Hello Langkawi!

in , , by dorsett pink, October 23, 2021

Hello guys!

Setelah lama giler tak fly ke mana-mana, sekarang dah tiba masanya untuk aku travel semula naik kapal terbang =)). Sekarang ni aku kat Langkawi. Yeeaaayyy!

Bayamku

in , by dorsett pink, October 21, 2021

Hye guys. 

Rindu tak? hihi. 

OK, hari ni aku nak cerita pasal bayam. 
Hari tu kan aku ada cerita kat blog ni yang en.suami aku tanam bayam kat halaman rumah kitaorang yang cinonet ni. Boleh baca entri tu kat sini - 'http://www.dorsettpink.com/2021/09/profesion-baru-jadi-tukang-kebun.html ' .

Blog Bermasalah

in , by dorsett pink, October 13, 2021

 Dah lama betul aku tak update blog. Rindu sangat. 

Bukannya tak ada mood. Mood nak update tu berkobar-kobar. Banyak jer cerita nak ceria kat sini. 

Tapi ada masalah dengan blog ni. 

Sejak 1 Oktober hari tu. Aku tak dapat nak log in blog ni. 

Bercuti di Banglo Mewah di Bukit Jalil, Kuala Lumpur

in , , by dorsett pink, September 30, 2021

Dah lama betul duduk rumah. Aku dengan en.suami dah bosan sangat dah. Dah lama betul kitaorang tak bercuti mana-mana. Usah kata nak pergi bercuti, nak jalan-jalan dalam Selangor ni pun tak boleh. Inilah ujian hidup. 

Hari tu kerajaan announce dah boleh rentas negeri dan bercuti start 16 September 2021 hari tu. En.suami terus mencari tempat untuk kitaorang bercuti. Kebetulan pulak, aku punya status vaksinasi tu, 17 September baru dapat tittle 'FULLY VACCINATED'. 

Nak bercuti kat hotel, tapi risau takut hotel tak boleh mandi pool. Kesian kat anak-anak, terngin sangat nak terjun kolam. Dah lama betul tak swimming. 

So, the best alternative ialah cari private villa yang ada private pool. Lagi selamat - sebab social distancing terjaga dan tak mix dengan orang lain. 

Mandi Air Garam

in , , , by dorsett pink, September 27, 2021

Dah lama tak update blog ni - malas. 

Ada banyak jer cerita yang nak cerita kat blog tapi mood kelaut betul la.. Huhu. Langsung tak ada mood nak menulis. 

Tapi aku hari-hari update cerita aku kat Facebook. Korang follow jer FB page aku : @eyleentravel . Aku siap buat LIVE lagi kat situ. 

Me and Koala

in , , by dorsett pink, September 14, 2021


Kenangan Australia dulu-dulu. 

Ni gambar kat Koala Park, Sydney. 

Koala kat sini semua jinak-jinak. Kita boleh bermesra dengan binatang-binatang kat sini sebab kat sini ialah sanctuary, bukan macam kat zoo. 
 

Sijil Vaksin Dulu dan Sekarang

in , by dorsett pink, September 11, 2021

 Sijil vaksin sebenarnya dah wujud sejak masa pemerintahan Kerajaan Uthmaniyah (Ottoman Empire) lagi. 

Dulu-dulu masa zaman pemerintahan Sultan Suleyman Khan (1520 - 1566) atau nama glamournya Sultan Suleyman Al-Qanuni dah ada wabak penyakit sehingga diisytiharkan sebagai 'PANDEMIK'. Wabak masa tu ialah 'plague'. 

Jalan-Jalan Di Bangi Avenue Convention Centre

in , by dorsett pink, September 09, 2021

Hari tu aku cucuk vaksin kat PPV Bangi Avenue Convention Centre atau orang panggil BACC, yang terletak kat Bangi Avenue, belakang Bandar Seri Putra, Kajang (Bukan Bandar Baru Bangi tau). Tempat ni betul-betul berhadapan dengan Waterpark Bangi Wonderland. 

Sunset at Aonang Beach, Krabi

in , by dorsett pink, September 07, 2021


 Sunset view at Aonang Beach, Krabi, taken by myself few years ago.

Side Effect Second Dose Sinovac

in , by dorsett pink, September 07, 2021

Hari Khamis baru-baru ni (2 September 2021), aku dah dapat Vaksin Dose ke-2 - Vaksin Sinovac kat PPV Bangi Avenue Convention Centre. 

Beli Emas 916 Kat PG Mall

in , by dorsett pink, September 03, 2021

Riangnya Hati Bila Dapat Beli Emas 916 di PG Mall. 

Aku rasa semua orang dah tahu yang PG MALL ni ialah gedung membeli-belah secara online barang kemas yang terbesar kat Malaysia. Kalau korang nak beli emas atas talian ni, PG MALL boleh dipercayai.


Rindu

in , by dorsett pink, September 02, 2021

Only one word could describe what i'm thinking right now - 'RINDU'. 






Books are our travel companion

Rindulah dengan Nasi Lemak Pak Nasser 

Profesion Baru - Jadi Tukang Kebun

in , by dorsett pink, September 01, 2021

Sekarang ni kitaorang kat rumah ni ada hobi baru - berkebun. Tapi aku rasa 'gardening' ni is not my forte - aku tak ada hati la dalam bab ni. hihi. 

En.suami lah suka. Tapi bukanlah serious macam orang lain - hanya sekadar hobi masa lapang. 

Dia start 'berkebun' ni sejak duduk rumah lama dulu. Kata rumah dulu, ada jugak tanah sekangkang kera kat halaman rumah kitaorang. So, kat situ, dia bercucuk tanam serai dan daun pandan. Dua-dua tanaman tu menjadi dengan jayanya. Alhamdulillah!.

Bila nak pindah ke rumah baru, aku cakap kat en.suami, aku pun nak rumah yang ada tanah, tanah ciput pun takpe. Sebab aku suka tengok pokok-pokok yang menghijau. Sedap jer mata memandang bila tengok tumbuhan segar. 

Merdeka Dah 64 Tahun ya?

in , by dorsett pink, September 01, 2021

 Semalam aku tak sempat nak update blog. 

So, hari ni aku update, nak wish korang semua - Selamat Hari Kebangsaan Yang ke-64. 

Selamat Hari Merdeka semua.

Apa makna kemerdekaan?

Merdeka dari penjajah.
Merdeka dari Pemimpin Yang Zalim.
Merdeka dari Penguasa Yang Rakus.
Merdeka dari hutang.
Merdeka dari kesibukan dunia.
Merdeka dari pandangan orang.
Merdeka dari kesusahan.
Merdeka dari kesulitan hidup.
Merdeka dari wabak.

Korang nak merdeka dari apa segi apa?
My top choice is - aku nak merdeka dari wabak pandemik ni.

Harap sangat Pandemik Co. ni cepat berlalu pergi. Supaya kita semua dapat kembali ke kehidupan normal seperti sebelum-sebelum ni.

Selamat Hari Kebangsaan Yang ke-64 semua.


Post sempena Hari Merdeka 3 tahun lepas keluar kat timeline FB semalam. Dinosaur tu pun dah hilang , tu Leeya punya Dinosaur, kakak dia belikan kat Aquaria tahun yang sama.

Leeya sayang giler dengan dinosaur tu. Pergi mana-mana duk bawak jer dinosaur dia sampai lunyai lah dino tu. Bila dah lunyai mommy buang la ๐Ÿ˜….
Sekarang dah umur 3 tahun ni dia langsung tak minat dah dengan dinosaur. Sekarang duk sibuk main doll. So gurl-gurl. Mommy loves it ❤.



Alhamdulillah, hari ni kita dah bebas dari pemerintahan Kerajaan Kleptokrasi. 
Dan aku berdoa semoga Malaysia terus aman dan makmur sentiasa.Amiin

Simple Joy of Life

in , , by dorsett pink, August 30, 2021

www.dorsettpink.com

Simple Joy of Life

Grand Bazaar Istanbul | Pasar Tertua di Dunia Yang Masih Wujud Sehingga Hari Ini.

Kalau pergi Istanbul, tak sah kalau tak pergi ke Grand Bazaar. Sebab Grand Bazaar ni ialah pasar tertua di dunia ni yang telah dibina pada tahun 1455. Dan ia masih lagi beroperasi sehingga ke hari ini. 

Grand Bazaar Istanbul dalam bahasa Turkish dipanggil sebagai 'KapalฤฑรงarลŸฤฑ' yang bermaksud 'Covered Market'.   Kalau 'covered market' ni kira macam shopping mall lah, dan ia terkenal sebagai shopping mall yang tertua di dunia. Kiranya pasar ni dah wujud masa zaman Kerajaan Uthmaniyah lagi. 

Yeayy! Dah Vaksin Dos Pertama Sinovac

in , by dorsett pink, August 24, 2021

 Yeayy! Dah Vaksin Dos Pertama Sinovac.



22 Ogos 2021 hari tu, aku dah berjaya dapatkan dos pertama vaksin Covid-19. Aku dapat Sinovac.

Yeayyy!. 

Bentuk Bantuan Untuk Mangsa Banjir

in , by dorsett pink, August 23, 2021

Bentuk Bantuan Untuk Mangsa Banjir. Bantulah mereka dengan bantuan kewangan a.k.a duit.  

BANJIR SANGAT MENGUJI KESABARAN SESEORANG, TERUTAMANYA DARI ASPEK DUIT. 

Duit memang sangat-sangat diperlukan masa waktu banjir ni. Untuk orang yang berduit, Alhamdulillah masih OK. Tapi untuk mereka yang ada cukup-cukup jer duit, memang musibah ni sangat menguji emosi dan mental sebab nak fikir macam mana nak cari duit.


www.dorsettpink.com

My Mini Studio at Home

in , , by dorsett pink, August 22, 2021



Mini studio atau studio mini kat rumah.

Sebagai blogger boleh dikira 'wajib' ada mini studio kat rumah sebab nak ambik gambar cantik-cantik, especially kalau buat task review produk. Sebabkan client bayar kita, so kita perlulah ambik gambar produk tu cantik-cantik. Sebab tu kira amanah yang diberikan oleh klien kita.

'Obsessed' Dengan Babywearing

in , , by dorsett pink, August 21, 2021

Dulu-dulu masa anak-anak masih baby, aku 'obsessed' sangat dengan Baby Wearing, sampai sanggup lah masuk kelas personal coaching semata-mata untuk belajar pakai babywearing ni. Dan sampai sangguplah invest duit beli kain wrapping baby yang mahal.

TIPS Bersihkan Rumah Selepas Banjir

in , by dorsett pink, August 19, 2021

Semalam Malaysia dikejutkan dengan banjir kilat di Utara Semenanjung Malaysia iaitu di Kedah dan Penang. Tapi tempat yang paling teruk terjejas ialah di Daerah Yan. 

Banjir kat Kedah semalam ialah berpunca dari kepala air dari Gunung Jerai. So, penempatan penduduk di sekitar kaki Gunung Jerai di Yan memang teruk terjejas. 

Aku tengok video-video yang tular semalam, Ya Allah! Teruknya. Kesian sangat. Dengar cerita, ada yang meninggal akibat banjir semalam. Takziah pada keluarga mangsa. Aku berdoa agar semua urusan penduduk yang terlibat di permudahkan Tuhan. 

Kalau bab kepala air ni, memang bahaya - jangan main-main dengan kepala air

Hari Ini Hari Asyura 10 Muharram

in , by dorsett pink, August 19, 2021

Hari Ini Hari Asyura 10 Muharram.


Hari ni umat Islam disunatkan berpuasa. 

Korang puasa tak? 

Alhamdulillah, aku dapat bangun sahur hari ni, so hari ni aku dan en.suami puasa. 

Esok tak tahu la lagi akan puasa ke tak. Tengok macam mana esok. Kalau larat boleh puasa lagi, kalau tak, errrmm. Harap-harapnya aku kuatlah untuk puasa esok. 

Blog Dorsett Pink Berwajah Baru

in , by dorsett pink, August 16, 2021


Korang perasan tak yang Blog Dorsett Pink berwajah baru? 

Rupa lain kan?

Akhirnya Leeya Berjaya 'Wean-Off'

in , , by dorsett pink, August 14, 2021

Akhirnya Leeya Berjaya 'Wean-Off' (Bercerai Susu). 

Leeya dah umur 3 tahun, tahun ni tapi masih jugak duk menyusu lagi. 
Kakak FL dulu umur 2 tahun terus dah wean off. Leeya ni  lambat betul. 

Dah macam-macam cara try nak suruh dia wean-off, dari pakai asam jawa, letak ubat gigi, letak kopi, letak macam-macam lah, semuanya menemui jalan buntu jer. 
Last-last mommy terpaksa redha yang dia masih lagi menepek dengan mommy.

Pertama Kali Makan Durian Musang King. Fuhh!

in , by dorsett pink, August 10, 2021

Secara jujurnya, inilah pertama kali aku makan durian Musang King. 
Orang lain dah selalu dah makan, tapi aku baru nak cuba. Disebabkan aku ni bukan durian-lover, so aku tak kisah sangat pasal durian. 

Orang kata sedap sangat Musang King (MK) ni. So, aku nak try jugaklah rasa betul ke sedap. 

Sebekas ni aku beli harga dia RM 47. 

RM 47 bagi aku yang rakyat marhaen ni agak mahal la. 

Tahniah Dato' AzizulHasni Awang Menangi Pingat Perak

in , by dorsett pink, August 08, 2021

 Tahniah Dato'  AzizulHasni Awang memenangi pingat PERAK dalam acara keirin pagi tadi. 



Akhirnya dapat juga Malaysia bawak balik Pingat Perak dari Sukan Olimpik Tok 2020 tahun ni, tanpa kehadiran Datuk Lee Chong Wei. 

Kalau Datuk Lee Chong Wei ada, InshaAllah kot boleh dapat gold. 

Pingat Perak yang Mr.Pocket Rocket Man ni dapat hari ni pun dah hebat sangat. Bukan senang nak menang pingat kat Sukan Olimpik. 

Public Toilet In Amsterdam

in , , by dorsett pink, August 08, 2021

Rindu nak travel. 

So, hari ni aku upload entri pasal travel untuk mengubati kerinduan untuk melancong. 

Fuhh! Lama betul tak pergi airport. Macam mana lah agaknya rupa airport tu sekarang kan? Mesti sunyi sepi jer. 

So, ni aku nak belanja 1 gambar kat Amsterdam. 


 Ini ialah public toilet di Amsterdam. Nampak macam seram kan. Ni aku shoot dari luar toilet. Nak masuk toilet ni kena bayar 50 sen, kalau convert duit Malaysia jadi lebih kurang dalam RM 2.50.

Rindu Dengan 'Art Class'

in , by dorsett pink, August 07, 2021

Dah lama sangat dah Kakak FL tak pergi kelas art. Last pergi masa Bulan April hari tu. Sejak PKP, memang langsung tak pergi. 

Online class pun Kakak FL tak enrolled. Sebab aku rasa online class yang wajib (yang sekolah buatkan), pun dah banyak. Tambah pulak lagi dengan kelas tambahan math dan english, aku tak syorkan untuk Kakak FL masuk kelas online art ni. 

Lagipun kalau belajar art and craft, Kakak FL ni tak boleh fokus dengan screen, dia mesti nak ada 'engagement' dengan tenaga pengajar, baru dia dapat buat lukisan atau projek kraf tu dengan baik.

I know my daughter very well. Ibu lah katakan.

TIPS Keluar Dari Bebanan Hutang - Amalkan Baca Surah Yassin.

Assalamualaikum guys. 

Hari ni ramai sangat orang terkesan dek kerana PKP yang lama sangat ni.


Ramai orang hilang kerja, tak dapat keluar bekerja , kena potong gaji, malah lagi teruk terus kena kena buang kerja. Untuk yang ada duit simpanan, bolehlah bertenang sikit. Yang ada KWSP pun OK lah boleh jugak tarik nafas lega sikit. Tapi untuk mereka yang tak ada KWSP, fuhhh! Terasa peritnya lah nak hidup. 

Rutin Belajar Kakak FL

in , by dorsett pink, August 02, 2021

 

Selain dari kelas Online yang memang dah wajib hadir samada kelas online Sekolah ataupun kelas tambahan (Math Class and English Class), ini ialah rutin belajar Kakak FL yang dia kena buat kat rumah. 

Banyak kan benda dia kena buat? 

Tapi jangan risau. Kitaorang chill-chill jer. Kakak FL pun enjoy jer. Tak stress-stress. Walaupun nampak banyak, tapi tak semua pun dia buat ๐Ÿ˜†. 

Cuma yang wajib dia buat hanyalah - solat, mengaji al-quran, baca buku jawi, basuh pinggan dan SOLAT (solat 1 waktu jer) dan baca buku Teroka Sains tu. 

Kakak FL Guna Cermin Mata Anti Blue-Light Masa PdPR

in , by dorsett pink, August 02, 2021

Cuti sekolah dah habis dah. Sekarang dah start semula rutin normal waktu PKP ni iaitu  PdPR. Alhamdulillah dapat berehat seminggu hari tu, bestnya dapat tenangkan diri dari kelas online. Mommy yang rasa happy pulak ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š.

Kakak FL pakai  spek mata anti blue-light masa kelas PdPR. Cermin mata tu tak ada power, cermin tu dapat cover mata anak kita dari terkena sinaran cahaya biru directly from screen. 

Banyak sangat screen-time sebenarnya tak elok untuk mata anak-anak. Tapi apa nak buat, dizaman pandemik ni, semuanya bertukar menjadi 'digitalization'. So, nak tak nak, bila sekolah online ni terpaksalah anak-anak tengok gajet lebih banyak dari waktu biasa. 

Siapakah Arkitek Sydney Opera House ?

in , , by dorsett pink, July 26, 2021

 SYDNEY OPERA HOUSE. 

Sydney Opera House ni ialah tempat yang WAJIB kita pergi bila sampai di Sydney , Ausralia. 

Sydney Opera ni ialah panggung teater yang terbesar dan tersohor kat Australia. 

Sydney Opera House ni mula dibina pada 2 March 1959. Dan dirasmikan pada tahun 1973. 

Rekabentuk bangunan ni ialah hasil dari rekaan arkitek yang bernama Jรธrn Utzon yang mengadaptasi 'permukaan sfera' sebagai konsep utama dalam rekaannya. Konsep idea bangunan ni boleh tengok kat gambar terakhir.

Rupanya Artis Pablo Amirul Belajar Kat Brazil

in , by dorsett pink, July 20, 2021

 Korang kenal tak dengan sorang artis ni yang nama dia - Pablo Amirul? 

Di ni kalau berlakon selalu berlakon watak jahat jer. Jaranglah dia berlakon watak baik. 

Aku 'kenal' dia (aku kenal dia kat TV jer, tapi dia tak kenal aku pun) ni dah lama. 

Sejak dia jadi host dalam Rancangan TV pasal HIKING. 

Aku kan dulu kaki hiking. So, memang suka lah tengok cerita-cerita pasal hiking ni. 


Kalau tengok Pablo dalam rancangan hiking tu, nampak macam dia ni memang kaki hikinglah. So, sejak tu aku selalu follow dia kat kaca TV. 

dorsettpink.com Berwajah Baru?

in , , by dorsett pink, July 20, 2021

 Assalamualaikum wbt you all.

Selamat Hari Raya Aidiladha aku ucapkan untuk semua pembaca dorsettpink.com samaada yang aku kenal mahupun aku tak kenal. Walaupun kita tak mengenali antara satu sama lain, tapi aku tetap menghargai korang sebab selalu baca entri-entri aku. 

PV (pageview) aku setiap hari tak kurang dari 1000 pv, ada hari-hari tertentu kadang kala mencanak naik sampai 6000 pv sehari. Walaupun aku tidak menjana sebarang pendapatan dari blog ni, tengok PV macam tu pun aku dah rasa happy sangat sampai terasa berada diawan-awangan.

Terima kasih guys. Walaupun korang tak tinggalkan komen-komen kat entri-entri yang aku tulis ni tapi aku tahu korang membaca setiap entri tu sampai habis. Terima kasih sangat-sangat. Aku hargai sangat-sangat masa korang spend untuk baca blog aku. 

Korang perasan tak template blog aku dah bertukar sekarang? 


Ini templat baru blog dorsettpink.com


Actually, aku bukan sengaja tukarkan ke templat baru ni. Memang langsung tak terlintas kat fikiran aku nak tukar dalam masa terdekat ni. Sebab sekarang aku nak fokuskan kat pembangunan Facebook Page aku dulu. 

Entah macammana lah hari tu aku tertekan butang templat baru ni. Dan zuuuuppppppp - sekelip mata templat terus bertukar menjadi macam ni. 

Sebenarnya, aku godek-godek setting blog aku hari tu sebab nak tukar saiz font. Tetiba saiz font blog aku ni jadi kecik, tak standard macam yang sebelum-sebelum ni. Nak tukar siz font, tetiba tertukar sekali dengan template lain. 

Ambik ko mendapatlah template baru ni yang sangatlah tak best. hahahahha.

Tak best? 

Ye tak best bagi aku. Jujurnya aku lebih suka dengan template lama yang ni ↓. 


Template ni aku upah designer untuk set up. Sebab aku sangat tak suka nak godek-godek template ni. Not my forte la. Aku suka menulis jer. I'm not IT savvy. 

Sebab apa aku tak suka dengan template sekarang? Sebab tak ada bloglist kat sidebar tu. So, aku tak dapat nak baca blog kawan-kawan yang selama ni aku selalu blogwalking (aku selalu BW, tapi kadang tak komen). huhu. Sedih aku.

Kalau nak suruh aku taip satu-satu url blog, manalah aku ingat. Dulu pun aku main klik-klik jer. Sabar jer lah DP.

Dan bila templat blog tetiba bertukar, aku terpaksa la keluarkan bajet lagi untuk buat yang baru, yang cantik mengikut kehendak aku. 

Tapi memandangkan sekarang ni, ekonomi tak OK. En.suami aku pun tak bergaji sekarang dek kerana PKP. Jadi, aku terpaksa tangguhkan dulu hasrat hati untuk tukar template baru. Templat blog ni bukan satu keperluan lagi buat masa sekarang. Sekarang ni kita fikir untuk survive dulu. Duit yang ada ni lebih baik simpan untuk beli makanan dan bayar segala bil. Sebab kita pun tak tahu bilakah PKP ni akan berakhir. 

Aku harap cepatlah aku dapat tukar blog baru nanti.

Terima kasih korang kerna sudi membaca entri aku yang panjang lebar ni. Korang memang awesome lah.

P/S : Kalau nak Royal Floss Serunding, boleh whatsapp aku kat nombor ni - 
011-6225 3899  ๐Ÿ˜ค. Dan jangan lupa follow aku kat Facebook Page aku - @eyleentravel .

Hari Raya Qorban

in , by dorsett pink, July 20, 2021


Selamat hari Raya Aidiladha buat semua pembaca dorsettpink.com. 

Walaupun tahun ni kita tak dapat balik kampung, tapi jangan bersedih. Tak lama lagi kita semua boleh balik. 

Hanya berdoa jer agar virus Covid19 ni berlalu pergi.

Hari yang baik ni, jomlah kita sama-sama berdoa agar kita masih lagi diberikan nyawa untuk menikmati aidiladha di tahun depan dan agar seluruh ahli keluarga kita dijauhi dari virus Covid19. 

Jaga SOP baik-baik ya guys.  

P/S : Jom follow DP kat facebook di Facebook Page - @eyleentravel =)).

St.Kilda, Melbourne, Australia

in , , by dorsett pink, July 18, 2021

St.Kilda ni ialah pantai yang sangat popular kat Melbourne. Terletak di dalam bandar Melbourne sendiri.

Kalau waktu maghrib atau malam (bila hari dah gelap), akan ada peguin naik ke daratan berduyun-duyun.

Sunset kat St.Kilda Beach


Ni aku dukung Kakak FL masa dia umur 4 bulan , 7 tahun dulu.


Saya tak ada gambar peguin. Sayang sangat,terlepas peluang berjumpa dengan penguin sebab kami balik awal sebab rushing nak beli grocery kat supermarket.

P/S : Gambar ni saya snap sendiri guna compact kamera masa tu.

'Burnt Out' Dengan PdPR

in , , , , by dorsett pink, July 11, 2021

'Burnt Out' Dengan PdPR.

2 minggu lepas, aku agak 'burnt out' dengan situasi sekarang. 

Aku lemas. Lemas duk asyik berkurung kat rumah jer. 

Aku jadi stress. Stress dan penat. Penat otak.

Stress sebab hari-hari aku kena buat benda yang sama jer setiap hari. 

Rutin harian aku - kemas rumah | masak | kemas dapur | uruskan baju-baju | uruskan anak-anak | ajar anak mengaji | ajar anak subjek akademik | pantau anak buat home work - dan rutin tu berulang dan ulang dan ulang setiap hari. 

En.suami aku busy dengan urusan kerja dia. Masa PKP ni, dia punya sibuk tu lagi dahsyat berbanding dengan hari-hari biasa. Pagi petang siang malam meeting online, habis meeting bar boleh buat kerja-kerja lain. Dan setiap hari sejak PKP hari dia stay up menjadi burung hantu. 

Seab bila siang penuh dengan meeting. So, malam masa orang tidur jer la dia ada masa untuk buat kerja dia sendiri macam bua report, buat slide pembentangan, buat assingment, buat kertas kerja dan lain-lain. 

Assingment? Ya. Sebab en.suami aku pun sekarang sambung belajar buat short course. Dulu-dulu masa aku sambung belajar, dia bagi peluang untuk support aku. So, sekarang bila aku dah habis belajar, dia pulak sambung belajar. 

Dia dah ada PhD dan post-doctorate (Post-Doctorate ialah level selepas tamat PhD, tapi kat Malaysia tak famous sangat la). Dan sekarang dia buat short-course (ambik sijil jer) untuk tingkatkan ilmu pengetahun dalam bidang kerja dia. Dia jenis yang suka belajar , sama macam aku. So, aku faham. Orang macam kami ni, memang jenis suka belajar. Sekarang aku tengok anak-anak pulak yang mewarisi minat ni especially Kakak FL. 

Berbalik pada cerita aku, bila dah setiap hari buat rutin yang sama jer, dan hanya perlu duduk rumah. Aku jadi stress. Aku ni kan jenis suka berjalan. 

Kalau dulu sebelum PKP, setiap weekend mesti kitaorang akan berjalan ke sana -ke sini. Paling malas pun mesti akan pergi shopping mall window shopping.

So, bila duk melekat kat rumah ni jer, aku tak bisa duduk macam ni. 

Tapi apa boleh buat. Hadap jer lah.

So, sebab tu aku tak hairan , makin ramai orang yang depress sekarang kat luar sana. 

Untuk orang yang normal , perkara ni (PKP lama-lama) tak jadi masalah. Tapi untuk kebanyakkan orang lain PKP memang bermasalah. Tambahan pulak sekarang, ramai yang tak boleh nak keluar pergi bekerja - hilang mata pencarian. Kesian mereka. 

Bila dah stress, aku pendam jer. Aku cuba bersabar. Mendidik diri untuk bersabar. Lama-lama aku jadi burnt out. Rasanya sebab aku tak ada 'me-time' bila PKP ni. Sebab tu lah burnt-out kot.

Frankly speaking, aku burnt out dengan PdPR. 

Sebabnya sepanjang PdPR berlangsung (kelas online) aku kena duduk kat sebelah Kakak FL. Sebab dia tak boleh nak catch up apa yang cikgu cakap atau tak faham, dia tak faham. Pastu, akulah yang kena ajar balik kat dia satu-satu. So, bila waktu pagi (waktu PdPR), masa aku separuh hari dah tak gone. 

Petang pulak, Kakak FL kena buat homework, so aku nak kena ajar dia satu-satu dulu sebelum aku lepaskan dia buat homework. Kalau tak ajar, dia langsung tak tahu. Maksudnya aku kena jadi cikgu. 

Sebab apa aku kena ajar dia? Sebabnya silibus Darjah 1 sekarang Bapak Punya Susah. Bukan macam level Darjah 1 aku belajar dulu-dulu. Kalau aku tak ajar dia, alamaknya tercicir anak aku dalam pelajaran. Awatlah KPM buat silibus susah-susah macam ni? Kesian kat budak-budak nak kena perah otak. Dah macam diaorang nak ambik SPM pulak. 

Aku terfikir. Ini aku yang ada phd pun dah rasa susah dengan silibus ni. Pastu aku pulak yang nak kena study dulu, pastu baru boleh ajar anak aku. Kalau aku tak study dulu, macam mana aku nak ajar anak. Kan? 

Macam mana erk dengan ibu-ibu yang tak belajar tinggi? Mampu ke mereka nak ajar anak-anak mereka? Dah la dengan kekangan kemudahan gajet lagi, kekangan data internet lagi, kekangan aksess internet kat kampung -kampung dan kawasan pedalaman sana. 

Huhuhu. Sedih aku bila kenangkan anak-anak kecik kat kampung-kampung. Mereka terus tertinggal dalam pendidikan. Nanti bila masuk ke Tahun 2 atau Tahun 3, silibus lagi susah. Boleh ke diaorang catch-up? Last-last, mereka hilang minat untuk belajar sebab bagi mereka 'belajar ni susah'. Sebenarnya belajar ni tak susah pun. Belajar tu fun. Tapi cuma silibus tu jer yang buatkan belajar tu susah. 

Tak boleh ke KPM rombak balik silibus sekarang? Tak payah lah nak kejar KBAT sangat. 

Yang duk ber-KBAT-KBAT tu bagi menteri-menteri jer la. Untuk budak-budak yang baru mengenal dunia ni, bagi diaorang belajar yang senang-senang jer. Bagi diaorang rasa 'sekolah tu seronok, belajar tu seronok'. Tak payahlah nak letak harapan tinggi-tinggi - nak jadikan anak-anak Malaysia anak-anak PAING BIJAK DI DUNIA. Sebab mereka semua pun dah memang bijak. 

Bagilah silibus yang senang-senang jer untuk budak-budak sekolah ni. Bagi diaorang kuasai 3M dulu - MEMBACA, MENGIRA DAN MENULIS.

Wahai KPM, dengarlah luahan isi hati rakyat ni. Sampai bila lagi nak tunggu. Nak semuanya perfect baru nak fikir? Masa tu dah terlambat. Kesian anak-anak miskin kat kampung-kampung tu (even kat bandar pun ramai jugak anak-anak miskin). 


Itu jer lah yang aku nak luahkan hari ni. Aku doakan semoga virus Covid 19 ni cepat-cepat terhapus. Korang ambik vaksin k. Supaya kita bebas hidup normal macam negara-negara lain seperti Taiwan, United Kingdom, Brunei , Singapore dan lain-lain. 

Pada yang terkesan, banyakkan bersabar. Allah tengah uji kita sekarang. Banykkan buat solat tahajud dan baca surah Yassin setiap hari.

Akhir kata, terima kasih guys sebab sudi membaca entri ni sampai habis. Assalamualaikum guys. 


Facebook Page - @eyleentravel

Istanbul Di Waktu Malam

in , , by dorsett pink, July 09, 2021

Ini dia keadaan di malam hari di Istanbul, Turki. 

Dah lama kan tak travel, so aku buat entri #throwback  jer lah sebab aku pun tak pernah cerita pasal travel story aku ke Istanbul dulu-dulu kat blog ni. 

Ni aku korek-korek la balik gambar-gambar lama kat dalam laptop aku ni. 

Harapnya cepatlah covid ni berlalu pergi. Dah lama sangat ni berkurung dalam rumah ni. Dah bosan dah aku. Anak-anak pun dah bosan sangat duduk rumah langsung tak boleh nak keluar. 











 

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE