Hiking Bukit Kemensah - Air Terjun Sofea Jane.

Hari Sabtu 2 minggu lepas aku dan anak-anak pergi hiking ke Bukit Kemensah, dengan matlamat untuk ke Air Terjun Sofea Jane atau nama sebenarnya Air Terjun Kubang Gajah, Kampung Kemensah, Ulu Klang atau Jeram Kubang Gajah.

Aku pergi berempat jer - aku dan anak-anak 3 orang. En.Suami aku tak pergi sebab dia memang tak suka hiking sejak azali lagi.

Aku hiking ni ditemani oleh guide, Malim Gunung. Actually aku join Program HiKids (Hiro Hiking Kids) yang dianjurkan oleh Team Hiro Hikers. Korang search je kat Instagram - Hiro Hikers. 

Sepatutnya yang join trip ni ada 2 family, tapi masa hari kejadian family 1 lagi tak dapat join sebab anak-anaknya demam. Jadi, aku jer lah satu-satunya family yang Malim Gunung HiKids kena handle. OK lah, dapatlah layanan VIP. hahaha.


Tak ada lah VIP, cumanya hal keselamatan kita dipantau dan perhatikan sepenuhnya oleh Guide.


Hiking Air Terjun Sofea Jane
Bergambar kenangan di Air Terjun Sofea Jane, di Level 2. Bukti kitaorang dah sampai sini.hahahahha


Kami berkumpul jam 7.30 pagi di Perkarangan Kombat Zone Paint Ball, di Kemensah. Tempatnya terletak paling hujung di Jalan Zoo View tu. Dari Zoo Negera, ikut straight je jalan tu sampai ke dalam-dalam. Lagi dalam masuk, jalannya lagi sempit. So, better jangan bawa kereta besar-besar. Sebab kalau kereta bertembung, susah juga nak handle tu.

Bukit Kemensah ni terkenal dengan Air Terjun. Kat sini ada 3 air terjun yang sangat famous iaitu Air Terjun Sofea Jane, Air Terjun Neelofa dan Air Terjun Maya Karin.

Cumanya Air Terjun Maya Karin dan Air Terjun Neelofa ditutup untuk sementara waktu oleh Pihak Jabatan Perhutanan. Jadi yang boleh pergi hanya Air Terjun Sofea Jane je. 

Nak pergi Air Terjun Sofea Jane ni pun kena ambil permit hiking tau. Permit hanya berharga RM 5 je seorang, kena apply di Website Jabatan Perhutanan Negeri Selangor. Korang boleh daftar kat website ni - https://forestry.selangor.gov.my/permit/


Bayaran parking kat Parking Paint Ball ni ialah RM 5 untuk sebiji kereta dan RM 3 untuk sebiji motosikal. 

Kat tempat parking ni ada toilet. So, kalau nak mandi bolehlah mandi kat toilet sini sebelum balik cumanya toilet ni selalu tak ada air. Jadi, lebih baik bawa air sendiri untuk kecemasan in case kalau toilet tu tak ada air.

kasut hiking
Ini kasut hiking yang kami anak-beranak pakai. Kasut anak-anak aku beli kat Decathlon jer - kasut hiking, semurah RM 59 dah boleh dapat.


beg hiking
Ini beg-beg yang anak-anak aku bawa untuk day pack hiking. Jenama QueChua , beli kat Decathlon je. RM 19 je 1 beg.



Trail ke Air Terjun Sofea Jane sangat-sangat senang. Sesuai untuk beginner dan sangat sesuai untuk kanak-kanak. Cumanya trail dia agak licin sebab tanah berselut. 

So, sangatlah di rekomen untuk pakai kasut hiking yang tapaknya boleh grip atau kasut hiking yang selesa.

Kalau tak ada kasut hiking, korang pakai je kasut getah. Aku dulu masa mula-mula hiking dulu-dulu pun pakai kasut getah juga. Kasut getah ni sangat kuat cengkamannya dan sangat selesa. 

Air Terjun Sofea Jane ni ada 4 level. Kitaorang pergi ke Level 2, sebab kat Level 2 ni air terjunnya landai dan cetek dan sesuai untuk kanak-kanak bermandi-manda. Kalau level 1 sesuai untuk anak-anak remaja, aklau Level 3 & 4 pula sesuai untuk orang dewasa.

Hiking Air Terjun Sofea Jane
Inilah AIr Terjun Sofea Jane.



Ini trail jalan sepanjang pendakian, sangat berselut. Tapi ada juga tempat-tempat yang tak berselut. Trail ni digunakan untuk main Sukan ATV. So, sepanjang berjalan kat sini, memang banyak kali terserempak dengan kereta-kereta ATV.


Hiking Air Terjun Sofea Jane
Trek dia landai jer. Sesuai untuk yang sakit lutut nak hiking


Hiking Air Terjun Sofea Jane
Jalan selut macam ni licin. So kena pakai kasut hiking, atau kasut yang boleh grip.

Hiking Air Terjun Sofea Jane
Ini Air Terjun Sofea Jane kat Level 2. Ada tempat yang dalam (separas pinggang aku), ada tempat yang cetek, sesuai untuk baby.


Hiking Air Terjun Sofea Jane
Ini dah sampai dah di Air Terjun Sofea Jane. Ni simpang nak ke Level 2,3,4 . 
Kalau Level 1 terus je ke depan nun.

Hiking Air Terjun Sofea Jane
Inilah dia tempat aku berhenti dan lepak dan makan - Level 2, Air Terjun Sofea Jane.

Hiking Air Terjun Sofea Jane
Malim Gunung kitaorang buat Oden kat sini. Sedap 👍. Bila dah penat semuanya sedap masuk perut.

Hiking AIr Terjun Sofea Jane

Hiking Air Terjun Sofea Jane
Adik pula suka makan kat tepi air


Ini masa ni kitaorang berhenti rehat seketika kat betul-betul kat depan simpang untuk ke Air Terjun Neelofa dan Air Terjun Maya Karin, bagi anak-anak minum air jap. 

Hiking Air Terjun Sofea Jane

ATV Kemensah
Bukit ni ialah tempat trek untuk main ATV. So, kalau warga KL nak main ATV, datanglah ke Kemensah, Ulu Klang. Bestt! Betul-betul dapat main ATV dalam hutan.

Hiking Air Terjun Sofea Jane
Di tengah-tengah perjalanan, banyak kali terserempak dengan ATV yang tersadai di tepian sebab rosak. So, ambillah gambar OOTD 1. At least ada la jugak gambar acah-acah naik ATV. hahahaha


Pendek kata, hiking kat trek Air Terjun Sofea Jane sangat best untuk kanak-kanak dan orang dewasa yang ada masalah lutut. Sesiapa yang baru nak cuba suka hiking ni, sesuai sangatlah korang datang sini, sebab ini memang trek untuk 'beginner', yang penting pakai kasut yang sesuai untuk hiking.


Kenapa aku suka bawa anak-anak pergi hiking? 

1. Sebab nature / alam semulajadi sangat bagus untuk kanak-kanak belajar untuk 'regulate' emosi (emotional regulation). 

Sesiapa yang ada anak-anak tak kiralah baby ke, anak fasa sekolah rendah ke atau anak-anak remaja, banyakkan bawa anak-anak ke tempat-tempat alam semulajadi macam hutan atau sungai macam ni untuk diaorang belajar macam mana cara nak 'regulate' emosi diaorang.

Kanak-kanak yang banyak bermain dengan alam (Banyak main outdoor), InshaAllah kelihatan lebih tenang dan lebih pandai mengawal situasi. Dan juga lebih pandai dalam pelajaran. Kalau tak percaya, cubalah dulu. Aku dah cuba banyak kali dan yup aku sangat percaya pada kuasa alam ni dalam pembentukan perkembangan anak-anak. 


2. Sebab anak-anak akan belajar untuk bina ' confidence & resilience'. 

Apa maksud 'resilience'?

 'Resilience is the ability to adapt well, bounce back, and recover quickly from tough        experiences, stress or major setbacks' - American Psychological Association.

Bila pergi hiking, kita tak ada masa nak melayan perasaan, nak melayan moody, nak melayan angin ahmar diri sendiri. Jadinya, suka ke tak suka ke trek tu atau hiking tu, tetap juga hikers tu kena teruskan juga perjalanan sehingga ke garisan penamat. So, tak ada istilah 'give up' atau putus asa. Penat macam mana nak berjalan atau nak mendaki, tetap kena teruskan atau dalam Bahasa Kokdiang cakap move on. Penat ke menangis ke, move on je lah, tak yah nak meratapi kepenatan dan penyesalan pergi hiking tu. 

Last-last bila layan je perjalanan tu slow-slow, lama-lama sampai juga di destinasi yang dituju tu, Masa tu hilang habis dah semua kepenatan tu bila tengok permandangan indah kat depan mata. 

Dan proses nak adapt pada perasaan 'sakit dan give up' tu la ialah proses 'resilience'. 

Anak-anak yang ada 'resilience' yang tinggi InshaAllah mereka akan kental untuk menghadapi cabaran hidup yang sangat keras di masa sekarang dan di masa akan datang. Contohnya cabaran hidup di universiti atau cabaran di tempat kerja kelak.

Dan anak-anak yang selalu pergi hiking, mereka akan lebih confident. Confident untuk membuat keputusan, confident untuk bercakap dengan 'strangers' (sebab masa hiking akan banyak kali tersemperak dengan strangers, iaitu hikers yang kita tak pernah kenal, dan confident untuk menghadapi rintangan. 

Sebab semasa hiking, ada banyak halangan sukar yang terpaksa ditempuhi, samada kita suka atau tak suka, kita tetap kena tempuh juga. 

hiking with baby

Ini gambar aku dengan anak bongsu masa hiking Bukit Botak di Pahang tahun lepas. 
Masa ni umur si bongsu ni baru berusia 2 tahun. 2 orang anak lagi tak ada masuk dalam gambar.



3. Sebab anak-anak akan lebih gembira. 

Kenapa anak-anak gembira? Sebab mereka dapat 'explore' sesuatu yang diluar kebiasaan mereka. Dan sifat 'curiosity' dalam diri mereka sangat-sangat tinggi. Macam-macam benda yang bermain dalam fikiran mereka dan mereka ada rasa nak tahu. So, bagi mereka rasa 'real experience' dengan bermain dengan 'nature' untuk mereka explore sendiri keunikan dan keindahan alam semulajadi. 

Tambah pulak, kat Malaysia ni sangat kaya dengan keunikan biodiversity yang sangat unik dan cantik. Lagi lah best anak-anak tengok dan explore.