Aku suka shopping baju aku online sebab malas nak drive, malas nak cari parking, malas nak bersesak dalam jem, malas nak bayar tol. Memang dasar pemalas ko ni DP!

Jadinya, kan senang dengan teknologi sekarang, semua main order jer guna jari. Klik-klik, siap! Tunggu je abang posmen ketuk pintu rumah. kan senang!

TAK SUKA SHOPPING GUNA WHATSAPP

Tapi aku tak suka shopping guna whatsapp.. Nak order kena whatsapp dulu. Aduhh!! Leceh la.. Nak pulak kalau admin whatsapp tu jenis reply lambat, memang hangin aku. Sorry lah, tak ada masa aku nak tunggu reply ni. Kalau boleh aku nak setel cepat-cepat. Pilih - order - bayar - siap!

Pastu, aku tak berapa percaya dengan main order guna whatsapp ni. Kalau orang tu scam / tipu macam mana? Kan dah burn duit kita. Even RM 50 je pun, tu kira duit jugak. Dah ramai kawan-kawan aku kena.. Last skali, duit lesap, barang tak dapat. Menangis la bucu katil jawabnya. 

Sebab tu aku suka shopping dengan trusted store jer. kalau company tu aktif buat  marketing and advertising kat radio, kat TV, lagilah aku percaya. Sebab nak buat marketing tu , confirm duit diaorang dah lebur berjuta-juta, so confirm la diaorang tak tipu punya. 

So, pilihan aku ialah Zalora dan Fashion Valet.



Aku dah lama shopping ngan 2 store ni sejak beberapa tahun yang lalu. Aku puas hati lah dengan service dua-dua company ni. Memang boleh dipercayai!

Untuk online OK lah, tapi untuk offline, aku memang tak shopping la ngan FV sebab  diaorang punya customer service kat Butik OFFLINE dah ada bad reputation. Staff kat offline store ni macam pilih bulu la skit, diaorang tak layan kalau pakai selekeh, or tak macam orang kaya. 



Almaklumlah founder diaorang kan orang KAYA. Pastu pulak diaorang tak greet kita pun. kalau tanya pun, jawab macam tak nak jawab je. Tapi dah ramai dah orang komplen kat Vivy, and Vivy pun dah take action pasal benda ni. So, since tu aku dah serik nak masuk Butik FV lagi.. So, skrang aku tak tahu lah macam mana dengan Customer Service FV either kat Pavillion or Bangsar Village. 

Tapi, aku tetap support FV online. Baju-baju kat FV pun cantik.


Kalau nak compare antara Zalora dan FV, mana satu pilihan hati?

Frankly speaking, aku lebih suka shopping kat Zalora. Sebabnya aku rasa website Zalora ni lagi mesra customer kot. And the best part is, Zalora ada apps. Skrang kan, zaman handphone. So semua benda nak buat guna handphone even beli tiket flight pun. So, sebelum tidur tu, atau masa makan, boleh la usha-usha dulu buat window shopping through phone, masukkan dalam wish list dulu. Nanti bila dah confirm nak beli, boleh terus je masukkan order. 


Pastu lagi satu, Zalora ada banyak pilihan pakaian. And banyak jugak baju-baju or accessories yang murah-murah. So, itu satu pilihan kat customer untuk membeli. 

And lagi satu, aku tengok website FV tak standardise measurent baju-baju dia. Hari tu, aku dah confirm nak beli satu baju ni, pastu tengok measurement size dia lain sikit - ada yang guna inchi, ada yang guna cm, ada yang guna meter. So, macam-macam. So, hajat aku nak beli baju tu terus mati kat situ - tak jadi beli... 

Aku ada buat komplen kat customer service FV, diaorang reply - 'size tu designer yang bagi, kami cuma up je kat website'. SO WHAT? Kalau designer bagi pun, tak kan korang tak boleh nak buat SOP atau korang je yang ubah size measurement tu sebelum up kat website? Ingat customer nak terima ke JAWAPAN tu?? Aku tak reply dah lepas tu. Diaorang bijak pandai, tak kan benda simple macam tu pun customer nak bagitau.. hehe.. 

Since then, aku macam tawar hati sikit nak shopping kat FV sebab menyusahkan aku nak buat convertion measurement size tu. Aku lebih senang shopping kat website Zalora.

Tapi aku salute la dengan FV sebab itu company anak melayu. Bangga wooo.. Company anak melayu dapat pergi ke pentas antarabangsa. Aku doakan FV akan ambik kira feedback dari customer dan aku doakan FV terus maju menembusi pasaran antarabangsa kelak. Amiiinn..

Mothercare | Year End Sale 2017

in , , by dorsett pink, October 31, 2017
Sejak FL lahir lagi aku merupakan loyal customer Mothercare. Kenapa aku minat sangat ngan Mothercare? Sebabnya kualiti kainnya tahan lama.


KENAPA AKU SUKA BARANGAN MOTHERCARE?

Budak-budak kan pakai baju sekejap jer, sebab diaorang cepat besar, tapi kalau pakaian dari Mothercare ni, FL boleh pakai sampai setahun, walaupun dah setahun pakai, kualiti masih lagi OK dan tip-top, so boleh simpan untuk adik FL yang akan datang. Ada tu, aku ada bagi jugak sedekah kat orang sebab baju dia masih nampak OK dan baru lagi. Jadi tak malu la kalau nak sedekah kat orang. Separuh lagi aku simpan. 

Sebabkan kerana kualiti tu lah, aku sanggup shopping kat Mothercare. Lagipun butik Mothercare ni macam pit-stop, semua barang kelengkapan baby dan mummy ada jual kat sini. Even kalau mummy nak cari nursing bra pun, ada jual kat Mothercare ni. Kelekapan nak pam susu pun ada dari ice block sampailah ke pam tu sendiri. Diapers bag pun ada. Pendek kata, semuanya ada dalam butik Mothercare ni.

Pakaian dari newborn sampai kids umur 10 tahun ada kat sini

KENAPA AKU SUKA SHOPPING KAT MOTHERCARE?

Sebab tu aku suka shopping sini. Sebab aku tak perlu bersusah payah nak pergi banyak-banyak kedai. Dasar pemalas! Mana-mana ibu yang spesis pemalas nak berjalan sesuai la shopping kat sini.

And lagi satu sebab most Butik Mothercare ni terletak kat dalam shopping mall, so senanglah untuk parents nak shop. Senang nak cari parking, nak cari makan, nak solat, nak pergi toilet, nak gi tengok wayang, so semua boleh buat sekali harung je. Tak perlu nak bazirkan masa drive kesana-kemari.


BETUL KE BARANG KAT MOTHERCARE MAHAL??

Ramai orang cakap barang-barang kat Mothercare mahal. Aku pun rasa barang kat situ mahal sebab dia jual barang yang ada 'nama' je. Tapi TIPS nya ialah kalau korang nak shopping kat sini, korang tunggulah masa musim SALE.. Yess... A big 4 letters - S.A.L.E.

Rambang mata nak pilih, semua cantik.

Kalau masa SALE tu, harga barang kat Mothercare semua ada promotion. Ada tu sampai 70% diskaun. And, kalau VIP member (Mothercare's member), dapat lagi diskaun extra another 10%. Untung kan kalau jadi member?

So, sebab tu, MOTHERCARE SALE ni sentiasa ditunggu-tunggu oleh para peminat Mothercare. Kalau korang tengok butik dia ni, hari biasa macam tak ada orang sangat, ada lah customer sorang dua. Tapi korang tengok masa musim SALE, penuh gile orang!.

Sekarang ni tengah berlangsung YES kat Mothercare - YEAR END SALE 2017. Start Jumaat hari tu sampai 1 Januari 2018 nanti. Untuk VIP member pulak 3 hari jer - 27 - 29 Oktober hari tu.  So, masa VIP day tu, aku ambiklah kesempatan tuk shopping. Dapat banyak less la.. 

 Biasanya, masa SALE ni lah, aku ambik kesempatan shopping banyak sekaligus. Pastu berehat. Pastu bila ada Sale pulak baru aku shopping lagi..

Kalau korang nak beli barang kat Mothercare ni, pergilah sekarang. Kalau tak, nanti menyesal. Lambat lagi nak tunggu sale akan datang.

Ni gambar FL masa kat Kyoto, Jepun 2 tahun lepas. 
Baju dan seluar dia dari Mothercare, even baju sejuk, winter coat, pants and legging pun dari Mothercare. Cuma boot u from H&M. kalau nak cari baju untuk vacation, sesuailah shopping kat Mothercare ni. 


P/S : Baju-baju dan seluar kat Mothercare ni nipis dan lembut jer, tapi kualiti dia confirm tahan lama dan tak mudah koyak

Ke Jepun dengan Malaysia Airlines Online Booking

in , , by dorsett pink, October 30, 2017
2017 hampir melabuhkan tirai. Selamat datang 2018. Maknanya dah hujung tahun dah..Kejap je rasanya. Aku rasa baru semalam kot aku celebrate birthday FL, ni dah nak masuk tahun baru. huhu..

Apa-apa pun, hujung tahun means masa untuk bercuti - it is a HOLIDAY TIME! So, kemana agaknya destinasi percutian korang hujung tahun ni? Ce share mana tahu kot-kot aku boleh ciplak idea korang. hehe..

Aku pulak? Aku tak decide lagi nak kemana-mana, tapi ada la angan-angan ke beberapa destinasi pilihan. Tunggu everything settle dulu, then baru boleh fikir betul-betul mana nak pergi.

Tempat yang aku memang teruja nak pergi mestilah JEPUN! Dah 2 kali aku jejakkan kaki kat Jepun ni tapi masih tak puas lagi. Selagi seluruh bumi Jepun aku belum habis takluk lagi, selagi tulah semangat nak travel ke Jepun masih membara....hehe

#THROWBACK - TRIP TRAVEL KE JEPUN

First time dulu aku jejakkan kaki kat Jepun masa honeymoon dulu tahun 2013.. Masa tu honeymoon kat Tokyo.. Wow! bestnya rasa sebab nak sangat tengok bunga sakura masa tu. Alhamdulillah dapat gak tengok sakura untuk pertama kali dalam hidup. Trip honeymoon tu ditaja oleh pihak Jepun memandangkan masa tu en.suami ada bisness ngan orang sana. 

So, tu kira rezeki la untuk kitaorang berdua dapat honeymoon free. Semua ditaja oleh pihak sana termasuk penginapan dan makan kat Sheraton Hotel.. 

 Kalau pergi Jepun, tak bergambar ngan awek Jepun tak sah!

Kali ke-2 ke Jepun, masa tahun 2015 - travel ke Osaka-Kyoto, masa tu FL baru umur setahun setengah.. Suka FL dapat tengok bunga-bunga luruh. Mummy pun happy gak sebab dapat tengok kecantikan Jepun dikala musim Autumn. Seriously, memang cantik bangat musim luruh di Jepun. Pesan aku, kalau korang nak ke Jepun, pergilah masa Musim Autumn sebab autumn ni merupakan musim yang paling cantik kat Jepun. Serious tak tipu!

 Ni kat Hozugawa River Bridge, Kyoto masa musim autumn. 
Tourist spot yang wajib singgah kalau travel ke Kyoto

 Air kat Jepun sangat bersih dan jernih. Samaada air sungai ke, air laut ke, air tasik ke or even air longkang sekalipun, memang sangat-sangat clean! Aku tak takut kalau aku 'ter-minum' air ni..hehe




Wajib beli sourvenir Jepun ni

So, kali ketiga ke Jepun mungkinkah tahun ni?? errmm...

Apa-apa pun , aku kena usha tiket flight dulu. Kalau tiket murah, why not grab kan? Nanti menyesal. 

RASA NAK TERBANG DENGAN MALAYSIA AIRLINES

http://sta.nusatrip.net/cmsimg/15/15/malaysia-airlines-pesawat-a380.jpg

Mungkin aku boleh naik Malaysia Airlines kali ni. Sebab apa? Sebab Malaysia Airlines punya seat lebih selesa dan luas. Ok lah untuk flight 7 jam - tak lenguh-lenguh sendi sendu semua nanti. 

Untuk standard aku ni seat Economy Class je lah (Standard Seats). Malaysia Airline ada offers ‘Favourite Spot’ yang mana kita boleh book any seat yang kita nak masa penerbangan tu nanti. Tapi service ni applicable untuk online booking je. Ada 2 jenis seat untuk kelas ekonomi ni iaitu Premium Seat dan Standard Seats. Premium ni ialah seat beberapa baris hadapan dan dekat dengan emergency exit seats dan selebihnya adalah Standard Seats. Yang bestnya 30 kg checked baggange allowance. Yang syok lagi, masa flight nanti ada entertainment – boleh enjoy tengok movie atau main game. 

Kalau Business Class dan First Class pulak, seat dua-dua kelas ni lagi best. Seats ni boleh reclined sampai 180 darjah, fully flat position!! Seats dah macam katil  confirm selesa tahap maksima. Boleh akses secara percuma di Golden Lounge Malaysia Airlines. Haaa boleh la mandi ke, minum dan akses Wifi percuma sementara tunggu flight tu. Untuk First Class korang boleh akses ke  Malaysia Airlines’ new fronted check-in lounge dengan perkhidmatan serba mewah dan sangat selesa.

MACAM MANA NAK BOOKING TIKET DENGAN MALAYSIA ONLINE BOOKING?

Nak booking online? Senang je! Klik je link Malaysia Airlines Online Booking ini. Mudah, cepat and ada banyak promotion. Cara nak booking pun senang jer. 


Korang bukak dulu laman web.  Buat carian dengan mengisi butiran penerbangan seperti destinasi, tarikh dan bilangan passenger. Dah tekan button search flight tu, nanti keluarlah senarai syarikat penerbangan, jadual penerbangan dengan harga tiket sekali. Then pilih penerbangan yang sesuai dengan waktu yang korang nak. Seterusnya korang kena isi maklumat penumpang. Settle isi, korang kena pilih method payment sama ada nak bayar guna kad kredit atau kad debit, internet banking atau melalui 7 Eleven. Last skali, korang akan terima E-ticket melalui email selepas 60 minit bayaran disahkan.

Then, persiapan dan persedian terakhir of course kena buat itinerary untuk trip nanti. 

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI TOKYO

Ok, untuk sesiapa yang rasa nak ke Tokyo nanti, ni aku share antara tempat-tempat best yang korang boleh pergi:

Tokyo Sky Tree – Menara tertinggi di Jepun.

Tokyo Tower – Mercu tanda Bandar Tokyo sebelum adanya Tokyo Sky Tree. Amik gambar di sini persis berada di Eiffel Tower sebab warna merah.

Akihabara – Syurga bagi penggemar anime dan manga. Ada Maid Cafe, Gundam Cafe dan macam-macam lagi.

Odaiba - Pulau buatan . Banyak rekaan banggunan yang menarik dan canggih.

Shibuya - Kena pergi Shibuya Crossing untuk tengok suasana dan kesibukan orang lalu lalang kat situ. Terkenal dengan kawasan membeli-belah. Window shopping jela nanti. Huhu 

Tsukji Market – Makan sushi murah dan peluang tengok ikan yang bapak besar.

Yojogi park -  Taman terbesar di Tokyo. Lepak santai sambil nikmati pemandangan awesome.

Ueno- Tempat sesuai untuk tau sejarah, budaya dan kesenian rakyat Jepun.

Hakone/ Lake Kawaguchiko – Bersebelahan dan terdekat dengan Tokyo. Ni 2 kawasan yang popular untuk tourist lihat Mt. Fuji secara dekat.

P/S : Kalau korang nak tengok itinerary Trip Osaka-Kyoto, korang boleh je klik label "Osaka , Kyoto" kat sidebar tepi ni. 


 Kalau pergi Jepun, budak kecik ni asyik duk main ngan vending machine je lah.. 
                           So, mummy or daddy kena standby duit syiling bebanyak.

Ok Lah, itu je lah kot yang aku nak share hari ni. Have a nice day everybody!

Segmen Blogger Aktif 2017 | MRSZACOM

in , by dorsett pink, October 29, 2017
Ok, hari ni saya nak join Giveaway Blogger Mrs.Za pulak .  
Hadiah nye sangat menarik u oll - dapat free TEMPLATE BLOG tu..  
Template blog bukannya murah, kalau dapat free kan bagus, boleh jimat sikit duit ... hehe..


Jom kawan-kawan kita meriahkan Segmen Giveaway blogger-blogger ni.  

Kalau korang nak join, klik je ENTRY INI untuk baca terma dan syaratnya.

Selamat bersegmen u oll. Best of luck!

Planner Sioca 2018 GIVEAWAY by Susunatursioca

in , by dorsett pink, October 29, 2017
Hari ni aku berminat nak join Giveaway kawan-kawan. 
Salah satunya ialah kawan blogger Sis Sioca.. 

Sis Sioca ni planner addicts jugak macam aku.. hehe.
Dia pun sambung PhD jugak tapi dia dah grad dah PhD dia, aku jer yang duk kontang-kanting sorang-sorang ni. huhuhu.. (Bangga tengok kawan-kawan lain dah habis buat Phd,bila tengok diaorang dapat siapkan, kita pun jadi ter'inspired' jugak nak habiskan.. Semoga Allah memakbulkan doa aku ni. Amiiin)..

Aku suka baca blog Susun Atur Sioca ni sebab dia suka share pasal susun atur  atau organizing.... Aku memang suka bab-bab ni...Tapi aku bukanlah kategori OCD lagi.  So, bila blog baca organizing ni, aku pun turut termotivasi untuk meng'organize' barang-barang aku..

So, sempenan Giveaway yang Sis Sioca anjurkan ni, dia bagi hadiah PLANNER which is memang aku suka la sangat (kalau dapat rezeki aku)... 

 

Jom korang, sama-sama kita join GA ni.. Syarat penyertaan boleh baca di ENTRY INI

Best of luck kawan-kawan..

Pelindung Diri Ketika Travel

in , , by dorsett pink, October 25, 2017
Biasanya kalau pergi travel, kita kena bersedia dengan segala ubat-ubatan yang selalu kita gunakan. Panadol/ paracetamol tu wajib dibawa bila travel. In case kalau ter-demam ke, ter-sakit ker, at least ada persediaan untuk merawat diri sendiri atau keluarga. Kos rawatan hospital kat oversea mahal, kalau tak ambik travel insurance menangis la jawabnya kalau tetiba tersakit masa travel.

So, better jaga diri sebaik mungkin untuk mengelakkan terkena penyakit / virus. Nanti, kalau badan dah sakit even hanya demam biasa atau sakit kepala pun, ia tetap akan spoil mood korang nak berjalan sana-sini. Kan dah rugi masa korang kat sana tu. Tiket flight bukannya murah kalau nak repeat lagi trip tu.

So, jadinya, setiap kali pergi travel, aku akan pastikan akan bawak VITAMIN C. Sebelum berlepas, aku dah makan 2-3 hari sebelum tu. Masa travel plak, aku wajib makan Vitamin C ni 2 biji setiap hari. En.suami dan anak aku pun aku kerah makan jugak. #makgarang hehe..
 
Pilihan aku ialah jenama REDOXON ni. Dah lama aku consume Vitamin C Redoxon ni. Sebelum cuba jenama ni, macam-macam brand gak la aku cuba tapi yang lain tu tak kena dengan tekak aku yang sangat manja ni. 

Aku suka Redoxon ni sebab dia boleh larut dalam air & perasa orange. So, bila minum air, kita akan rasa macam minum air oren - ala-ala fresh orange giteewww. Tapi sebenarnya kita minum air ubat. hehe.. 

Kalau tak travel pun, aku minum jugak air Vitamin C ni. Especially masa demam atau bila badan rasa nak demam. Biasanya kalau waktu-waktu 'getir' macam tu, aku minum 4 biji Vitamin C ni sehari. Esokkannya confirm demam aku sembuh atau tak jadi nak demam. hehe.

So, aku sangat recommend la kat korang untuk consume Vitamin C Redoxon ni. Serius korang akan suka punya la.. And tak menyesal korang beli nanti. Harganya RM 26.00 untuk satu botol 15 biji ni.

Kos Berkhatan di Hospital KPJ Ampang Puteri

in , by dorsett pink, October 25, 2017
Tak lama lagi dah nak cuti sekolah, so sekarang mummy and daddy dah sibuk-sibuk nak carikan tempat berkhatan untuk si anak teruna. Kebetulan my friend pun tengah duk usha kos berkhatan kat hospital, so ni aku terjumpa flyers ni - Kos Terkini Pakej Berkhatan di KPJ Ampang Puteri, aku pun share la kat sini.

 Boleh menjadi rujukan untuk aku jugak di masa akan datang. InshaAllah!
 

Nice Shots at Moroccan Pavilion, Putrajaya

in , , by dorsett pink, October 23, 2017
Moroccan Pavilion ni terletak kat dalam Taman Botani, Putrajaya. Tempat ni menjadi faveret para fotographer untuk shoot kat sini. So, kalau datang sini tak heran tengok orang duk shooting sana sini.... Eeven iklan TV pun banyak yang shoot kat sini. 

Aku selalu lepak kat sini.. Tapi tak pernah aku ambik gambar kat sini. Semalam kebetulan bawak kamera, so ambiklah kesempatan untuk 'menembak' guna kamera ajaib aku ni.. At least, ada jugak lah kenangan untuk masukkan dalam album fotografi aku nanti-nanti.

Astana ni dibina berdasarkan senibina Moroco.. Duduk kat sini seketika memang terasa macam duduk ka Istana Moroco nun jauh di Moroco nun.. hehe
 
So, inilah rupa Moroccan Pavilion ni.. 









Nak jugaklah bergambar kenangan disini..
Mana daat bunga?? Jawapannya En.suami bagi....









 

 P/S : Kalau nak lagi best, masuk la kat dalam pavilion ni, bayar RM 3 (Tiket Masuk), senibina kat dalam tu memang sangat marvelous. Berbaloi la bayar RM 3 tu tapi ada waktu-waktu tertentu je dibuka.

P/S : Kalau ada yang bertanya aku guna kamera apa? Jawapannya - Aku guna Camera Canon EOS M10. Gambar semua tak diedit, kecuali tambah watermark je guna Adobe Photoshop.
Weekend baru-baru ni aku dan my big family pergi makan steamboat kat Puchong. Restoren tu nama ASAP Steamboat & Grill yang terletak kat Puchong. Actually , retoren ni kepunyaan Nurul Izzah Catering. 

Kitaorang tahu tempat ni melalui pakcik google. Baca review macam best jer tempat ni, so kitaorang pun datang la sini beramai-ramai.

Memang penuh orang kat sini, kebetulan ada meja kosong untuk kitaorang 11 orang, so rezeki la. Sebab masa datang tu kitaorang tak book dulu, main redah jer walk-in. Eloknya kena buat reservation dulu kalau nak makan sini, takut nanti tak ada meja kosong, menangis bucu katil lak.. 




 Ni tempat makan di tingkat atas











 
Makan steamboat kat sini sekepala RM 37. Kanak-kanak dapat separuh harga.
Sebelum makan, kena bayar dulu.
Kalau makanan tak habis akan dicharge - RM 20.00 untuk setiap 100 gram.


 










Restoren ni buka dari kul 6 petang sampai jam 12 malam. 
kalau nak datang sini, buat reservation dulu - Tel: 013-485-8944 
Korang guna je waze / google maps cari - Nurul Izzah Catering atau ASAP Steamboat & Grill.
© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE