Kesan Sampingan Vaksin Astrazeneca 1st Dose

in , , by dorsett pink, May 27, 2021

 Kesan Sampingan Vaksin Astrazeneca 1st Dose .

Semalam kan orang semua duk battle berebut nak register untuk dapatkan vaksin Astrazeneca kan. Sampai down lah server tu. Ye lah, serentak sekali 33 juta orang rakyat Malaysia duk hadap website tu, manalah tak jammed. 

Mungkin lepas ni, pihak MOSTI boleh fikirkan cara yang lebih baik dan lebih bagus untuk permohonan vaksin ni. Alhamdulillah! Dah ramai rakyat Malaysia sedar akan kepentingan vaksin ni. 

En.suami aku dah dapat vaksin Astrazeneca ni first dose sebelum Hari Raya hari tu. Dia apply masa first batch hari tu. Ni tengah tunggu 2nd dose pulak, katanya lepas 3 bulan. So, ni aku nak cerita pasal kesan sampingan yang dia dapat lepas kena vaksin. Setiap orang punya kesan sampingan yang berbeza -  tak sama. So, jangan expect kita semua akan dapat kesan yang sama. 


*****************************************************

Masa hari dapat vaksin tu, dia cakap smooth jer. Tak lama pun tunggu, sebab datang on-time pada waktu temujanji yang ditetapkan. Tak ramai pun dia kata sebab masing-masing dah ada waktu khas yang ditetapkan. 

Lepas en.suami cucuk tu, (Hari pertama) dia OK jer. Siap boleh keluar shopping beli barang rumah lagi. Tapi kami dah beli siap-siap panadol untuk standby takut demam. 

Hari ke-2 : Dia mula rasa tak sedap badan. Badan dan sendi-sendi jadi lenguh. Badan pun tak bermaya. So dia mampu rehat jer sepanjang hari. Langsung tak boleh buat kerja - nak bagi badan rest betul-betul. So, dia baring dan tidur jer sepanjang hari. Makan pun tak selera. Tapi tak demam tau. 

Hari ke-3 : Dia dah kembali normal macam sedia kala. Dah tak sakit-sakit badan. Tapi tak keluar rumah, berehat jer dalam rumah , supaya badan dapat rehat sepenuhnya. 

Hari ke-4 sehingga hari ni : Semuanya OK macam biasa. Langsung tak demam dan tak selsema atau batuk. OK Sihat jer. 

ALHAMDULILLAH! Everything was OK. Nanti aku update pulak lepas dapat 2nd dose nanti. 

Vaksin Covid19 Beracun?

by dorsett pink, May 27, 2021





πŸ˜†πŸ˜† Mak Teh oh! Mak Teh... 



TIPS Nak Cantik Masa PKP

in , by dorsett pink, May 25, 2021

TIPS Nak Cantik Masa PKP
Sekarang ni PKP. Kes Covid19 makin menggila. Janganlah kluar rumah guys. 

Tak dinafikan ada yang stress duduk rumah. Aku masa PKP 1.0 tahun lepas pun stress jer - stress sebab langsung tak boleh kluar rumah. 

Nak buat macam mana kan tak boleh nak kluar rumah. Kita ikut jer arahan demi kebaikan diri sendiri. 

Tapi walaupun duduk rumah, kita tetap kena jaga kesihatan. Dan jaga kecantikan. Duduk rumah pun nak jugak kulit cantik kan?

Nak pergi salon sekarang tak boleh, so jagalah kulit sendiri kat rumah - buat facial sendiri kat rumah. 


Aku guna masker ni - dari Body Shop. 


Mask ni aku dapat free gift dari Body Shop, hari tu ada beli perfume kat Body Shop, dapat free gift Masker ni. Rugilah kalau tak guna kan. 

Biasanya aku guna masker yang topeng tu - beli kat drug store. Tapi memandangkan sekarang ni ada masker Body Shop ni guna yang ni lah sampai habis. Best jugak. Rasa dia - ada beras. Lepas ni kalau habis, boleh beli sendiri.

Bila duduk rumah ni, memang hari-harilah pakai masker. 

Nak cantik kan , buat jer lah rutin ni hari-hari. Tak susah pun, lepas basuh muka guna cleanser, terus pakai masker ni. Lepas 10 minit, rinse dan pakai toner dan moisturizer macam biasa. 
 

OOTD Hari Raya 2021

in , , by dorsett pink, May 23, 2021

Ini gambar hari raya hari tu. Actually Hari Raya pertama pakai baju warna hitam tapi gambar ambil kat handphone, handphone problem tak dapat transfer gambar semua masuk laptop. So, tak dapatlah nak post gambar-gambar tu kat blog. huhu. 

Yang ada ni gambar OOTD Raya Ke-2 sebab guna kamera betul, bukan kamera handphone. 

Raya ke-2 kami pakai warna ni. Tak tahulah ni warna apa, tapi en.suami nak colour seakan-akan warna Champagne. Pergi JAKEL, ini je lah warna yang paling dengan dengan warna Champagne. 

Ini jer gambar Hari Raya pertama yang boleh dipost kat blog ni. sorry guys. Handphone aku buat hal pulak. huhu. 

Klasik snagat bergambar kat tepi sungai πŸ˜†.



En.suami jadi photograher sebab kali ni tak ada tripod. hahahha. Takpe, gambar kami berempat hanya masuk dalam photo album personal jer (bukan untuk tontonan umum 😊).


Baju - JAKEL.
Tudung - ARIANI.

 

Hadiah Hari Guru

in , by dorsett pink, May 21, 2021

HADIAH HARI GURU.
 
Hari Guru hari tu 16 Mei 2021, semua duduk kat rumah - sekolah tutup.

So, tahun ni tak ada sambutan hari guru. 

Selamat Hari Guru untuk semua guru-guru di Malaysia walaupun hanya menjadi guru di rumah. 


Masa Menteri umumkan sekolah akan dilaksanakan secara PDpR hari tu, aku cepat-cepat siapkan Hadiah Untuk Cikgu Kelas Kakak FL.


Ini jer yang aku mampu fikir untuk Hadiah Hari Guru hari tu, sebab dalam keadaan kelam-kabut, nak cepat. Hari ni siapkan hadiah ni, petang tu terus Menteri umumkan kena pdpr. So, esokkannya Kakak FL terus bawak pergi sekolah untuk beri kat Cikgu. Andaikata kalau hari tu Kakak FL tak bawak pergi sekolah, memang tak sempat pun nak pass pada cikgu. 




Inilah isi kandungan kotak hadiah ni - coklat. 


Aku beli kotak hadiah tu kat kedai hadiah / kedai party birthday, beli sekali dengan kad ucapan.
 Dan coklat tu beli kat Speedmart dan Elews Mart. 

First time jugak aku rasa Kit Kat GOLD tu - sedap rupanya. Tak macam rasa KIt Kat merah biasa tu, yang Gold ni lagi sedap , macam ada rasa milky creamy sikit-sikit.

Aku harap cikgu-cikgu Kakak FL suka lah dengan pemberian yang kecik ni. 

Apalah sangat pemberian ni dengan jasa dan budi baik cikgu-cikgu semua mendidik anak-anak aku, tak ternilai jasa mereka. Aku harap diaorang happy, bila cikgu happy , secara tak langsung diaorang akan doakan yang baik-baik untuk anak kita. Itu yang penting tu - doa GURU tiada hisab. 

Walaupun anak kita tak pandai mana (macam aku dulu), tapi kerana doa seorang guru, ilmu tu sangat berkat dan mampu buatkan anak-anak berjaya suatu masa nanti. InshaAllah!. 

Seboleh mungkin jagalah hubungan baik dengan cikgu-cikgu. Itulah pesan yang aku sellau cakap kat Kakak FL. Berkat doa Guru tu tak ternilai dengan wang ringgit. 

Akhir kata, Selamat Hari Guru untuk Guru-Guru di Malaysia dan di mana jua korang berada.

 

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2021

in , by dorsett pink, May 20, 2021

Assalamualaikum guys. 


 Rasanya belum terlambat nak ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri kat korang semua. Sorry lambat update. 

Fuhh! Mencabar betul sekarang nak update blog.

Rasanya nak kena tukar interface blog ni , nak kena tukar 'baju' kot, baru lebih bersemangat sikit nak update. 

Macam semua orang, tahun ni tak beraya - duduk rumah jer. 

Lagipun aku memang tak ada mood raya langsung tahun ni. Sedih tengok Umat Islam kat Palestin nun. Walaupun aku tak duduk sana dan tak de sorang pun saudara -mara teredekat duduk sana, tapi aku tersentuh la jugak tengok nasib Umat Islam kat sana. Hari-hari bilangan shuhada makin meningkat. Tapi takpelah, Syurga dah tersedia untuk mereka. Kita yang hidup ni masih lagi tak tahu samaada dapat syurga ke neraka. 

Well... cerita di hari raya - sama jer la macam korang semua. 

Bangun tidur - makan- OOTD - Netflix sampai malam - main bunga api- tido. hahahha. 

Juadah Hari Raya yang sama setiap tahun - wajib ada lemang, serunding (kitaorang memang makan Serunding Royal Floss jer dah bertahun-tahun) dan satey.


Ni gambar raya kedua. 


Nantilah aku up entri gambar OOTD penuh Raya Pertama dan Raya Kedua. Nanti panjang pulak entri ni, korang pun penat nak baca. 

So, aku stop kat sini dulu k. 

Selamat Hari Raya Aidilfitri guys. 

Jangan keluar rumah kalau tak ada apa-apa yang penting. Jaga SOP betul-betul, jangan langgar SOP, nanti kita jugak yang susah. Hospital dah penuh tu, nanti kalau kita sakit, silap haribulan terpaksa bentang toto atas lantai hospital jer. SO, bettter jaga diri elok-elok. 

Terima kasih Semua sudi baca Blog dorsettpink.com. 

Love Notes For Mommy

in , , by dorsett pink, May 01, 2021

Hye Guys. 

Dah masuk Bulan Mei ni. Dah dekat dah hari raya.
Macam mana dengan puasa korang ok?
Dah nak dekat Lailatul Qadar ni, so moh ler kita prepare diri untuk sambut Lailaturqadar. 

Persiapan raya pulak macam mana? 
Korang dah beli baju raya?
Dah beli kuih raya?
Dah siap buat checklist untuk juadah Hari Raya nanti?
Kalau belum ada serunding, moh ler beli ngan aku Royal Floss Serunding 😊.
Korang boleh call aku atau whatsapp - 011-6225 3899. 

So, ni aku nak cerita pasal 'LOVE NOTES'.
Teruja tau aku setiap kali dapat surat dari anak kesayangan.

Kakak FL ni suka bagi mommy surat. Selalu. Selalu sangat. 
Tapi ada jugak sebulan langsung tak 'kirim' khabar berita πŸ˜….

Inilah salah satu isi kandungan surat tu.


Dia suka bagi mommy 'Surat Cinta - Surat Kasih Sayang' πŸ˜….
Isikandungan surat menyatakan 'Leena sayang mommy'.. WOW So sweet anak ku. 
Mommy teruja dan excited dan happy sangat bila baca Love Notes tu semua.


Maafkanlah salah ejaan tu. Vocabulary dia masih lagi lemah. But, it's ok. She's trying so hard to express her love😊.

Tak cukup dengan tulisan, dia siap bagi mommy hadiah lagi. Nantilah aku cerita pasal hadiah tu kalau aku rajin dan ada mood. hahahha. 
Pastu suka peluk dan kiss mommy. 
Sekarang malam-malam tidur pun masih peluk mommy lagi. 

Tapi kenangan ni semua akan berakhir jugak nanti, dan hanya tinggal sebagai kenangan. 

Selagi masih bersama ni, kita hargai sepuasnya and cherish this momment together. 

Nanti bila dia masuk asrama, mommy la yang paling sedih. huhu.

Dia selalu cakap dia sayang mommy. Sayang Abah. Sayang Leeya. Tapi kat mommy lah paling banyak.
hahahhhahaha. Of coz la kan, dah mommy yang mengandungkan dia dan berhempas pulas meneran kat dalam labour room dulu πŸ˜…. 

Leeya tak pandai lagi nak tulis-tulis ni.

Nanti bila dah pandai, harapnya dapat jugaklah jadi orang yang sweet macam si kakak 😊 .

Thank you everyone for reading 😊. Selamat berbuka puasa. 


 

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE