nak tulis. ahaks!)
With Love,
DP,
Thank you for reading guys.
SWIPEL AFY HANIFF | BAGAIMANA SWIPEL DIHASILKAN
Assalamualaikum guys.
Nak tanya ni…. Rumah korang ada lipas tak? Ada semut tak? Kadang-kadang ada lalat tak?
Rumah saya ada… Tapi tak selalu lah. Tapi bila ternampak tu geram jer rasa. Rasa macam nak cekik-cekik lipas tu, nak diganyang-ganyang semut tu sampai lumat. Haih! Geram betul lah.
Dah lah rumah saya ni ada anak kecil. Memang bahayalah bila ada Binatang-binatang ni kat rumah. Bila terkena anak, boleh buat diaorang demam tau. Bila anak demam, mak lah yang kena jadi ‘Super Women’, sebab nak kena jaga anak yang sakit.
Jadinya, memang tak nak lah anak-anak sakit. Kalau anak sakit, mak yang kepenatan. So, sebagai seorang ibu, seboleh mungkin saya akan pastikan rumah saya bebas dari serangga-serangga perosak keluarga bahagia ni. Hihihi.
Saya ni jenis yang tak suka guna produk yang berasaskan bahan kimia. Sebab produk-produk yang guna bahan kimia ni boleh mendatangkan kesan negatif kepada kesihatan anak-anak.
Jadinya, untuk memastikan rumah sentiasa bersih dan bebas dari serangga-serangga tu, saya guna produk berasaskan alam semulajadi, natural gitu…. Iaitu Produk Pembersihan SWIPEL by AFY Haniff.
Hye semua....
Nak bagitau... yang saya baru jer celebrate birthday Bulan Jun hari tu. Cepatlah nyanyikan lagu 'Happy Birthday' kat saya. hahahhahaha.
HAPPY BIRTHDAY TO MYSELF 💓.
Saya menyambut hari kelahiran yang ke 41 pada 18 Jun 2025 yang lalu.
Tahun ni genaplah usia saya 41 tahun. Dah 2 tahun lah kiranya melangkah ke usia emas 4 series ni..
Orang kata 4 series ni dah meniti ke usia tua.... Tapi, bagi saya, saya tetap MUDA selama-lamanya. Muuauauahahahhahaa 😂. Angka itu hanyalah sekadar nombor sahaja guys...apa ada pada nombor. Tak kira kita umur berapa pun, yang penting kita selalu ingat Tuhan, dan ingat MATI. Ajal itu datang tak mengira usia, tua atau muda.
Dan yang lagi best, setiap tahun saya akan menyambut hari lahir bersama dengan anak sulung saya, Kakak FL. Birthday Kakak FL 11 Jun. Tahun ni Kakak FL dah berusia 11 tahun. Sama usia dengan blog ni. Blog dorsettpink.com ni wujud selepas Kakak FL dilahirkan kalau u all nak tahu. Tapi bagi follower lama, mungkin dah lama tahu. Blog ni diwujudkan untuk menceritakan tentang perjalanan kehidupan saya sebagai seorang blogger, seorang pelajar (pada masa tu) dan seorang ibu, yang orang selalu sebut 'new parents'.
Sebagai 'ibu baru', banyak benda baru yang saya belajar setiap hari. Segala-galanya adalah ilmu baru untuk saya. Jadinya, eloklah saya dokumenkan setiap perjalanan fasa kehidupan tu agar suatu hari nanti, ia mampu menjadi kenangan terindah untuk saya dan juga boleh menjadi sumber rujukan kepada ibu-ibu baru seperti saya juga.
Alhamdulillah, saya bersyukur sangat-sangat dengan kehidupan yang saya nikmati sekarang. Apa yang lebih buat saya mensyukuri dengan nikmat Allah ini ialah, saya dapat meluangkan masa dengan anak-anak dengan banyak, dan saya dapat menguruskan anak-anak sepenuhnya dengan tangan saya sendiri.
Sayalah yang menjadi driver kepada anak-anak, sayalah yang menjadi tukang masak untuk diaorang, sayalah yang menjadi ustazah mengajar diaorang Al-Fatihah dan Iqra, sayalah juga yang menjadi bahu dan telinga untuk diaorang meluahkan perasaan. Alhamdulillah! Untuk segala rezeki yang Allah berikan ini - Rezeki Masa.
Untuk Kakak FL,
Terima kasih sayang kerana sentiasa ada dengan Mummy.
Terima kasih kerana banyak mengajar Mummy erti kehidupan.
Terima kasih kerana mengajar Mummy untuk menjadi ibu yang terbaik, bukan ibu yang sempurna, tapi seorang ibu yang cuba buat yang terbaik untuk Kakak dan adik-adik.
Terima kasih sayang, kerana selalu tolong Mummy tanpa disuruh.
Dan terima kasih kerana taat pada perintah Allah.
I love you so much sayang. Mummy dan Abah love you till our last breath.
Hari tu kami celebrate birthday kat Restoren Mafioso Shellaut di Jalan Ampang.
Alhamdulillah! Makanan kat situ sedap dan yang penting suasana kat dalam restoren tu sangat cozy, memang sesuai sangat untuk family gathering. Kami celebrate birthday ni masa 11 Jun, masa birthday Kakak FL.
Kek - Biscoff cake.
Ini suasana masa Hari Jadi saya, 18 Jun 2025 yang lalu. hahahaha. Kami 'celebrate' dengan makan cendol dan laksa jer. hihihi. Ni kat masjid, singgah makan jap selepas Kakak-kakak pulang dari sekolah.
So guys, untuk korang yang baru menjadi ibu. Meh saya kongsikan TIPS-TIPS menjadi Ibu Baru.
*******************************
10 TIPS MENJADI IBU BARU YANG TENANG DAN YAKIN
1. Percayalah pada naluri keibuan
Walaupun kita baru bergelar ibu, naluri keibuan kita adalah sesuatu yang sangat berharga, dan naluri tu memang sangat kuat. Just percaya jer pada instinct seorang ibu, dan follow naluri tersebut. Kita lebih tahu apa yang terbaik untuk anak kita, walaupun orang sekeliling bagi banyak pendapat, tapi kita tetaplah yakin dengan apa yang patut kita buat untuk anak ki yang comel ni.
2. Jangan takut untuk minta bantuan
Kita tidak perlu menjadi seperti robot yang sentiasa kuat. Kita kena akui diri kita ialah manusia biasa - manusia yang sangat lemah, manusia yang ada perasaan dan manusia yang ada rasa penat. Kita tidak perlu buat semua benda sendiri. Suami, ahli keluarga yang lain atau kawan-kawan boleh tolong kita. Minta saja bantuan dari mereka, jangan segan jangan malu.
3. Tidur bila bayi tidur
Ni sangat penting. Waktu tidur. Kita perlukan rehat yang banyak. Rehat amat penting. Rumah tak perlu sentiasa kemas – ibu yang cukup rehat lebih penting daripada pinggan bersusun cantik. Jadinya, bila anak kita tidur, kita tidurlah juga sekali dengan anak kita. jangan fikir hal rumah buat sementara waktu, tapi fikirlah tentang diri kita terlebih dahulu.
Bila kita tak tidur bilamana baby tu tidur, nanti kita lagi penat sebab kita dah tak sempat dah nak tidur atau rehat jap. Takkan lah, kita nak biarkan baby kita tu merayap seorang diri dalam rumah, tanpa pengawasan kita, nanti kalau dia tercekik apa-apa, kan bahaya. jadinya, biarlah kita sentiasa ada bersama dengan baby kita, hatta di rumah sendiri.
4. Makan Dahulu Bila Ada Waktu
bab makan ni kita kena jaga betul-betul. Makanlah dahulu walaupun belum tiba waktu makan. Kerna bila mana dah tiba waktu makan, anak pula tak bagi kerjasama untuk ibu makan. Jadinya bila ada jer waktu free sekejap , kita jamahlah makanan dahulu.
Ingat! Fikirkan diri kita dahulu, baru fikirkan tentang anak atau rumah. Biar kita kenyang dahulu, baru kita kenyangkan anak kita. Sebabnya kita perlukan banyak tenaga untuk menjaga anak-anak kita. kalau kita tak cukup makan, kita akan penat dan ia boleh buatkan emosi kita tak stabil atau kita menjadi cepat marah. Last-last, anak yang menjadi mangsa marah kita. So, makan jer bila mana ada waktu makan, walaupun kita terpaksa makan tengahari pada jam 11 pagi.
5. Terima perubahan rutin hidup
Kehidupan tidak akan sama seperti sebelum ada anak. Terimalah perubahan ini sebagai satu fasa baru, bukan beban. Jangan lagi dipandang atau disesali dengan kehidupan baru sekarang, tetapi terimalah ia dengan hati yang terbuka dan banyakkan ucap rasa syukur pada Allah. Inshaallah, lagi banyak kita ucap syukur, lagi senang untuk kita adapt dengan kehidupan baru sekarang.
Mungkin sejak ada anak ni, kita tak lagi dapat menikmati tidur malam yang lena dah, kita dah tak ada masa nak scroll Instagram atau TikTok, atau kita dah tak ada masa untuk tengok Drama Korea. Takpe, itu hanya sementara sahaja, hanya ketika anak-anak kita masih kecil. Nanti bila semua anak-anak kita dah besar, kita ada banyak sangat masa untuk buat apa-apa pun. Nak pergi hiking boleh, nak tengok netflix siang malam boleh, nak scroll tiktok setiap masa boleh, masa tu kita akan rasa semua penat lelah sebelum ni hanyalah kenangan terindah sahaja.
Inagtlah, anak-anak ni menjadi kecil sekejap jer. Bila mana kita tak bina bonding yang kuat masa anak-anak kita ni masih kecil, bonding itu tak kan terbina utuh dah sebab masa telah berlalu pergi. masa yang ada, hanya untuk waktu itu sahaja, bila masa dah pergi, ia akan pergi tak kan kembali dah.
Contohnya, dulu anak saya Kakak FL berusia 1 tahun masa tahun 2015, selepas tu, usia 1 tahun pada anak tu tak kan kembali lagi dah. Sekarang tengok umur dia dah 11 tahun, dah besar dah. Kita dah boleh tatang dia seperti bayi lagi. kalau dulu, boleh breastfeed dia, boleh bawa dia tidur atas badan kita, boleh mandi sama-sama, tapi hari ini semuanya tak berlaku dah. Bonding yang terbina bila anak-anak dah besar ni lain pula, tak sama macam anak-anak waktu fasa bayi.
Ibu-ibu sekalian, walaupun penat, percayalah waktu bayi kecil ini akan berlalu dengan cepat. Simpan memori ini, ambil gambar sebanyak mungkin, dan hargai momen-momen indah itu. 1 hari nanti, kita akan tersenyum lebar bila tengok balik gambar-gambar masa diaorang kecil-kecil.
Tapi yang penting, jaga diri kita seeloknya. Self-care tu sangat penting. Uruskan emosi kita dengan sebaiknya, agar kita tak burnt-out. Pergilah kelas-kelas parenting untuk tambah ilmu parenting, ilmu jaga anak, ilmu asuh anak, ilmu pengurusan masa, ilmu self-care dan macam-macam ilmu lagi. Jadilah ibu yang berilmu dan bukan hanya sekadar ibu yang menjaga anak-anak, tapi didiklah anak-anak kita untuk menjadi PEMIMPIN UMMAH 1 hari nanti.
Last but not least, happy birthday to myself! 😍
*******************
P/S : I am a ghostwriter and content writer. If you need the content writing or ghostwriting service, please don't hesitate to contact me via email - dorsett.pink14@gmail.com.
Assalamualaikum semua.
Haiii.. lama sungguh saya tak bersiaran disini.
Fuuuhhhhh... fuuuhhhh. tiup habuk jap.
Setelah lama menyepi, dek kerana kesibukan tugas saya sebagai seorang Researcher, hari ni terasa nak menulis di sini.
Untuk makluman semua pembaca setia saya, tahun 2025 ni saya bekerja sebagai Penyelidik / Researcher dengan sebuah agensi. Saya bekerja secara 'Remote' - 'Work From Home', sambil menjaga anak bongsu yang kini berusia 2 tahun.
Actually, ada banyak sangat benda saya nak bercerita kat blog ni, tapi dek kerana kekangan masa, saya pun tak bercerita.
Dan hari ni, baru nak mulakan sesi bercerita tu. Cerita sikit-sikit tengok mana yang mampu.
*****************************
OK, weekend baru-baru ni (27 & 28 haribulan Jun 2025), Allah telah mengizinkan saya untuk hadir ke Program Mukhayam Bandar Baru Bangi, yang diadakah di sebuah Homestay, di Seksyen 2, Bandar Baru Bangi. Homestay tu cantik, rumah banglo 2 tingkat, ada 7 bilik tidur (semuanya besar), ada swimming pool, ada bath tub dan ada dapur.
Program Mukhayam ini adalah anjuran Wanita Ikram Selangor, yang diadakan sebagai 1 program tarbiyyah diri untuk ahli-ahli IKRAM (Pertubuhan Ikram Malaysia) di Bandar Baru Bangi.
Program Mukhayam ini diadakan selama 2 hari 2 malam, bermula dari malam 26 Jun sehinggalah pada 28 Jun 2025. Program ini telah disertai oleh seramai 40 orang peserta ahli Ikram Level 1 dan 2. Level 1 dan Level 2 ni maksudnya ahli-ahli yang baru sahaja join Ikram.
Intipati utama Program Mukhayam ini ialah untuk :
- Mendidik ahli-ahli Ikram konsisten menghadiri Usrah yang dijalankan pada setiap minggu.
- Mendidik ahli-ahli ikram tentang apa intipati yang perlu kita ketengahkan ketika sesi usrah.
- Menjalinkan ukhwah sesama ahli Ikram kerana ramai yang tidak mengenali antara 1 sama lain lagi melalui aktiviti riadah, 'ice breaking', aktiviti dalam kumpulan, makan dalam dulang dan solat berjemaah sama-sama.
- Belajar tentang taddabur Surah Al-A'la.
- Fahami dengan jelas tentang makna dan maksud 'kejayaan' bagi seorang Muslimah.
- Mendidik diri untuk membaca Surah Al-Mathurat
- Mendidik diri untuk ber-qiamulail (Solat Malam).
- Belajar untuk menyatuni masyarakat setempat (Yang bukan Ahli Ikram).
Ini antara momen-momen indah sepanjang Program Mukhayam berlangsung. Biar gambar yang berbicara 😍 :
Kesimpulannya, Program Mukhayam ini memang sangat-sangat bagus dan memberi kesan pda diri saya sendiri untuk terus istiqomah dalam mengejar saham akhirat. Dalam Program Mukhayam ini, kita berpeluang bertemu dan bersama-sama selama 2 hari dengan orang-orang yang hebat dalam bidang masing-masing. Contohnya seperti saya bertemu dengan Ustazah Ayu , Dr Khamsiah dan Dr Fatimah - ia adalah satu pengalaman yang sangat mengujakan.
Dalam Doa Qunut ada ditekankan tentang kepentingan menjaga 'Circle' - Circle kita akan menentukan siapa kita kelak. So, peluang untuk saya berada di dalam Program Mukhayam ini adalah peluang yang terbaik untuk diri saya sendiri kerana ia telah mendekatkan saya dengan orang-orang yang hebat dan orang-orang yang sentiasa mengingati diri kita untuk berdakwah dan kekal konsisten di dalam ibadah.
MashaAllah! Terima kasih Allah kerana telah memberikan saya kesempatan untuk hadir ke sini. InshaALlah, akan datang saya akan sertai lagi.
P/S : Anak saya yang dah bersekolah rendah, dijaga oleh En.Suami saya, saya hanya bawa seorang anak sahaja, iaitu Leesa yang berusia 2 tahun.