KOnvokesyen Tamat TADIKA

in , by dorsett pink, December 28, 2020

 Banyak benda nak update, tapi mood kelaut tambah pulak dengan kesuntukan masa. huhu.. Memang tak terupdate blog ni. Berhabuk!.. Memang aa tanda-tanda nak bersara ni 😅.

******************************************************************

Hari tu Kakak FL konvo di tadika dia. Dia belajar kat TADIKA PASTI. Alhamdulillah ada konvokesyen tahun ni. Acara ni ialah perayaan untuk meraikan anak-anak tamat tadika. 

Konvo hari tu dibuat secara tertutup je kat PASTI dia belajar. Parents tak boleh join, sebab SOP penjarakan sosial. So, acara konvo dilangsungkan secara online , parents boleh tengok kat FB LIVE. 




 
So, semua gambar yang mommy ambik ni ialah kat Umah. Tak ada langsung gambar masa acara berlangsung.

Bila tiba waktu konvo ni, mommy yang sedih dan sebak. Rasa sekejap jer masa berlalu. Dulu ingat lagi hari pertama Kakka FL masuk tadika masa umur 4 tahun. Ni tup-tup dah tamat tadika. Pastu next year , bulan depam dah masuk Darjah 1. Wahh! Kejap nya. 

Kalau mommy tak coretkan kenangan ni kat sini, tak adalah catatan memori masa zaman kanak-kanak Kakak FL. Ini waktu yang sangat-sangat manis untuk kita abadikan. Zaman kanak-kanak ni sekali jer seumur hidup. Dan konvo ni pun sekali jer seumur hidup. 


Masa hari tu, Kakak FL dapat banyak hadiah, Tadika bagi. Dan salah satu hadiahnya ialah - duit tunai RM 100 pihak sekolah Kakak FL bagi kat semua orang. Waahahhh! Rezeki tak terduga.

Dia pun tak sangka dapat 'duit raya'. Bila mommy tanya Kakak nak buat apa dengan duit ni? Dia cakap 'Kakak nak sedekah, sebab kakak nak Allah bagi lagi banyak duit kat kakak'.😅.

Ya Allah! Sebak mommy dengar. Terkejut mommy. Tak sangka itu jawapan dari kakak - nak sedekah. 

Dia suruh mommy yang uruskan duit sedekah dia tu. OK, nanti mommy sedekahkan ya sayang. 



Scandinavian Home Decor

in , , by dorsett pink, December 11, 2020

Susah betul aku nak update blog sekarang. Mood ke laut masin sungguh! 

Dah ada tanda-tanda nak bersara dari duni blog ni =((.

OK, ini aku nak share pasal Konsep Scandinavian untuk hias rumah.

Ini semua gambar-gambar yang aku shoot sendiri kat Eco Majestic House, kat Semenyih. 

Beberapa minggu lalu, aku sekeluarga bersama en.suami dan anak-anak ke Eco Majestic. Saja jalan-jalan mengisi masa lapang. Al-maklumlah dah lama sangat duduk rumah dek kerna PKPB. So kami semua keluar jalan-jalan tengok rumah. Nak pergi Mall tak berani sebab ada anak kecik,kami tak nak ambik risiko. So, pergilah melawat show room 😊. 

So, ini aku share gambar-gambar home decor di show room Eco Majestic untuk tatapan dan rujukan kita bersama. Bolehlah cedok idea decor rumah dari sini kan.













 

Untuk TIPS dan IDEA nak organize rumah , jom tengok kat Instagram LuvSusun - www.instagram.com/LuvSusun

Jangan Berkahwin Dengan Lelaki Kedekut!

in , by dorsett pink, December 03, 2020

 Dah lama tak menulis. Hari ni rasa nak menulis. Rindu kat blog ni, tak terupdate. Kakak Fl tak sihat, so mommy kena bagi attention kat dia. 

Hari ni aku nak cerita pasal 'Boyfriend Kedekut'. 

Ternampak ada orang post kat FB pasal Lelaki a.k.a suami kedekut. 

Sebelum aku kahwin dulu, aku ada lah beberapa orang boyfriend. Satu BF dalam 1 masa. Bila bercinta , pastu putus. Pastu bercinta dengan orang lain pulak, pastu putus. Pastu dengan orang lain pulak, pastu putus sampailah aku berjumpa dengan soulmate aku iaitu jodoh aku yang sebetulnya. Penat sebenarnya perjalanan nak mencari pasangan hidup yang betul-betul serasi dengan kita dan sanggup menerima kita seadanya. 

Back to main topic. 

Aku pernah bercinta dengan lelaki kedekut. Kedekut tahi hidung masin. Kedekut sampai dia ni boleh dikategorikan sebagai 'pisau cukur'. Mula-mula berkawan tu dah nampak perangai dia, tapi aku bersabar, kot-kot satu hari nanti dia akan berubah. Tapi last-last tetap sama jugak dan buatkan aku ambik keputusan untuk break-up. Tapi sebenarnya break-up tu sebab ada masalah yang lagi besar iaitu - si dia ni tak percaya kat ALLAH. Dia ni kira macam FREE THINKER. Dia orang Islam atas IC, tapi dia tak solat dan tak percaya Allah. Dia siap cakap lagi yang dia kata - 'nanti i mati i masuk neraka, so i tak kisah'. Fuhh! BERANI GILER pengakuan dia tu. 

Hold dulu cerita pasal soal akidah tu. Nanti aku cerita kat entri lain kalau aku rajin. hahahhaa. 

Sekarang aku nak cerita pasal sifat kedekut dia . 


Dia ni kedekut, tapi lifestyle dia mewah. Boleh kata hampir setiap hari dia makan yang mahal-mahal. Sebab bagi dia - dia anak orang kaya. So dah terbiasa dengan lifestyle 'have-have' ni - acah-acah jer. (Tapi, sebenarnya, tak lah kaya sangat pun).

Makan-makan tu, Siapa yang bayar? Kebanyakkannya, aku la yang jadi mangsa kena bayar. Hari-hari makan Sushi King, hari-hari pergi The Curve (kitaorang suka lepak kat area Damansara, sebab aku duk situ dulu), hari-hari makan Dunkin Donut, Big Apple, dan segala yang seangkatan. 

Dia punya trick ialah - ajak aku pergi makan kat restoren tu, pastu dia order je apa yang dia nak makan. Aku ingatkan dia yang belanja. Lepas makan, dia suruh aku pergi bayar. Mati-mati aku ingatkan dia yang belanja. 

Bukan sekali dua tapi banyak kali jadi macam tu. Siapa yang bodoh? Aku la yang bodoh. Sebab kerana sayang, aku ikut.

Pastu dia minta aku belikan apa-apa (through phone call), aku pun belikanlah. Then, lepas dah bagi pada dia, dengan selamber nya dia buat dek jer tanpa bayar apa-apa.

Ada hari aku minta dia bayar balik kat aku - end up, kitaorang akan bergaduh.

Lepas tu dia kata, 'OK, esok I bayar'. Tapi nan-hado.

Pernah juga dia kata 'I ganti balik duit you nanti, tapi nan-hado'. Last-last sampai dah break-up pun, dia masih ada hutang berbaki dengan aku lebih kurang dalam RM 2k. Sampai sekarang tak bayar-bayar. 

Dn paling teruk, dia suruh aku tukar kereta - pakai Cambry. Masa tu aku pakai Myvi. Aku selesa dengan Myvi aku, kecik molek jer tapi sangat berjasa Myvi tu kat aku. Setiap bulan aku bayar MyVi tu dalam RM 550.

Dia suruh tukar dia kata duit ansuran MyVi yang aku bayar tu 'MAHAL' sangat, patutnya kereta Malaysia, bayar murah jer la. Sebenarnya sebab dia nak bawak Cambry, sebab adik dia teringin nak paka Cambry. Tapi kenapa tak beli sendiri??? 

Last-last aku break-up, so tak sempat beli Cambry. Nanti kalau andaikata terbeli Cambry tu, confirm Cambry tu jadi macam hakmilik dia. 

So, siapa yang bodoh?? Akulah yang bodoh!. Sebab percaya kat dia bulat-bulat. 

Dia pernh cakap, nanti bila kami kahwin, dia nak kitaorang pergi honeymoon kat Tahiti Island. Tahiti Island tu kat U.S. Aku dah boleh agak, andai kata kalau kitaorang jadi ebrkahwin, aku lah yang kena belanja duit semua untuk pergi honeymoon tu. (Nasib baik tak jadi kahwin!). 

Kalau ikutkan bergaduh, banyak kali lah aku bergaduh ngan dia sebab duit. Duit aku hujung bulan tak cukup. Habis! Last-last aku kena ikat perut makan maggi. 

Aku fikir, sebelum kahwin pun bergaduh bagai bab duit, nanti kalau lepas kahwin, lagilah bergaduh.

Dia sampai nak tahu dalam akaun aku ada berapa duit. Punyalah sayang dan percaya aku pun tunjuk lah duit dalam akaun aku. Sejak tu, dia banyak lah nak 'paw' aku macam-macam. 

Contohnya, macam kitaorang pernah bergaduh sebab dia suruh aku belikan Laptop 'VAIO' untuk adik dia. Masa tu Laptop SONY VAIO sangat-sangat famous. Sebab dia kata adik dia nak sangat Vaio  tu, so sebagai abang yang sangat bertanggungjawab, dia nak lah belikan untuk adik dia. Then, aku cakap 'kalau nak beli, belilah guna duit sendiri'. Masa tu kat kedai Sony, kat PJ. Pastu terus kitaorang bergaduh, dia tak puas hati. Since then, dia tak cakap lagi pasal VAIO.

Sejak itu, aku pun percaya yang kata orang tua-tua, kalau kita berkahwin, kena ada 'secret account', dan jangan bagitau pada suami tentang secret accoun kita tu, sebab secret account tu akan menjadi penyelamat kita jika berlaku apa-apa. 

Ada sorang kawan aku (dah berusia, anak dah besar -wanita), dia nasihatkan aku:

- kalau orang tu kedekut sebelum berkahwin, lepas kahwin dia jadi lagi kedekut.

-kalau sebelum kahwin, dia panas baran, selepas kahwin dia lagi panas baran. 

- kalau sebelum kahwin pemalas, nanti lepas kahwin dia lagi pemalas.

Sebab sebelum kahwin kita cuma kenal orang tu 10% jer, lagi 90% kita tak tahu perangai dia, bila dah berkahwin baru akan kenal 200%.


Sekarang bila teringat balik, Nasib baik aku tak kahwin dengan dia. Kalau tak, sekarang mungkin aku dah naik-turun mahkamah sebab kes bercerai 😆. Syukur sekarang aku dapat suami yang sangat bertanggungjawab dan pemurah.


SO, moral of the story untuk orang-orang bujang yang masih mencari pasangan hidup, masa first date tu tengok, siapa yang bayarkan makan/minum. Kalau wanita kena bayar, tinggalkan jer. Ramai lagi orang yang lebih baik diluar sana. 


*peace

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE