KEMBARA PHD - Part 2

in , , by dorsett pink, June 30, 2020
Sambungan dari entri ni :

Part 1 - 'MACAM MANA AKU BOLEH MULA BLOGGING'
Part 2 -  MACAM MANA AKU BOLEH MULA BLOGGING - PART 2 : KEMBARA PHD'


Sambungan.................


Hari demi hari, minggu berganti minggu, tahun berganti tahun. Aku mengharungi kembara pengajianku ini bersama si manjaku dengan penuh onak dan duri. Pengajian yang aku rasakan mudah pada peringkat awalnya tidaklah semudah yang disangkakan. Kehidupan sebagai seorang isteri dan ibu dan dalam masa yang sama perlu berjuang untuk menyiapkan tesis penyelidikan amatlah sukar. Kemanisan dan kepahitan adalah asam garam yang perlu aku hadapi sepanjang perjalanan ini. 

Ada hari aku melaluinya dengan tenang tanpa ada resah dan gelisah dihati ini, namun ada hari-hari emosiku diuji dengan begitu dashyat sehingga aku merasakan ingin saja menamatkan perjalanan PhD ini. Seringkali emosiku akan teruji pabila anakku sakit samaada hanya demam biasa, demam panas, sakit mata, cirit-birit mahupun terkena keracunan makanan. 

 (Inilah peneman setia mommy buat tesis dulu-dulu =)) )

Tika waktu-waktu getir sedemikian,aku terpaksa meninggalkan kerja-kerja penyelidikanku dan memberikan sepenuh perhatianku buat si anak yang tercinta siang dan malam. Aku sering merasa berputus asa sehingga pernah kurasa untuk menamatkan riwayat hidupku akibat depresi yang keterlaluan. Kepenatan sebagai seorang suri dan pejuang ilmu pada masa yang sama amatlah terasa yang sekaligus membuatkan aku sering bermain dengan emosi dan perasaan.

Hidup ini perlu ada imbangan dan dari keseimbangan inilah akan lahirnya sebuah kebahagiaan. Namun, keseimbangan itu tidak mudah untuk dicari. Tatkala di saat ingin menjadi wanita yang sempurna, yang mampu untuk menyeimbangkan antara urusan akademik dan urusan keluarga, acap kali aku gugur di medan perjuangan PhD ini. Aku akui aku hanyalah insan yang lemah, yang kerdil, yang sentiasa memerlukan kekuatan dan perlindungan. Aku bersyukur, aku dikurniakan suami yang sangat penyayang dan memahami, yang sering kali ada ketika aku berduka, yang sering memberikan ku kata-kata semangat dan motivasi untuk aku meneruskan perjalanan PhD ini. 


(Hari-hari Kakak FL ikut mommy pergi UPM dulu-dulu)

Dia sentiasa mengajakku untuk mendekatkan diri pada Sang Pencipta. Dialah jiwaku, dialah guruku, dialah sahabatku, dialah penyokong setiaku dan dia jugalah yang sentiasa membantuku untuk menyiapkan penyelidikan ini. Dia bukan sahaja seorang suami yang sering memanjakan isteri, malah dia turut bersama-sama membantuku melakukan kerja-kerja rumah. Lantas, beban sebagai seorang isteri yang dalam rangka proses kedoktoran turut digalas bersama.

Setelah 4 tahun masa berlalu, berhempas pulas memerah otak untuk memikirkan sesuatu yang bernilai dan setaraf dengan peringkat pengajian PhD, ia bukanlah satu tugas yang mudah. Air mata telah menjadi teman seperjuanganku untuk melalui tiap getir perjalanan ini selama 4 tahun ini. Hanya kepada Allah aku bersujud memohon pertolongan agar aku terus diberikan ketabahan dan kekentalan jiwa untuk terus berjuang dalam kembara yang penuh berombak ini. 

Keputusan yang dibuat untuk mendalami bidang akademik ini adalah tanggungjawab sendiri dan aku telah melangkah begitu jauh dalam kembara ilmu ini sejak 4 tahun yang lalu. Adalah tidak wajar untuk aku berputus asa dan menamatkan perjalanan PhD ini di pertengahan jalan. Walaupun perit, mahu tidak mahu, aku perlu menamatkan pengajian ini dengan segulung Ijazah Kedoktoran.

( Ni bilik study. Macam-macam gaya nak siapkan tesis ni =)) Ada kalanya en.suami ambik cuti sebab nak teman aku buat tesis, dia pun boleh sama jaga anak jugak 😊. Mencabar tau buat tesis sambil anak duduk kat sebelah 😞.)

Di paparan sejadah, aku bersujud, menangis, meratapi nasib diri. Aku berserah pada Ilahi, mengadu domba, dan kupanjatkan doa kepada Yang Maha Esa untuk terus memberikanku kekuatan untuk terus berdiri dan berjuang mengharungi kembara pengajian ini sehingga ke garisan penamat. Aku menyerahkan segalanya kepada Yang Maha Kuasa, Tuhan Yang Satu. Aku berdoa pada Dia Yang Maha Besar, Tuhan Semesta Alam agar dengan penulisanku hari ni dapat mengembalikan semula semangat juangku untuk menamatkan kembara pengajian ini dengan cemerlang dan mampu menjana idea-idea yang bernas untuk aku menghasilkan sebuah tesis yang berkualiti di penghujung perjalanan nanti.

-      - aku sering mencoretkan perjalanan kembara ini di dunia maya milikku. Aku luahkan untuk tatapan hari-hari tuaku kelak dan sebagai motivasi untukku terus bangkit berusaha. Coretan dan nukilan perjalan phd  di blog adalah sebagai diari kehidupanku yang kuharapkan dapat menjadi pembakar semangat untuk anak-anakku kelak meneruskan kembara ilmu mereka setinggi yang boleh . 
     
    Di dunia maya, aku berjumpa dan berkenalan dengan ramai orang termasuk dengan mereka yang sama-sama berjuang dalam meniti perjalanan sebagai seorang pelajar pasca siswazah, mereka banyak berkongsi rasa denganku dan berkongsi tips-tips untuk mengharungi perjuangan yang sangat sukar ini. 

   Aku terus mendapat kekuatan dari pengikutku di alam maya. Aku berterima kasih pada mereka kerana sentiasa memberikanku semangat dan motivasi untukku meneruskan perjalanan kembara ilmu ini. Terima kasih kalian - .

(Ni gambar kat library - dulu sebelum Leeya lahir, hari-hari aku buat kerja kat library UPM - kat Postgrad Wing)


PhD bukan satu acara lari pecut tetapi ia merupakan satu acara marathon yang kita tidak akan tahu macammana perjalanan kita untuk menamatkan acara tersebut. PhD bukanlah untuk mereka yang bijak dan pandai dan bukan juga untuk mereka yang genius, namun PhD adalah untuk mereka yang kental dan tabah dalam mengharungi sebuah kembara yang penuh liku. Nasihatku untuk yang berkeinginan menyambung pengajian ke peringkat PhD ini, fikirkan dulu semasak-masaknya. Minta petunjuk pada Allah swt agar agar memberi petunjuk untuk menampakkan jalan yang betul kerna sekali keputusan dibuat, tiada lagi peluang untuk kalian menoleh ke belakang. 

PhD bukan untuk mereka yang genius dan bijak, tetapi hanya untuk mereka yang sabar dalam kembara perjuangan ilmu. Sehebat mana pun kita, sebijak mana pun kita, sesibuk mana pun kita dengan urusan dunia, ingatlah keluarga, pasangan dan anak-anak jua akan menemani penghujung waktu kita kelak. Luangkan masa dengan keluarga sebanyak mungkin walaupun kita kini tengah sibuk dengan komitmen perjuangan kita. Sepenat manapun kita, hargailah mereka yang tersayang, yang sentiasa ada bersama-sama kita ketika kita sedang berjuang.  Tiada yang lebih berharga dari senyuman mereka yang tercinta.

(Akhirnya dapat jugak grad - kenangan terindah seumur hidup)

Nota kaki:

Kehidupan ini adalah perjalanan yang penuh liku. Hidup ini ibarat roda. Ada kala kita di atas, ada kala kita di bawah. Bukan selama-lamanya kita mampu mengecapi nikmat dunia. Hidup ini penuh dengan ujian. Kita akan sering diuji dan terus diuji oleh Yang Maha Besar untuk membuktikan keimanan dan ketaqwaan kita padaNya. Selalulah ingat pada 'BIG WHY" kenapa kita sambung belajar supaya kita tak give up.

Oleh itu, senantiasalah memandang ke bawah pabila kita di atas, senantiasalah mencari ilmu supaya kita tidak kufur dengan nikmat dunia dan jangan sesekali berhenti untuk meminta pertolongan dariNya kerna hanya Dia Yang Satu yang dapat memberikan kita kekuatan dan ketenangan untuk kita terus berjuang dan berjaya menjadi insan yang hebat.

My children is my 'Big Why' =))

-TAMAT- 

P/S : Terima kasih kerana sudi membaca coretan aku ini sampai habis 😊.

Mango Float Kat Sungai Putat, Melaka

in , , , by dorsett pink, June 29, 2020
Weeekend semalam, aku bercuti ke Bandar Melaka bersama dnegan my big family. Kiranya family holiday lah setelah sekian lama tak bercuti sama-sama. 

Nanti aku share tempat ktaorang menginap kat Bandar Melaka.

Melaka ni memang tempat tumpuan pelancong, baik pelancong lokal mahupun pelancong luar. Tapi sekarang semuanya pelancong lokal je lah yang ada kat mana-mana. Baguslah orang kita sendiri yang contribute pada ekonomi negara kita sendiri. 

Dan salah satu tempat yang kitaorang singgah semalam ialah tempat minum Air Mangga Aiskrim - Mango Float Royale Melaka, yang terletak kat Sungai Putat.  

Ramai orang datang sini. Rata-ratanya ialah pelancong dari setiap pelusuk tanahair. Tapi baguslah pengusaha gerai ni patuhi SOP. Cuma tempatnya tak besar dan orang pulak ramai, so tak ada ruang nak makan kat situ. 



1 cup ni harganya RM 6.00. 


Kat sini jugak famous dengan hot dog. Hot dog ni ada macam-macam perisa. So, bolehlah pilih ikut citarasa masing-masing.


Orang beratur beli hotdog Cikitang

Sambungan dari Entri Part 1 - 'MACAM MANA AKU BOLEH MULA BLOGGING'


Sambungan.......


Cintaku dalam dunia travel dan dunia akademik terus indah bilamana aku dijodohkan dengan seorang suami yang mempunyai minat yang sama. Cinta yang berputik atas dasar cinta kepada Tuhan Yang Satu, Tuhan Yang Maha Agung terus bersemi indah tatkala kami turut mencintai dunia penulisan dan dunia kembara. Aku bahagia! Minatku dalam bidang penulisan akademik diteruskan tatkala aku sering mendapat sokongan moral yang tidak berbelah bahagi dari Sang Putera Hati.  Sejurus ikatan perkahwinan terpatri, kami bersama-sama mencari keredhaan Allah dalam urusan dunia mahupun ukhrawi. Aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana telah memberikanku kebahagiaan yang sangat ku dambakan sebelum ini. Aku lebih bersyukur dan gembira tatkala kami dianugerahkan berita kehamilan di tahun pertama pengajian PhD ku.

Aku hamil disaat baru memulakan pengajian. Aku bersyukur kerna ketika itu aku telah berjaya menyiapkan proposal penyelidikanku. Proses kehamilanku di trimester pertama dan kedua adalah sangat mencabar. Simptom awal kehamilanku begitu memudaratkan sehingga aku hanya mampu terbaring di atas katil sehingga usia kandunganku mencecah 6 bulan. Aku tidak mampu melakukan apa-apa kerja hatta kerja rumah sekalipun, apatah lagi untuk cuba berusaha untuk melakukan kerja-kerja penyelidikan PhDku. Aku juga tidak mampu untuk makan seperti wanita normal yang lain. Hari-hariku hanya ditemani dengan biskut dan air masak dan kadang-kala aku menjamah bubur nasi semulut dua. Aku tidak dapat menjamah nasi seperti hari-hariku sebelum ini kerna tidak tahan dengan bau nasi yang sangat meloyakan itu. Semua jenis makanan membuatkan aku mual dan muntah, malah lebih teruk aku akan muntah sebanyak 5-6 kali sehari. Keadaan tersebut berterusan sehingga ke trimester kedua. Rasa bersalah dalam hati ini membuak-buak saban hari memandangkan telah sekian lama kutinggalkan kertas-kertas penyelidikanku.

Masa ni kat Amsterdam - masa tu tengah mengandungkan Kakak FL - 6 bulan usia kandungan

Menjengah ke trimester ketiga usia kandungan, aku mendapat kekuatan untuk kembali kepada keadaan normal. Lantas, ku rencanakan hari-hariku dengan sebaik-baiknya. Aku telah mula ke kampus untuk meneruskan kembara penyelidikanku yang telah sekian lama kutinggalkan. Akhirnya, pada tarikh EDD yang telah dijangkakan sebelum ini, aku melahirkan zuriat pertama kami pada jam 9.05 minit pagi pada 11 Jun 2014. Air mataku mengiringi tangisan bayi, aku kini telah menjadi seorang ibu di tahun pertama pengajian PhD ku.  Aku gembira! Aku bahagia kerna berpeluang menjadi seorang wanita normal seperti yangdiimpikan oleh seluruh wanita di alam ini. Nur Farah Leena nama indah yang terukir buat permata hati kami. 

Bertiga, aku layari kehidupan ini dengan penuh warna-warni di tahun pertama pengajianku.  Kusangkakan panas hingga ke petang, namun hujan membasahi bumi tatkala sang suria sedang menyinari alam.  Kehidupan baru sebagai seorang ibu telah mengubah kehidupanku 360 darjah. Aku diajar oleh anak kecil ini untuk menjadi seorang yang penyayang, penyabar, pemaaf dan yang paling penting adalah seorang yang bijak membahagikan masa dengan sebaik mungkin antara pelajaran dan tugas sebagai seorang ibu. Ya! Dia yang masih kecil mampu mengajarku tentang erti sebuah kehidupan. Aku bahagia disampingnya. Aku gembira meniti hari-hariku bersama si kecil ini dan suamiku yang tercinta.
Kakak FL selalu ikut Mommy pergi fakulti dulu-dulu

Namun, dalam kebahagiaan dan kemanisan mengecapi nikmat berkeluarga, ada hari-hari aku jatuh tersungkur di bumi. Aku cuba untuk menjadi seorang wanita yang kuat, seorang wanita yang hebat, seorang wanita yang sangat cekal dan tabah dalam mengharungi pahit manis kehidupan, namun ku harus akur yang bahawasanya aku hanyalah hamba Allah yang sangat kerdil, yang sangat lemah, yang sentiasa memerlukan pertolongan dan kekuatan dariNya.

Dalam meniti tahun kedua pengajian, usai saja tempoh berpantang,  aku dikejutkan dengan berita pemergian supervisorku akibat kanser darah. Aku menjadi hilang arah, aku buntu! Buntu untuk melangkah ke fasa seterusnya dalam kembara PhD ku ini. Aku perlu memilih penyelia baru dan mewujudkan kumpulan komiti penyelia secepat mungkin memandangkan aku telah berada di tahun kedua pengajian. Aku buntu untuk memilih penyelia memandangkan fakulti pengajianku terhad dengan kepakaran dalam bidang pengajianku ini yang berkaitan tentang perancangan pembangunan. Hanya Arwah yang merupakan satu-satunya pakar dalam bidang penyelidikan aku. Lantas, pelbagai persoalan bermain di fikiran ini. ‘Adakah penyelia baru tersebut faham dengan kajian aku?’, ‘Adakah dia tahu senario perancangan pembangunan di Malaysia ini dengan sebaiknya?’, ‘Adakah dia boleh menyelia aku dengan sebaiknya?’. Satu demi satu persoalan yang terlintas di benak pemikiranku ini. Hampir setiap hari jiwaku kacau dengan permainan emosi ini.

Masa buat tesis dulu - wajib sapu Essential Oil - Vertiver (untuk boost fokus)

Lantas, dalam masa yang singkat, aku membuat keputusan untuk memilih penyelia baru dan mewujudkan komiti penyelia memandangkan aku perlu menduduki peperiksaan Compulsory Exam (C.E) secepat mungkin yang merupakan peperiksaan wajib untuk semua pelajar PhD di universiti pengajianku. Aku lega setelah kumpulan komiti penyelia berjaya dibentuk. Ia akan mempercepatkan prosedur untuk aku menduduki peperiksaan C.E tersebut. Aku berjaya mendapatkan seorang penyelia lelaki Warga Australia yang pakar dalam bidang senibina sebagai penyelia utamaku. Memandangkan umurnya yang agak senior, ku sangkakan dia mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang luas tentang selok-belok penyelidikan akademik termasuk tentang bidang penyelidikan aku. Namun, sangkaanku meleset.

Penyelia baruku tidak memahami tentang kajian penyelidikanku, malah turut tidak memahami dengan mendalam tentang senario perancangan pembangunan di Malaysia yang menjadi tulang asas dalam penyelidikan PhDku ini memandangkan beliau bukanlah pakar dalam bidang ini dan pada masa yang sama tidak mempunyai pengalaman dalam bidang penyelidikan akademik dan penyeliaan pelajar pasca siswazah.  

Lantas beliau menangguhkan waktuku untuk menduduki peperiksaan C.E. Aku bingung. Aku tertekan dengan keadaan ketika itu memandangkan masa yang masih berbaki semakin suntuk, jika tidak pengajianku akan terlucut (terminate) dengan sendirinya dan peluangku untuk menggengam segulung Ijazah Kedoktoran hancur sama sekali. Aku geram! Aku marah! Perasaanku bercampur baur. Emosiku berbolak-balik memandangkan aku masih lagi dalam fasa menyusukan si permata hatiku sepenuhnya dalam masa yang sama. Kepenatan memerah susu saban hari, dicampur dengan kepenatan dalam menghadapi masalah pengajianku ketika itu, ditambah pula dengan karenah penyelia yang sebegitu rupa, ia mengundang pelbagai emosi dan seribu satu rasa yang tidak mampu untukku luahkan. Aku mula merasa seperti ingin menamatkan kembara ilmu ini dan memberi sepenuh perhatianku untuk membesarkan si manjaku. “Anakku lebih berhak untuk mendapat perhatian dariku kini!” bentak hati kecilku.

Namun, Allah swt membantuku. Setelah mengharungi satu tempoh yang sukar dalam kembara ilmu ini, aku akhirnya berjaya meyakinkan pihak pengurusan pasca siswazah di fakulti pengajianku untuk menukar penyelia. Aku berjaya meyakinkan mereka tentang masalahku dengan penyelia utamaku dan memaksaku untuk menanguhkan peperiksaan C.E, aku akhirnya berjaya menukar penyelia. Menukar penyelia adalah tanggungjawab dan hak semua pelajar pasca siswazah sepatutnya. Namun tidak semua universiti mahupun fakulti mengizinkan untuk membenarkan proses ini berlaku. Ku sangkakan penukaran penyelia mahupun komiti penyelia adalah semudah ABC namun sangkaanku meleset. Prosedur tersebut terlalu payah di fakulti pengajianku. Namun berkat kesabaran dan doa yang dipanjatkan kepada Tuhan Yang Maha Esa, aku berjaya jua menukar komiti penyelia dan akhirnya aku mendapatkan penyelia baru.

 Kenangan masa buat PhD - wall of idea. Apa-apa jer idea yang terlintas dalam kepala, terus tulis dan catatkan kat mana-mana. 


Penyelia baru tersebut baru sahaja menamatkan pengajian PhDnya bebrapa tahun yang lalu di salah sebuah universiti di United Kingdom dan penyelidikan PhDnya adalah seakan-akan berkaitan dengan penyelidikanku. Sudah tentu fikirannya masih segar dengan bunga-bunga penyelidikan akademik. Aku menjadi kembali bersemangat untuk meneruskan kembara PhD ku ini dengan sokongan moral dari penyelia baruku itu. Aku memandangnya seperti rakan seperjuangan yang senang untukku berkongsi cerita kembara pengajianku ini. Lantas, peperiksaan C.E diatur secepat mungkin dan aku berjaya melepasinya. Alhamdulillah! Ku panjatkan syukurku ke hadrat Ilahi kerna telah membenarkanku untuk meneruskan perjuangan dalam menggengam segulung Ijazah Kedoktoran.

*Bersambung...........................

Macam Mana Aku Boleh Mula Blogging

in , by dorsett pink, June 27, 2020

Pen dan kertas telah menjadi sahabat sejatiku sejak dari bangku sekolah lagi. Segala nukilan hati kubisikkan di atas secebis kertas putih sebagai wardah kenangan abadiku kelak. Kemana saja ku melangkah, mereka setia menemaniku disisi. Aku gembira, aku bahagia tatkala coretan isi hatiku terluah di kanvas nipis ini. Bilamana aku bosan, aku menatap helaian demi helaian putih yang terpahat indah dengan tulisanku seolah-olah ia mampu berkata-bercerita dan mengimbau kenangan hari semalamku. Lantas, senyuman terukir dibibir ini tatkala menatapi coretan masa lalu.

Saat berganti minit, minit berganti jam, jam berganti hari, hari berganti tahun, masa berlalu semakin pantas. Tanpa kusedar, dunia telah berubah. Manusia manjadi semakin sibuk, berkejar-kejaran kesana-kemari. Manusia semakin hilang masa. Setiap saat yang berlalu bagaikan seperti hanya satu kerlipan mata. Siang berganti malam, malam berganti hari tanpa disedari. Waktu bergerak terlampau laju, lantas teknologi zaman moden telah mengambil tempat dihati manusia. Tiada lagi pen dan kertas sebagai peneman setia, segalanya diganti dengan papan kekunci. Lantas, nukilan hatiku kucoretkan di atas papan kekunci dan akhirnya terpapar di layar putih. Dengan kuasa internet, aku mengenali dunia blog. Melalui dunia maya, coretan hati ini kupahatkan di atas layar putih tersebut sekaligus ia mampu ditatapi oleh masyarakat dunia.

(Gambar sekadar hiasan 😊)

Aku mula menulis di blog sejak menyambung pengajian peringkat Sarjana 7 tahun yang lalu. Kerna minat yang mendalam dalam bidang penulisan dan akademik, aku membuat keputusan untuk menyambung pengajianku ke peringkat PhD 3 tahun kemudian. Minatku dalam dunia blogging disuntik atas dasar ingin berkongsi.

Imam As-Syafie pernah meriwayatkan “Ilmu itu bukan yang dihafal, tetapi yang memberi manfaat”. Lantas, keinginan untuk berkongsi ilmu dan pengetahuan serta pengalamanku dalam mengharungi liku-liku hidup sebagai seorang pelajar, seorang isteri dan seorang ibu telah membakar semangatku untuk terus menulis dan menulis di alam maya. Lalu, laman www.dorsettpink.com telah kuciptakan untuk mengumpul cerita peribadi yang seterusnya akan menjadi tatapan buat diri ini dan pembaca yang lain. Aku menjadi semakin bersemangat untuk terus menulis dan menulis tatkala coretanku di dunia maya turut dibaca oleh penduduk dunia. Aku mendapat banyak maklumbalas positif yang dihantar melalui emel mahupun komen yang ditinggalkan di setiap artikel blog.


Sebelum laman www.dorsettpink.com diciptakan, aku terlebih dahulu wujudkan www.lavenderbackpacker.blogspot.com atas dasar ingin berkongsi pengalaman kembaraku. Pengalaman kali pertama mengembara secara solo merentasi 3 buah negara – Vietnam, Hongkong, China yang merentasi jalan darat dari Bandar Ho Chi Minh sehingga ke Hong Kong dan Beijing telah menyuntik semangatku untuk terus berkongsi dan aktif dalam dunia maya. Namun, dengan wujudnya Blog Dorsett Pink, perkongsianku tidak terbatas tentang kisah kembara sahaja, namun ku turut mencoretkan kisah kehidupan peribadiku sebagai seorang ibu, seorang pengembara dan sebagai seorang pelajar. Blog ini juga turut menjadi saksi pahit-manisku dalam perjalananku mengharungi kembara PhD.

*Bersambung.............

Baru Beli Kalkulator

in , by dorsett pink, June 25, 2020
Petang semalam aku beli kalkulator kat Lazada.

Dah lama nak kalkulator warna PINK, tapi duk tertangguh-tangguh jer.

Sebelum-sebelum ni dah ada kalkulator, tapi warna kelabu, warna putih, dan warna hitam, tapi semuanya dah hilang. Tak tahu hilang kemana 😂.

So, kali ni aku nak sangat beli kalkulator baru, tapi nak warna PINK 😊. 

Baru beli semalam. Aku beli 2 unit , untuk Kakak FL satu lagi. Sebab dia selalu ambik barang mommy. Apa yang mommy ada, semua dia nak juga. So, sekarang terpaksa beli 2 unit. Even lipstik pun dia ambik mommy punya 😨.



Aku beli petang semalam. TUP-Tup pagi ni dah sampai. 
Fuhh! Laju giler. Terima kasih seller! Nama seller tu - Asuka Express, office kat Wangsa Maju.

Youtuber Sugu Pavithra Dah Jadi Model

in , by dorsett pink, June 25, 2020
Hebat betul Youtuber Sugu Pavithra. Sekejap jer nama dia mencanak naik. Dalam sekelip mata jer orang kenal dia. Brand Sugu Pavithra ni 'lahir' masa PKP baru-baru ni. 

Aku follow dia sejak dia belum cecah follower 100k lagi. Aku suka tengok dia - simple dan humble. 

Aku pun tak sangka, video santai macam tu tanpa sebarang edit pun boleh meletop. Sampai PM pun boleh sebut nama dia kat TV.

Sebab aku punya persepsi sebelum ni -  kalau nak jadi Youtube mesti kena pandai dan ada masa untuk video. kalau tengok Youtube Chanel yang meletop-letop, diaorang semua edit video. Kalau tak banyak edit pun, at least ada edit sikit. Tengok video Ryan - Ryan's Toys Review - video-video dia semua edit, mak ayah dia buatkan. Sebab tu aku tak terjebak nak buat Youtube Video - sebab tak ada masa dan tak minat nak edit-edit video. 

Sekarang Subscriber dia dah 700 orang. Fuhh! Hebatnya! Sekejap jer. Kencang duit dia masuk melalui Youtube tu, sampai husband dia pun boleh berhenti kerja, sampai diaorang 1 family pun dapat pindha rumah yang lebih besar.



Baru-baru ni dia dijemput untuk jadi Model bagi Cover Majalah Pepatung. Sesi Fotografi tu berlangsng kat Sungai Siput, Perak. Dekat dengan rumah dia. Dia tak boleh nak travel jauh-jauh.

Walaupun baru-baru ni ada kontroversi pasal dia demand RM 10K untuk hanya 1 jam 1 show masakan di kaca TV. 

Bagi aku OK lah dia mintak RM 10,000, fans dia ramai giler kot kat Youtube tu. Kalau dia masuk TV, for sure ramai fans dia duk tertunggu-tunggu kat TV. Walaupun produser TV tu kata harga tu setaraf dengan Chef Wan. 

Tak kisahlah harga tu sama dengan Chef Wan ke, dengan Chef Zam ke or even dengan Chef Oliver sekalipun. Kalau Sugu V tu keluar TV, rating Stesen TV jugak yang tinggi, and end up TV jugak yang dapat untung giler-giler. 

Walaupun show 1 jam jer, tapi shooting tu berjam-jam, entah-entah shooting dari pagi sampai malam. So, berbaloi harga RM 10K tu dengan masa yang diluangkan. Sebab masa itu emas, masa itu duit. 

Apa pun, TAHNIAH aku ucapkan buat Ms. Pavithra. You have done a great job!. Keep on flying, don't ever give up, even how many HATERS hate you! Just believe in yourself. Just ignore negativity and keep spreading positive vibes. =))

Weekend baru-baru ni aku bercuti ke Janda Baik, Pahang seperti yang aku bagitau dalam post-post sebelum ni. Hotel yang dipilih ialah 101 Resort, yang terletak di Pulau Santap, Janda Baik, Pahang.





Ini kali kedua aku bercuti kat Janda Baik. Yang first dulu kat Resort Tanah Aina Farah Soroya. Kali ni pilih resort yang bukan dalam hutan sangat. Boleh parking kereta kat dalam resort tu terus. 

Kat Tanah Aina tu best, cuma tak de line telifon, sebab resort tu jauh ke dalam hutan - kena naik truck / four-wheel drive, dan kereta parking kat bawah (tempat parking disediakan). Untuk yang sukakan adventure, OK sangat pergi sana. Aku pun suka tempat tu. Nanti nak repeat kesana lagi.

 Yang 101 Resort ni best jugak, dan cantik. Resort ni betul-betul depan sungai. Nak picnic tepi sungai pun boleh, nak buat BBQ pun tersangat boleh. 


Ini bilik/rumah yang aku stay. Kat atas tu. So, setiap 1 blok ni ada 4 rumah. Aku book resort ni last minute, so dapat la rumah tingkat atas. Yang lain smeua dah fully book. 



 Ini view dari rumah aku.

Dalam 1 rumah ni ada 2 bilik tidur, dan  2 bilik air. Ada TV (tapi tak de siaran 😂), ada meja makan, cuma tak de kitchenette.

Bilik tidur 1

 Bilik tidur 2

 Ada 2 bathroom


 Living room

 Swimming pool ditutup


 Resort ni berbukit-bukit. Banyak tangga. So, untuk yang warga emas, yang uzur, yang pregnant dan yang ada anak kecik yang menggunakan stroller atau insan istimewa yang menggunakan wheel chair tak sesuai datang ke resort ni.


 Entrance. Hotel fully book. Penuh!

 Rumah lebah           
                                                           
 Ini lobby. Reception counter kat sini - rumah tradisional

 Datang hotel ni, aku teringat kat rumah pusaka Arwah Tok Wan - tempat aku membesar





 Ini kali pertama Kakak FL mandi sungai. Baru dia tahu betapa sejuk  nya air sungai sampai tak berani dia nak swimming kat dalam tu. Takut dengan kesejukkan 😂.

 Duduk je lah Kakak FL tercegat atas batu tu sampai habis 😂.


Yang sorang ni langsung tak berani masuk sungai. Dengan rambut Afro bangun tido nya... errmmm.. Layankan ajer 😂.


Balik dari hotel tu, Kakak FL tak habis-habis cakap - 'Mommy, kakak dah tak nak mandi sungai, sejuk!' 😂😂😂. Kakak, kakak.. Jangan jadi orang bandar sangat lah kakak ooooii. 

Entri berkaitan sebelum ni : 


P/S : Kat Janda Baik ni pokok durian tak berbuah. Dusun durian semua tutup. So, kalau korang brehajat nak makan durian sekarang, bukan di Janda Baik atau Raub jawabnya.  

Terbaiklah Pengusaha Hotel Patuhi SOP

in , , by dorsett pink, June 22, 2020
Sejak kerajaan umumkan boleh rentas negeri, aku antara orang yang happy sebab dah dapat keluar dari Lembah Klang. Gatal sangat dah kaki ni nak pergi bercuti. Dah lama tak tidur hotel, rindu dengan bau hotel. Kakak FL pun rindu nak swimming kat pool.

So, Jumaat hari tu aku dan keluarga kecikku bercuti kat Janda Baik, Pahang. Best duduk sini, sebab dalam hutan - boleh dekat dengan alam. 

Aku berani nak pergi bercuti kat hotel sebab aku percaya yang Pihak Hotel Patuhi SOP sepertimana yang telah ditetapkan oleh MKN dan KKM. Ye lah, diaorang pun nak survived dan nak sustain business diaorang. Kalau diarang TAK PATUH, nanti hotel tu kena tutup.

So, sesampai je aku kat resort tu, nak masuk ke Reception Counter kena pakai mask, kena pakai hand sanitizer. Pastu kat mana-mana ada jer signboard tertulis - 'Jaga Jarak Sosial 1 Meter'. 

Resort ni penuh - fully book. Pelancong yang datang dari pelbagai negeri. Ada dari Perak, ada dari Johor, dari Melaka, dari Terengganu, macam-macam. Memang sekarang musim Rakyat Malaybusia pergi bercuti. Takpelah tak dapat bercuti keluar negara pun, at least kita dapat support our local economy by ourselves. 

First thing first masa sampai kat resort tu, kitaorang cari swimming pool dulu, nak tengok pool bukak tak.

Pool tak bukak. Frust Kakak FL 😂. Tapi dia dah bersedia kalau pool tak bukak, lagipun swimsuit dia tak bawak. 

 Harga bilik yang kitaorang bayar include sekali ngan breakfast. Tapi breakfast buffet tak dibenarkan. Tapi walaupun tak de buffet pihak hotel hantar breakfast yang dibungkus ke setiap bilik. Breakfast - nasi lemak sorang satu, tapi tak de air minum 😂. Sabo jer lah.


Walaupun pool ditutup (bguslah tutup untuk mengelakkan penularan Covid19), kitaorang mandi kat sungai depan resort ni. Best giler. Kakak FL first time mandi sungai.

Terbaiklah Pengusaha Hotel. Aku doakan semoga business kalian mendapat sambutan hangat dan agar sektor pelancongan negara kembali bersinar =)).


© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE