Ini dia panduan untuk korang buat resume yang terbaik untuk mencari kerja nanti. Yang penting resume terbaik ialah kena simple dan padat, bukannya kena tulis essay panjang-panjang berjela-jela macam tulis tesis ok. PANDUAN MENYEDIAKAN RESUME TERBAIK.
OK guys, hari ni aku nak share dengan korang yang tengah menanti-menanti kerja idaman, aku nak TIPS dan cara-cara nak dapat jawatan kosong kerja kerajaan untuk diterima oleh SPA sebagai penjawat awam. SPA tu ialah nama ringkas bagi Suruhanjaya Perkhidmatan AWAM. SPA lah yang bertanggungjawab untuk mencari pekerja-pekerja baru bagi semua jawatan di dalam kerajaan.
Aku dulu pernah kerja kerajaan. Kerja jadi Pegawai Perancang Bandar, Gred J41.
Cita-cita aku yang sebenarnya ialah nak menjadi usahawan. Tapi sebelum jadi usahawan, aku nak belajar buat PhD dulu, ak dapatkan Sijil Doktor Falsafah dulu, then lepas tu baru aku nak proceed jadi businesswoman. Memang langsung tak ada impian nak kerja sebagai penjawat awam.
Tapi tak disangka, aku dapat tawaran jadi penjawat awam. So, aku grab lah rezeki masa tu sebab memang betul-betul nak gunakan duit masa tu. Dengan harapan, aku akan berhenti kerja selepas 3 bulan. Tup-tup aku berjaya kerja kat Jabatan Kerajaan tu sampai 4 tahun, then lepas tu baru aku resign.
4 tahun tak lah lama sangat kerja tu. Walaupun tak lama, cukup buatkan aku rasa menyesal bekerja sebagai penjawat awam tu.
