Terbaiklah Pengusaha Hotel Patuhi SOP

by - Monday, June 22, 2020

Sejak kerajaan umumkan boleh rentas negeri, aku antara orang yang happy sebab dah dapat keluar dari Lembah Klang. Gatal sangat dah kaki ni nak pergi bercuti. Dah lama tak tidur hotel, rindu dengan bau hotel. Kakak FL pun rindu nak swimming kat pool.

So, Jumaat hari tu aku dan keluarga kecikku bercuti kat Janda Baik, Pahang. Best duduk sini, sebab dalam hutan - boleh dekat dengan alam. 

Aku berani nak pergi bercuti kat hotel sebab aku percaya yang Pihak Hotel Patuhi SOP sepertimana yang telah ditetapkan oleh MKN dan KKM. Ye lah, diaorang pun nak survived dan nak sustain business diaorang. Kalau diarang TAK PATUH, nanti hotel tu kena tutup.

So, sesampai je aku kat resort tu, nak masuk ke Reception Counter kena pakai mask, kena pakai hand sanitizer. Pastu kat mana-mana ada jer signboard tertulis - 'Jaga Jarak Sosial 1 Meter'. 

Resort ni penuh - fully book. Pelancong yang datang dari pelbagai negeri. Ada dari Perak, ada dari Johor, dari Melaka, dari Terengganu, macam-macam. Memang sekarang musim Rakyat Malaybusia pergi bercuti. Takpelah tak dapat bercuti keluar negara pun, at least kita dapat support our local economy by ourselves. 

First thing first masa sampai kat resort tu, kitaorang cari swimming pool dulu, nak tengok pool bukak tak.

Pool tak bukak. Frust Kakak FL 😂. Tapi dia dah bersedia kalau pool tak bukak, lagipun swimsuit dia tak bawak. 

 Harga bilik yang kitaorang bayar include sekali ngan breakfast. Tapi breakfast buffet tak dibenarkan. Tapi walaupun tak de buffet pihak hotel hantar breakfast yang dibungkus ke setiap bilik. Breakfast - nasi lemak sorang satu, tapi tak de air minum 😂. Sabo jer lah.


Walaupun pool ditutup (bguslah tutup untuk mengelakkan penularan Covid19), kitaorang mandi kat sungai depan resort ni. Best giler. Kakak FL first time mandi sungai.

Terbaiklah Pengusaha Hotel. Aku doakan semoga business kalian mendapat sambutan hangat dan agar sektor pelancongan negara kembali bersinar =)).


You May Also Like

11 comments

  1. harap covid ni cepat terhapus..

    ReplyDelete
  2. Time mcm nie mmg pool dan tpt makan masih tutup kat sesetengah tpt.. oke lah ada sungai.. janji anak tak ngamuk..

    ReplyDelete
  3. Pelanggan pun kena patuh SOP juga

    ReplyDelete
  4. Sekurangnya dpt mandi juga. Seronok dpt bercuti

    ReplyDelete
  5. kalau buka semua ni mesti lagi best !^^

    ReplyDelete
  6. alamak macam tak best la pulak g hotel atau resort tak dapat mandi pool dan bfast buffet. kikiki

    ReplyDelete
  7. Kalau swimming pool buka boleh kena report tu.

    ReplyDelete
  8. mesti seronok FL dpt mandi sungai

    ReplyDelete
  9. kalau hotel x ikut SOP silap2 MKN boleh arahkan hotel tersebut ditutup.

    ReplyDelete
  10. banyak sop yang perlu dipatuhi oleh mereka, moga kita stay di hotel mereka dapat membantu ekonomi mereka...

    ReplyDelete