Hiking dengan anak kecil di Taman Tugu, Kuala Lumpur (Taman Tugu Hike Trails).


5 September 2026 hari tu, aku pergi hiking kat Taman Tugu bersama-sama dengan anak bongsu aku, Leesa yang berusia 3 tahun. Kakak-kakak Leesa tak nak ikut hari tu sebab diaorang nak keluar dengan En.Suami aku pergi jalan-jalan. 

Hiking Taman Tugu Kuala Lumpur

Ni first time aku hiking kat Taman Tugu, Dah lama sebenarnya aku nak hiking kat sini tapi tak ada geng. Nak datang sorang-sorang memang aku tak berani kalau tempat tu aku tak pernah pergi lagi. En.Suami aku tak suka sukan hiking ni, dan aku pulak sejak sebelum kahwin lagi dah hiking. Jadinya, en.suami aku bagi je izin aku nak hiking kat mana-mana selagi mana boleh uruskan anak-anak. 

FYI, Leesa ni memang suka hiking sangat. So, dia sangat behave sepanjang hiking, kat mana-mana pun. Leesa start hiking tahun lepas. First time dia pergi hiking ialah kat Bukit Botak, kat Jerantut Pahang masa Jun 2025 tahun lepas. Tapi trip tu aku tak sempat nak tulis kat blog. huahuahuahua.. 

Trail Bukit Botak kat Jerantut tu aku kira sangat susah untuk beginner sekecil Leesa, tapi Alhamdulillah Leesa survive masa tu dan berjaya menamatkan trip hiking tu tanpa menangis dan tantrum. Sejak tu lah, aku confident untuk bawa Leesa pergi hiking yang trek yang senang-senang, yang sesuai untuk anak-anak kecil.

Kalau nak baca, kisah hiking Leesa dan Kakak-kakak dia yang sebelum ni, boleh baca kat sini :  'Hiking Bukit Kemensah - Air Terjun Sofea Jane'

Hiking kat Taman Tugu KL ni boleh kira trek yang senang untuk anak-anak kecil. Baby pun ada yang hiking kat sini. Trek dia santai-santai je. Lagipun tempat ni ramai orang, so tak takutlah sebab sentiasa akan ada orang di depan kita atau di belakang kita.

 Hiking Taman Tugu KL

Hiking Taman Tugu KL
Trail Taman Tugu ni, diaorang dah letak siap-siap nombor 'check point' macam kat belakang aku tu. So, bila hiking just follow jer nombor di label CP mengikut turutan, contohnya lepas Cp 1, CP2, lepas tu CP 3 dan seterusnya. 


Trail kat sini ada 3 lalu kalau tak silap aku. Keseluruhan trail ni ialah 5 km, ada yang 1 km, ada yang 1.5 km. Tengoklah korang nak pilih yang mana mengikut kadar fitness korang. Kalau baru start hiking, better ambil yang 1 km jer. 

Dan setiap laluan tu 'label check-point' yang kat belakang aku tu berbeza warna. Ada yang warna biru, ada yang warna hijau (1.5km), kuning (1.5 km), putih (1.0 km) dan oren (1.0 km). Hari tu kitaorang ambil yang warna oren. kalau nak buat semua laluan boleh, iaitu jumlah jarak keseluruhan ialah 5 km. 


hiking taman tugu KL


hiking taman tugu kl

hiking taman tugu KL


Kat Taman Tugu ni ada orang jual-jual air dan snacks. So bolehlah nak membeli buat refreshment lepas dah penat hiking. Bayaran guna cash atau QR sahaja.


hiking taman tugu KL

hiking taman tugu kl
Ini lalauan keluar di CP 9


Hari tu, kitaorang hiking kat sini, kitaorang tak ikut laluan yang ramai-ramai orang tu. Tapi kitaorang start dari check point CP 9, yang bermula di Laman Taman Tugu.

hiking taman tugu KL

Parking kereta boleh park kat laman Taman Tugu ni, parking ada banyak kat sini, tapi kena datang awal sebelum jam 8 pagi. Kalau dah lepas jam 8 pagi parking full, tapi boleh parking kat tepi-tepi jalan. Biasanya jam 10 am parking dah mula kosong, so senang la nak cari parking semula lepas jam 10 pagi.

hiking taman tugu KL

Ini tempat parking kat Laman Taman Tugu. Parking kat sini FREE jer, tak yah bayar apa-apa. Nak masuk hiking Taman Tugu pun free jer dan tak perlukan permit.

hiking taman tugu KL

Kat Laman Taman Tugu ni ada meja dan kerusi macam ni, so nak lepak-lepak , makan-makan kat sini bolehlah, tapi makanan kena bawa makanan sendiri, tak ada jual apa-apa kat sini.

hiking taman tugu KL
Kat Laman Taman Tugu ni pun ada laman yang luas macam ni.


hiking taman tugu kl
Kat Laman Tugu ni pun ada tandas awam. Bersih tandasnya dan tak perlu bayar.


hiking taman tugu kl

Trail hiking Taman Tugu KL ni ada banyak sangat buaian, so happylah kids dapat main buai sambil-sambil hiking.

Ini di Laluam Keluar di main entrance. Kat sini ramai orang.

Aku hari tu hiking kat sini, aku join Trip Women Hiking PajelinTrip. PajelinTrip ni bukan buat hiking jer, ada juga trip travel keluar negara, ada juga trip untuk camping dan sukan-sukan outdoor yang lain, tapi hanya khas untuk wanita sahaja. Kalau korang nak join hiking dengan Pajelin Trip ni, boleh follow diaorang kat Instagram - https://www.instagram.com/pajelintrip/


Hiking PajelinTrip

Hiking Pajelin Trip

Lepas dah habis hiking, aku bawak Leesa pergi main playground kat Taman Tasik Perdana, dekat dengan Balai Polis Bukit Aman. Dekat jer dengan Taman Tugu tu.

Taman Tasik Perdana Kuala Lumpur

Taman Tasik Perdana Kuala Lumpur

Masa keseluruhan yang diambil untuk aku hiking kat sini dengan toddler yang berusia ialah 2 jam lebih. Sebenarnya boleh cepat lagi siap tapi aku just nak santai-santai jer dengan Leesa.

Leesa pula dengan jenis suka tengok sekeliling masa hiking tu, dia individu yang suka tengok nature - suka tengok daun, suka tengok-tengok bunga, suka petik bunga, suka tengok tanah kot-kot boleh jumpa binatang atas tanah, gitulah. Jadi, sebagai ibu kita layankan saja dan nikmati proses anak itu membesar.

Bila bawa anak-anak kecil pergi hiking ni, diaorang boleh main ' sensory play' dengan secara tak sengaja, contoh macam pegang tanah, pegang pokok, pegang bunga dan lain-lain. Kat situ 6 atau 7 jenis deria bergerak serentak dan ia sangat bagus untuk pembangunan bahagian otak 'prefrontal cortex' iaitu bahagian otak yang digunakan oleh manusia untuk berfikir. 

Selain dari 'sensory play' , anak-anak juga akan bina 'resilience' melalui aktiviti ini, iaitu pembangunan kendiri untuk membina jiwa yang kental. Selagi tak habis hiking lagi, diaorang tak boleh give up dan diorang tak boleh stop tengah jalan. Kalau penat boleh berhenti sekejap, tapi lepas tu kena sambung hiking balik sampailah kita masuk kereta  nanti baru boleh stop berjalan =)). 

Dan banyak lagi lah kebaikkan hiking ni untuk kanak-kanak. selain tu, mak dia pun dapat sekali recharge dan healing juga sama-sama.

Itu saja aku sahre  untuk kali ni. Nanti aku share lagi story yang lain pula k. Terima kasih kerana membaca sampai habis. Terbaiklah korang 👍.

SHARE 0 comments

Add your comment

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE