Dah Seminggu Hari Raya

in , by dorsett pink, May 31, 2020
Dah seminggu kita menyambut Syawal 1441H. Tahun ni kita beraya dalam norma baru, masa PKP. 

Jujurnya bagi aku, aku rasa tak best raya kali ni. Totally lain dari kebiasaan kita sambut raya. 

Tapi nak buat macam mana, ini yang terbaik untuk kita semua sekarang. Bukan kita nak pun, semua orang pun tak nak beraya macam ni. Tapi nak tak nak, semua terpaksa terima. Demi kebaikan semua pihak especially keluarga sendiri. 

Allah tak kan bagi apa yang kita nak, tapi Dia bagi apa yang kita perlukan. Apa yang kita nak, belum tentu tu yang terbaik untuk kita. Dan apa yang kita dapat/rasai, itulah yang terbaik untuk kita ketika itu. Sebab Allah itu Maha Mengetahui.

Aku harap tahun depan kita semua Umat Islam dapat kembali beraya macam biasa, seperti tahun-tahun sebelum ni. Harap sangat. Jangan berhenti berdoa ya gais. 




Kenapa aku kata raya tahun ni tak best ? :

1. Sebab dapat beraya hari pertama jer. Tak puas nak ziarah saudara-mara. Raya pertama jer tak cukup. Biasanya masa hari raya lah kita akan jumpa sanak-saudara yang dah lama kita tak jumpa.

2. Sebab tahun ni tak dapat ziarah kubur. KKm tak benarkan. So, raya tahun ni aku tak ziarah kubur my late MIL kat Kota Damansara.

3.  Raya kedua dah kena duduk rumah sendiri buat kerja-kerja rumah atau layan TV 😒.

4. Tak boleh gathering dengan family members yang lain 😒.

5. Anak-anak pun tak boleh keluar beraya. Bosan duduk rumah jer sejak 2 bulan lalu. 

6. Tak dapat main bunga api. 

7. Bila beraya tak dapat bersalaman macam biasa, tak dapat peluk cium macam biasa, kena jaga social distancing - sangat susah tu.

8. Raya tahun ni tak dapat ambik gambar keluarga beramai-ramai. 


Tapi, aku still bersyukur sebab masih dapat jumpa family members (belah en.hubby) masa raya pertama hari tu. Nasib baik duduk dekat Klang Valley jer, so dapatlah jumpa. Cuma aku tak dapat jumpa family aku kat  Kemaman , Terengganu.

So, aku faham macam mana rasanya tak dapat balik kampung bagi yang ada mak ayah kat kampung. Dah lah dah lama tak balik kampung, tetiba kena PKP pulak, pastu extend ke hari raya. huhu. Tabahkan hati.. Bersabar jer lah. Sama-sama kita berdoa agar virus Covid19 akan segera terhapus dari muka bumi ini. 

Dan aku bersyukur jugak sebab aku tak beraya di hospital dan tak menjadi pesakit Covid19. Alhamdulillah. Thanks Allah! Sebab bagi kami sekeluarga kesihatan yang baik.

Semoga kita semua dapat kembali menjalani kehidupan normal kelak.


Anak-anak dilahirkan seperti kain putih yang bersih dan suci. Kitalah yang akan mewarnai anak-anak itu untuk menjadi manusia. 

Nak anak menjadi hebat, ibu kena hebat. Mendidik anak-anak  supaya anak-anak menjadi anak soleh dan solehah perlukan pengorbanan yang luar biasa dari si ibu. Bukan biasa-biasa. 

Mana mungkin ada Imam Syafiee kalau ibunya tak hebat. Mana mungkin ada Saidatina Aisyah bt.Abu Bakar Isteri Rasulullah saw kalau ibunya, Ummu Ruman binti Amir tak hebat. 

P/S : Tips dikongsikan untuk diri sendiri. Untuk peringatan buat diri sendiri yang sangat jahil dan selalu buat silap.

Terharunya Mommy Bila Dapat Duit Raya

in , , by dorsett pink, May 28, 2020
Mommy Dapat Duit Raya .. Yeaayy! Ya be da be doooooo!..

Terharunya mommy bila Kakak FL bagi duit raya kat mommy masa raya pertama hari tu. 

Fuhh! Rasa nak menangis. Terima kasih Kakak! Sayangnya Kakak kat mommy.. So sweeet.



Bila mommy tanya kakak kenapa bagi duit kat mommy, jawapan dia - 'sebab mommy tak kerja, mommy ambiklah duit ni  untuk beli apa-apa'. 

Fuhh! Lagi double sebak. Tapi control. Buat-buat muka ayu gitu =)).

Mana Kakak FL dapat duit tu?

Dia guna duit raya yang orang bagi kat dia 😊.

Bila mommy cakap - 'nanti habislah duit kakak kalau kakak bagi kat mommy'. Dia jawab - 'Takpe mommy, sikit jer kakak bagi tu. Duit kakak ada lagi. Nanti Allah bagi lagi kat kakak duit banyak-banyak'. 

Uhh!. Padahal duit raya dia tahun ni tak banyak mana pun. Al-maklumlah, tahun ni kan Raya PKP, duduk rumah jer, mana nak dapat kumpul duit raya macam tahun-tahun sebelum ni. 

Baguslah kalau Kakak tak berkira. Semoga keikhlasan hati kakak memberi pada mommy akan kekal sampai bila-bila, sampai kakak dah besar nanti. 

Walaupun hanya RM 10, besar maknanya untuk mommy tu sayang. Mommy tak kisah nilai wangnya, yang penting ikhlas dan sayang mommy sampai bila-bila.  Mommy terharu sangat-sangat. Terima kasih sayangku Kakak FL.

Baju Raya Tahun 2020

in , , by dorsett pink, May 28, 2020
Ikutkan perancangannya, tahun ni tak nak beli baju raya. Al-maklumlah beraya masa musim PKP, tak kemana pun, duduk rumah jer. Dapat beraya pun raya pertama jer. So, pakai baju raya tahun-tahun lepas OK jer.

Tapi seminggu sebelum raya, en.suami cakap nak beli baju raya untuk kami sekeluarga tahun ni. Sebabnya dia ada baju baru (baju melayu yang belum pakai lagi - baju sponsored beberapa tahun lepas punya). En.suami aku ni jenis tak suka sangat pakai Baju Melayu. Dia akan pakai bila Hari Raya jer atau ada event-event yang wajib pakai Baju Melayu jer. Selebihnya, baju melayu hanya tersimpan dalam wardrobe. 

So, en.suami kata lebih baik beli jer baju raya untuk kenangan dalam Album Raya 2020 - pakai baju sedondon. Dan dia decide tema colour Peach atau Oren, sebab baju melayunya warna Oren ala-ala peach gitu. Beli seasang jer cukup - untuk raya pertama jer. 


Misi pencarian baju raya - seminggu sebelum raya. Masa tu pembelian online dah tak tutup. Pos Laju dah bercuti. So, nak tak nak kena pergi kedai la beli. 

Mula-mula pergi kedai Hari-Hari. Tahun lepas beli baju kurung anak-anak kat Hari-Hari, harga dia murah - dalam RM 50. Tapi tahun ni sepasang baju kurung kanak-kanak RM 84. Fuhh! Terus keluar kedai tak jadi beli.

Pastu pergilah ke PKNS Shah Alam (en.suami pergi sorang), langsung tak jumpa baju kanak-kanak (baju anak-anak priority dulu, baju mommy kemudian), sebab tak de Bazar Aidilfitri kat tengah-tengah tu. Pergi SACC pun sama. Last-last balik rumah jer tanpa shopping apa pun. 




Balik rumah, godek-godek instagram,ternampak Jakel - ada personal shopper. Terus whatsapp dia, tapi baju kena pick up sendiri, tak de pos dah. OK jer pick up sendiri, sebab malas nak gi shopping nak try baju. Lagipun budak-budak tak boleh masuk kedai. 

Aku send through Whatsapp gambar baju dan saiz yang aku nak. Dia tolong carikan, pastu terus reserve my booking - baju mommy dan baju anak-anak. Esokkannya, en.suami pergi ambik jer baju tu kat Jakel HQ, bayar kat situ jugak. Senang! Tak payah bawak anak-anak ke sana-kesini mencari baju. 







Ini Hari Raya Ke-3. Hari ke-2 takde gambar


Baju Kakak FL : Beli kat Vietnam last year (baju baru belum pakai lagi).
Baju Leeya : Baju raya 2 tahun lepas, beli kat JAKEL. Pernah pakai sekali jer masa Raya 2018.


Baju Mommy : Baju Konvo PhD (Beli kat Vietnam). Baru pakai sekali masa Konvo tahun lepas. 
Shopping Online Kat PG Mall | Sejak PKP ni, terlebih rajin pulak shopping online, especially en.suamiku tercinta πŸ˜„. Al-maklumlah, nak keluar rumah tak boleh, kedai-kedai semua tutup, nak pergi MALL pun Mall tutup, jadinya kita shopping kat rumah jer lah. 

Selalunya, aku dan en.suami shopping online kat Lazada dan Shopee jer. Tapi recently kami baru tahu tentang kewujudan mall digital yang baru - PG Mall. Aku tahu pasal PG Mall sebab baca blog wakan-rakan blogger, ngan kat sosial media, masing-masing duk update pasal PG Mall. Thanks you all, sebab share pasal PG MALL. Kalau tak, aku pun tak tahu ada Mall online baru. 

So, this is the first experience for us to shop at PG MALL - https://pgmall.my/


Macam-macam barang ada jual kat PG Mall ni. Dari produk kecantikan, sampailah ke produk barangan elektrik , semua ada. Untuk ma-mak nak cari barang anak-anak pun ada kat PG Mall ni. Senanglah, semuanya di hujung jari. So, kita sekarang dah ada banyak pilihan nak shopping kan. 






Pendek kata, macam-macam ada kat PG Mall ni. Pastu pulak, siap ada apps lagi. So senanglah nak shopping lepas ni - guna smart phone jer. Apps boleh download kat Apple Apps Store atau kat Google Play.


Dapat CashBack 20% Bila Bayar Guna Maybank QRPay

PG Mall menggalakkan pembayaran secara cashless, iaitu pembayaran boleh guna TouchnGo e-wallet, C-wallet, Maybank QRPay, Boost dan macam-macam lagi.  PG Mall ialah satu-satunya Mall Online yang terima semua bentuk pembayaran secara cashless. 

Kalau korang ada Maybank QRPay , korang bayar jer guna Myabank QRPay ni dan korang dapat rebat 20%. Sebab PG Mall ada buat kempen 'Raya Paling Gempak' dari 26 Mei 2020 ni sampai 26 Jun 2020 nanti. So, bila mana korang shopping kat PG Mall dan bayar guna Maybank QR Pay, korang akan dapat diskaun 20% sebanyak 2 kali tempoh promosi ni iaitu smapai 26 Jun 2020 nanti. 

Diskaun 20% ni terhad pada RM20 dengan setiap pembelian minimum RM 30. 

Korang boleh dapat 2 kali  tau cashback 20%. 2 x RM 20 = RM 40. Dapat diskaun RM 40 tu. Banyak tu! Siapa nak bagi cashback RM 40 macam tu. So, cepatlah shopping kat PGMALL sebelum 26 Jun ni. Dan ingat, please guna Maybank QRPay . Klik jer link ni - https://pgmall.my/myraya-campaign2020 .




Dapat Reward Berterusan Melalui Program 'Forever Cashback PG Mall'

Boleh dapat pulangan tunai sampai 3.5% bila kita refer PG Mall kat kawan-kawan. Senang jer cara - just share jer referral link PG Mall ke kawan-kawan, pastu bila kawan tu shopping kat PG Mall guna link yang diberi, korang akan dapat reward tu. Best kan? Best kan?

Pulangan tunai sehingga 3.5% ni korang akan berterusan dapat selagi korang atau kawan-kawan yang guna referral korang shopping kat PG Mall. Sebab tu dipanggil 'Forever Cashback PG Mall' - forever/ selamanya dapat cashback. Berbaloi sangat! Korang boleh dapat duit macam tu jer. 



So, tunggu apa lagi. Jom shopping sekarang kat PG Mall! 

Untuk info lanjut : 

Hari Raya 2020

in , , by dorsett pink, May 26, 2020
Assalamualaikum..

Hari ni raya ketiga. Aku rasa masih belum terlambat untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua readers blog dorsettpink.com . Aku nak mintak maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki kalau ada silap tutur kata dan bicara dalam penulisan aku yang buatkan korang kecik hati atau sakit hati. Aku mintak maaf sangat-sangat. 



Aku hanya manusia biasa yang tak terlepas dari melakukan kesilapan. Minta maaf juga tak sempat nak blogwalking kat blog korang. Kalau ada kesempatan, aku cuba untuk BW. Almaklumlah, ada anak kecik, nak update blog pun, kena ' bersilat 'dulu dengan anak. 

Andai kata kalau kita pernah kenal di dunia realiti, aku minta maaf jika pernah buatkan korang terasa hati dan menyinggung perasaan korang. Aku harap perkenalan yang terjalin kekal untuk selamanya. Always keep in touch yoo.

Terima kasih juga pada kalian semua yang sudi membaca blog aku ni termasuk silent readers. Terima kasih pada yang sudi tinggalakn komen-komen di ruangan komen. Aku hargai setiap feedback korang. Aku mintak maaf kalau komen-komen tu tak terbalas. Kadang-kadang bila aku bukak blog, aku mengejar masa, rushing sangat, so tak sempat nak reply komen. Bila ada waktu free, aku baru repy komen-komen tu. Minta maaf tau.

Untuk yang follow aku kat sosial media samada kat IG atau FB, aku sangat-sangat berterima kasih. Terima kasih juga pada yang sudi hantar emel pada aku, yang sudi DM aku untuk tanya soalan-soalan. Terima kasih snagat-sangat. Aku cuba reply DM korang dan menjawab soalan-soalan tu selagi yang aku mampu. Kalau soalan tak terjawab, aku akan merujuk pada yang pakar. Terima kasih sangat-sangat. Maksudnya kalian membaca penulisan aku kat blog. Terharu sangat. Terima kasih tau.


Aku harap Hari Raya tahun ni meriah jugak untuk korang walaupun tak dapat balik beraya ke kampung.

Aku macam biasa raya kat KL seperti tahun-tahun sebelum ni. So, rutin raya pertama tu ikut jer macam tahun sebelum ni. 

Raya Pertama - solat aidilfitri kat rumah, pastu makan-makan sambil tengok TV cerita Raya sampai solat zuhur, pastu keluar ambik gambar raya kat luar, then pergi beraya rumah family sampai midnight. 

Raya Kedua - disebabkan PKP dan larangan ziarah-menziarahi tahun ni, jadinya raya kedua kita duduk rumah jer , layan buat housechores yang tak pernah habis dan layan tengok TV  =)).



Selamat Hari Raya korang. Maaf Zahir dan Batin =))


29 Ramadhan - Khatam Quran

in , , by dorsett pink, May 22, 2020
Hari ni 29 Ramadhan 1441H. Esok last kita berpuasa , pastu sambut raya.

So, hari ni geng usrah yang aku join - Usrah SRR (Usrah Suri Rumah Rahmah) buat Majlis Khatam Al-Quran secara online, guna Zoom Meeting.



Khatam al-Quran ni start jam 7 pagi tadi lepas Solat Subuh.

Kalau pagi-pagi OK, aku dapat join sebab anak-anak masih tidur.

Tapi sayangnya, tak dapat nak stay lama sampai habis sebab ada hal pulak. Anak merengek. Tapi dapat jugak lah habiskan 1 surah. Ada anak kecik macam-macam cabarannya. Tapi takpe, nanti bila anak-anak semua dah besar, kita pulak rindu dengan moment-moment diaorang masa kecik-kecik. 

Semoga Allah swt masih memberi nafas lagi untuk aku berjumpa dengan Ramadhan akan datang. InshaAllah. Amin.

Selamat berpuasa semua dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir Batin.

Ingat! Jangan balik kampung!

And please stay at home. 

P/S : Rumah aku tertutup rapat hari raya nanti. Tak de tetamu dibenarkan masuk  πŸ˜€πŸ˜€.

Hari tu aku ada buat kek batik. Lama menunggu nak buat kek batik ni masa PKP, tapi sebab susah sangat nak dapat Biskut Marie. Jadi, terpaksalah dibiarkan penantian tu.

Kat area rumah aku ni, susah nak cari Biskut Marie masa PKP. Habis stok. Macam-macam kedai aku pergi, tapi semuanya tak de stok. Even kat kedai Yummies pun tak de stok biskut marie.

BFF aku cakap, kat tempat dia pun sama tak de stok biskut marie, so ada jiran dia cakap terpaksa guna biskut mayat / biskut jagung nak buat kek batik ni. 

Tapi Syukurlah, last-last aku dapat jugak Biskut Marie ni. En.suami terjumpa, lalu terus dibelinya. Thanks Sayang. 



Bila dah dapat biskut marie, apa lagi, kita balun la buat kek ni. Sebab bahan-bahan lain memang dah tersedia di rumah. Senang jer nak buat kek ni dan tak penat pun. Resipi aku ambik kat Youtube. 




Aku rasa tak perlu la aku share resipi sebab semua orang dah tahu buat kek ni, kan?. Resipi tu pun aku tiru kat Youtube. Senang korang tengok video terus. Lagipun senang jer nak bta. Tak perlu kukus atau bakar. Masuk peti ais jer. 

Cuma aku nak bagitau yang topping coklat tu u guna whipping cream.

Whipping cream memang tersedai ada kat rumah aku. Sebab aku guna untuk buat cheese cake, aku hantu cheese cake. yyummmm-yummm.. Sedap cheese ckae, tapi tak boleh makan banyak, cepat muak. So kena makan sikit-sikit.


Resipi Topping Kek batik 

Bahan-Bahan :
- 1 sudu salted butter (nak guna unslated pun boleh)
- 200 ml whipping cream
- 200 g cooking chocolate
- 1 sudu estrak vanilla

Cara Buat :
1. Masukkan semua bahan-bahan ni dalam kuali. Masak guna api kecil. Gaulkan sampai sebati semua bahan tu. Jangan berhenti kacau sampai masak.

2. Bila coklat dah cair dan bahan-bahan tu dah mix well, tutup api. Tuangkan atas kek batik tu.

3. Ratakan topping coklat tu guna spatula.

4. Bila dah siap, balutkan loyang dengan wrapping plastik. Pastukan masukkan dalam peti ais.

5. Selepas beberapa jam, Kek dah ready untuk dimakan. (tapi kalau kek masih lembik, biarlah lama sikit dalam peti ais).


Selamat mencuba ! Dan Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.



TIPS Membeli Air Fryer

in , by dorsett pink, May 22, 2020
TIPS Membeli Air Fryer | Aku ada follow group 'Resipi Air Fryer (Malaysia)' kat Facebook. 

Hari tu ada orang share pasal TIPS untuk membeli Air Fryer since ramai sangat yang tanya nak beli air fryer yang macam mana dan jenama apa yang berbaloi beli, sebab sekarang kan ada macam-macam brand dan macam-macam jenis air fryer ni. Ada yang macam oven, ada yang konvensional, ada yang bukak dari atas, ada yang bukak dari tepi. Macam-macam lah. 

So, bagus jugak pada mereka yang bertanya soalan tu. Dan bagus jugak ramai yang sudi share info dan TIPS. So, aku pun turut belajar dari info-info yang dikongsi. 

Inilah antara TIPS nya yang dikongsi oleh Sis Aishah Shah. 


Tips beli af, harap membantu :)

Ada 3 jenis af. Yg tarik bakul, yg buka dari atas (turbo), yg mcm oven. Yg bakul senang nak guna, just tarik je, isi makanan dan tolak balik bakul tu (ramai guna ni). Yg buka dari atas dan mcm oven tu ada aksesori lain, boleh golek ayam dan buat popcorn. Biasanya jenis bakul suhu max 200°C, yg bukak dari atas dan yg jenis oven sampai 230°C.

Control ada 2 jenis, manual dgn digital. Manual senang pulas2 tombol. Tapi manual ni cepat hilang tulisan nombor πŸ˜‚ Digital ada preset boleh tekan2 tp nak adjust suhu/masa selain dari ikut preset kena tekan lebih sikit. So jenis pulas2 lebih mesra kanak2 n org tua sbb jari tak payah laju2 utk tukar suhu/masa.

Harga ikut jenama. Philips mahal tp insyaallah tahan bertahun2. Mcm russell taylors, morgan, haier, birkeshire, khind, mmx, trio tu harga mampu milik dlm range 180-280. Tengok capacity, ada pan capacity dan basket capacity, kalo basket capacity besar tu boleh letak makanan byk sikit. Ada yg jual online harga rm150 tapi check dulu warranty and reviews, sebaik2nya cari yg warranty setahun. Jgn beli yg harga rm50, scam, nanti silap2 dpt tasbih je.

Utk yg boleh golek ayam harga paling murah XMA 300 boleh dpt, riino, butterfly, primada, firenzzi, hetch sume tu 350-500. Jenis oven ada 4, khind (9.5l dlm rm400), haier (10l dlm rm500), riino, zenne (12l dlm rm550-600).

Special note sikit, trio ada oven+af, yg ni dia tulis capacity oven lain, capacity af lain. Tak tau nak komen apa bezanya fungsi oven dan fungsi af sbb sy tak pernah tengok dan takde kawan2 yg pernah pakai dan bg review. Innofood oven af pun kategori ni jugak.

Paling murah dan besar boleh cari halogen oven, x boleh golek ayam tapi muat ayam sekor, glass body and top, harga bawah 200 capacity 12l size lebih kurang sepemeluk. Ni dulu dikira bukan af, sekarang dah masuk semula market jadi af. So sy listkan jugak (tak tau kategori no 4 ke atau tak sama kategori πŸ˜‚). Ada yg dah 20 thn pakai jenis camni. La gourmet goshop tu masuk dlm kategori ni.

Sebab ramai yg tanya apa yg terbaik, maaf ya sy tak dapat nak kata mana paling bagus, semuanya ikut budget dan preference masing2. Sy takde duit nak beli semua dan test satu2 πŸ˜‚ harga terkini boleh survey di lazada, shopee, goshop, cjwowshop.



Ini contoh Air Fryer yang terkini. (Sumber gambar - google image)

**********************************************************************************

Aku ada air fryer. Beli kat Lazada. Tapi aku beli jenama biasher-biasher jer , kalau sebut pun korang tak tahu pasal jenama tu. Murah jer aku beli. Boleh baca kat entri ni - 'AIR FRYER - YESSS! FINALLY I GOT MINE!'.

Aku beli Air Fryer tu masa Ramadhan tahun lepas. Dah genap setahun usia Air Fryer tu. 

Tapi sayang (atau malang..huhu), air fryer tu skrang dah tak berfungsi sangat. Masih boleh digunakan lagi, tapi aku dah tak guna sebab coating dia tertanggal dan berkarat. Dan jugak, bila guna, lama giler makanan nak masak. 

Sepatutnya air fryer ni menyenangkan kerja-kerja chef kat dapur, tapi sebaliknya menyusahkan pula. Bila aku masak guna air fryer ni (contoh macam goreng ikan), last-last aku kena goreng semula kat atas dapur. Bukankah itu membazir masa dan membazir tenaga? 

Jadinya, dari pengalaman aku ni, aku dah serik nak beli air fryer atau apa-apa peralatan elektrik yang tak popular. Biarlah melabur duit banyak sikit, asalkan kita dapat yang berkualiti. kalu tak berduit, kenalah menabung. Biarlah lama benor nak kaih hasil tabungan, but at least penantian tu sangat berbaloi akhirnya. 

Biar mahal, asalkan berkualiti. 

Bye-bye my air fryer =((.

Halau Lalat Guna Kulit Kayu Manis Jer

in , by dorsett pink, May 17, 2020
Petua Halau Lalat - Guna Kulit Kayu Manis | Lately, tetiba ada pulak lalat sesat masuk dalam rumah. Tak lah banyak, tapi bernanah la jugak mata aku tengok si lalat duk terbang ke sana ke sini, ke sana ke sini. Tak pernah-pernah rumah ni ada lalat, tetiba pulak ada.

Mungkin sebab bau makanan yang sedap lagi enak tu kot. Al-maklumlah Bulan Ramadhan la katakan, mesti lah kita masak sedap-sedap untuk buka puasa nanti. Siap buat juadah kuih tradisional lagi 😊.  Ramadhan tahun ni kan unik. 

Dari langsung tak pandai dan tak suka buah kuih-mueh, tetiba jadi pandai pulak buat kuih. Haih! Angkat bakul sendri. Takpelah,siapa lagi nak puji diri sendiri kalau tak diri-sendiri kan? (*senyum). 

Rimas tengok si lalat tu, aku pun tanya lah dengan Pakcik Gugel macam mana nak halau si lalat ni. 

Amboiiii, banyak giler TIPS yang Pakcik Guel bagi. Sememangnya Pakcik Gugel tak pernah mengecewakan kita πŸ˜„..

Dari banyak-banyak TIPS tu, aku try guna yang 1 ni ↓. 


Petua halau lalat - ambik kulit kayu manis dan bunga lawang rendam dalam air, pastu biarkan kat tempat lalat tu. 

Dan ajaibnya, selepas beberapa ketika, lalat terus hilang. WoW! Amazing. Berkesan betul petua ni. 

Yang aku baca kat Pakcik Gugel tu, sebenarnya, kena tumbuk kulit kayu manis sampai jadi serbuk, pastu biarkan jer kat tempat lalat tu. Sebab lalat tak suka bau kulit kayu manis tu.

Tapi sebabkan aku malas nak tumbuk-tumbuk, aku try jer buat cara aku tu - rendam terus dalam air. Alhamduillah! menjadi jugak. 

Dan kini aku hidup aku kembali tenang tanpa kehadiran si lalat yang mengganggu rumahtangga aku tu  =)) .

Tourch Light Vs. Traffic Light

in , by dorsett pink, May 17, 2020
Di suatu malam beberapa malam yang lalu.....

Rumah dah gelap, dah ready nak tidur. 

Tetiba Kakak FL nak ambil sesuatu kat aras bawah. Haih! Orang dah nak tidur, dia nak turun bawah pulak. 

Dan pastinya dia akan ajak mommy teman turun bawah sekali. Mana mungkin dia nak turun bawah sorang-sorang. 

So, mommy pun layankan jer la, dengan mata separuh terbukak. Dah jadi mata Garfield dah. Al-maklumlah dah cukup waktu untuk beradu.

Kat bawah gelap-gelita, tak nampak apa-apa. 

Pastu, Kakak FL terus cakap kat mommy - 

Kakak FL : 'Mommy, tolong ambikkan traffic light'.

Mommy : Blurrr japp. Dah lah tengah mengantuk. Pastu mintak traffic light pulak. Pastu mommy jawab - 'Aikkk? Macam mana nak pergi ambil traffic light?'

Kakak FL : 'Ada kat atas trolley tu jer'. (Masa tu Kakak FL dah kat tangga, dah hampir nak sampai bawah dah.

Mommy : 'Traffic light tu apa?' - terus terang jer lah bertanya, senang sikit, lagi cepat boleh tidur.

Kakak FL : 'Yang keluar lampu tu, yang warna merah tu'.

hahahhahaa. Inilah dia 'traffic light' yang dimaksudkan πŸ˜‚


Nak gelak takut dia kecik hati nanti. So, gelak je lah dalam hati sorang-sorang πŸ˜‚. Kakak oh! Kakak , ini namanya tourch light bukan traffic light  πŸ˜‚ πŸ˜‚.. 

Senang Jer Nak Bayar Zakat Fitrah - Online Jer

in , by dorsett pink, May 13, 2020
Norma kehidupan kita dah berubah 360 darjah. Dah tak macam dulu lagi lah. Kalau dulu, jumpa orang mesti nak salam-salam, tapi sekarang, usah kata nak bersalam, nak dekat pun takut. 

Hebat sungguh kan penangan Covid19 ni. Walau hanya sekecil virus yang tak nampak di mata, tapi ia mampu mengoncangkan ekonomi dunia. Itulah Kuasa Allah swt yang tiada tandingan. 

Bazar Ramadan tak de tahun ni, Hari Raya pun duduk rumah jer, tak boleh pergi beraya. Habis tu nak bayar Zakat Fitrah macam mana pulak? ONLINE JERRR..


Sejak PKP ni, norma kehidupan kita dah bertukar ke dunia digital. Beli juadah hari raya - online, nak beli baju raya - online, nak beli lemang - online, nak beli kuih raya - online, pergi tuisyen pun online, buat homework pun online, meeting? pun sama online jer guna macam-macam apps. Hebat kita sekarang kan? Dunia telah berubah sekelip mata. 

Ada yang dari langsung tak tahu guna apps food delivery, sekarang hari-hari beli makanan guna apps jer 😁. Dari yang langsung tak tahu boleh pergi ke kelas dalam talian jer, sekarang hari-hari duk menghadap 'Google Classroom'. Dari yang langsung tak tahu nak guna printer, sekarang hari-hari guna printer. 

So, pembayaran zakat pun sama - dah berubah ke dunia digital jugak. Senang dah sekarang. Duduk rumah jer dan semuanya SETEL di hujung jari (smiling face).

Tak de Akad, SAH ke bayar Zakat? Jawapannya ialah - SAH. Boleh rujuk artikel dari Sinar Harian ni - 'TIADA AKAD, SAH KE BAYAR ZAKAT?'

OK, sennag jer CARA NAK BAYAR ZAKAT ONLINE ni. Korang pergi je kat website LEMBAGA ZAKAT SELANGOR (LZS) (Untuk Warga Selangor), atau klik jer link ni - https://fpx.zakatselangor.com.my/ . 

Ataupun , korang download jer apps 'ezakatPAY' kat AppStore atau GooglePlay. 



CARA BAYAR ZAKAT FITRAH ONLINE ni senang jer. Cuma buat 4 step jer. 





1. Isi maklumat pribadi (Maklumat pembayar zakat). 
Kat column 'Jenis Zakat' tu, korang pilih 'Zakatt Fitrah'. Kalau nak bayar zakat-zakat lain pun boleh macam zakat pendapatan, zakat harta, zakat emas, zakat ternakan, semua pun boleh - cuma set kat Column 'Jenis Zakat' ni jer. 

Lepas tu, pilih jenis beras apa yang korang makan kat rumah hari-hari. Kalau akan beras murah, pilihlah yang harga RM 7. Kalau makan Quinoa macam DS Najib , pilihlah beras yang paling mahal - RM 21. Atau hari-hari makan beras Basmathi, pun sama klik kat RM 21. Tapi kalau hari-hari makan beras wangi atau beras pulut, pilihlah beras yang harga RM 14. 

Ingat, JANGAN MENIPU! Allah TAHU =)). Kalau tipu, hidup tak berkat. 


2. Pilih Kaedah Bayaran
Kaedah bayar ni ada 3 - a) Bayar guna FPX  - samaada Maybank2u ker, CIMBclicks ker, atau apa-apa bank pilihan korang, b) Bayar guna JOMPAY, c) Bayar guna Touch&Go e-Wallet. 


3. Pilih Bank
Lepas tu, pilih Bank pilihan korang. Bank yang ada duit lah. jangan pilih bank yang tak ada duit pula.


4. Ambil Resit
Last sekali, ambik resit pembayaran tu. Resit tu nanti boleh buat claim income tax (kalau bayar zakat-zakat lain). 

SENANG JER KAN?? Sambil layan Drama Korban Kasih pun boleh bayar zakat 😊. 


Lagi menarik, korang boleh menang hadiah giveaway dari LZS kalau korang bayar zakat online ni.



Lembaga Zakat Selangor

Settle! Lagi cepat bayar, lagi cepat tanggungjawab selesai . Soal ibadah ni jangan dilengah-lengahkan. Benda boleh buat cepat, eloklah dipercepatkan. 

Akhir kata, selamat berpuasa =)). 

Membantu Melalui Penulisan Blog

in , , by dorsett pink, May 09, 2020
Aku banyak share pasal anak-anak kat Blog. Sharing is caring. Saja-saja jer share untuk rujukan dan diri sendiri di masa akan datang. 

Bila dah tua-tua nanti,bolehlah tengok balik blog sendiri dan baca balik kisah-kisah anak-anak sepanjang diaorang membesar. Ye lah,bukan semua benda kita boleh ingat kan. So,blog ialah salah satu medium untuk simpan kenangan-kenangan indah itu 😊..

Niat blogging hanya untuk berkongsi jer. Jauh sekali ada niat nak menjadi kaya dengan blogging. Ini blog aku - www.dorsettpink.com .



Tapi,tak sangka pulak, sejak mula blogging tahun 2011 dulu-dulu, aku ada dapat banyak emel dari readers yang tanya macam-macam soalan. Dan soalan yang paling banyak ditanya ialah tentang TRAVEL. 

Aku rasa seronok bila dapat jawab soalan-soalan tu. Dan yang paling mengujakan yang bertanya tu bukan saja dari Malaysia,tapi ada juga  readers dari oversea macam dari US, Singapore,Brunei dan Indonesia. Ada jugak dari China. Pelik pun ada jugak sebab blog aku Bahasa Melayu. So mungkin diaorang guna google translate. 

Sekarang aku dah jarang travel, so tak de apa sangat nak share pasal travel. Sekarang banyak share pasal anak-anak a.k.a parenting. 

Apa yang aku tulis kat blog ,boleh dikatakan hampir 99% adalah dari pengalaman sendiri. Ada sikit-sikit dari pengalaman kawan-kawan atau melalui pembacaan. 

Walaupun tulis pasal pengalaman diri sendiri jer, tak sangka pulak ada ramai yang berminat dengan cerita tu atau info yang aku share. Dan ramai yang emel bertanya macam-macam. 

Sekarang dah ada social media dan aku pun aktif jugak kat Instagram. So ramai yang dah beralih dari emel ke PM. Ramai yang PM/ DM kat IG untuk bertanya something. 

Ini DM pasal Travel bawak anak kecik


Seboleh mungkin aku akan cuba jawab setiap pertanyaan tu. Niat aku cuma nak membantu.

 Dan Alhamdulillah,secara tak langsung aku dapat membantu diaorang untuk selesaikan masalah diaorang. Aku happy bila diaorang happy. 

Pernah ada yang PM bagitau yang dia stress/tertekan masa dalam pantang. Bukan sorang jer yang bagitau masalah macam ni,tapi beberapa. Dan lepas diaorang meluahkan perasaan diaorang,diaorang lega. Walhal aku tak buat apa pun. Cuma baca dan dengar. 


Ni contoh DM yang tertekan masa dalam pantang sebab masalah dengan CL (confinement lady). 


Sometimes, eh! bukan sometimes,tapi itulah fitrah kaum perempuan ni - diaorang nak someone yang willing dengar keluh resah diaorang. Cukup sekadar mendengar jer tanpa mengharapkan sebarang balasan. Itulah kaum wanita - makhluk Allah yang sangat unik.

Ini DM pasal buat PhD sambil preggy dan berpantang


Sebab aku pun pernah berpantang,so aku tahu 'perasaan' orang dalam pantang tu macam mana. So apa yang aku boleh bantu,aku akan cuba bantu. 

Dan semalam,tetiba ada sorang reader share kat aku  pasal 'gigi' anak dia. Dia happy sebab dah dapat selesaikan masalah gigi anak dia. I am also happy for her 😊😊. Ibu ini dah pernah DM aku sebelum-sebelum ni tanya pasal info dentist. 

Sebab aku ada tulis beberapa entri kat blog sebelum ni cerita tentang pengalaman nak mencari Dentist yang sesuai untuk anak aku - Kakak FL. 

Ini DM semalam pasal Dentist😊.


Memang Dentist ramai kat KL ni tapi tak semua dentist tu tahu handle kanak-kanak. Huhu. Sedih tau,bila kita terpaksa membayar rawatan tu tapi tak ada apa-apa rawatan pun dibuatπŸ˜ͺ.. 

Alhamdulillah akhirnya kini Kakak FL dah ada dentist favourite dia. Dan aku bersyukur juga dapat membantu  ibu-ibu lain dalam masa yang sama 😊. 

Sharing is caring. So,let's spread the positivity..

Terima ksih semua pada yang sudi membaca blog Dorsett Pink =)). Aku mintak maaf kalau ada yang tersalah atau terkecik hati pada penulisan-penulisan aku. Sesungguhnya aku hanyalah manusia biasa, yang tak lepas dari melakukan kesilapan.

Terima kasih sekali lagi.

https:://www.dorsettpink.com/

Pertama Kali Buat Biskut Semperit

in , by dorsett pink, May 08, 2020
Resipi Biskut Semperit Susu Yang Sangat-Sangat Senang dan Mudah |

Sebabkan Covid19, tahun ni kita beraya lain dari kebiasaan. Dah tak de ziarah-ziarah, kunjung-mengunjung, dah tak de angpau dan duit raya (kalau nak bagi pun, bagi kat anak sendiri jer lah). Jiran-jiran aku pun semua berbangsa Cina. So, confirm tahun ni raya duduk rumah jer, tak de solat raya, tak de main bunga api, tak de salam-salam (Salam keluarga sendiri jer). 

Sebabkan lain dari yang lain, so, raya tahun ni nak tak nak terpaksalah buat kuih raya sendiri. 

Siapa nak makan kalau buat pun?
Family sendiri jer lah makan =)). 

Aku try usha kuih raya online jugak. Ramai jugak yang jual. Tapi tak berani lah nak beli, tak berani sebab takut kuih hancur masa POS nanti =((. 

Kat mall atau supermarket for sure ada dijual. Tapi....... takpelah, kita cuba buat sendiri tahun ni. Kalau tak jadi, tahun depan kita kembali membeli  πŸ˜†.

So, untuk julung-julung kalinya dalam sejarah hidup aku - inilah pertama kali aku buat Biskut Semperit Susu πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜„. Resipi ni aku tiru kat Youtube.




Resipi Biskut Semperit Susu 

Bahan-Bahan:
- 1/2 cawan susu pekat
- 1/2 cawan butter
- 1 biji kuning telur
- 1/2 sudu vanilla essence
- 3 cawan tepung jagung (Aku guna Cap Bintang).
- Sprinkle / Chocolate Rice -  for topping
- Option : Habatusauda


Cara Buat :
1. Masukkan semua bahan-bahan kecuali tepung jagung. Pastu gaulkan sampai sebati guna spatula atau whisk (Takperlu guna mixer / blender). Jangan sampai berbuih sebab nanti takut biskut ni  terlajak kembang semasa bakar. 

P/S : Aku masukkan sedikit minyak habatusauda (setiap masakan aku, aku masukkan habatusauda - sebagai supplemen untuk anak-anak).

2. Lepas dah gaul semua bahan tu, masukkan tepung jagung.

3. Gaulkan tepung jagung dengan bahan-bahan awal tu guna Spatula. Jangan guna tangan dulu. 

4. Lepas dah jadi doh, then gaul doh tu guna tangan sampai doh tu kenyal.

5. Biarkan dalam 15 minit. Nak masuk dalam peti ais pun boleh.

6. Terapkan guna acuan semperit ke atas baking paper. Aku guna acuan dahlia pecah.

7. Panaskan oven sekejap. Bergantung pada oven masing-masing.

8. Bakar dalam oven - suhu 150 degree, 10 -13 minit. 

9. Siap!. Biarkan sejuk dulu, baru makan =)). 



OK la for first attempt. Rupa tak menjadi, sangat janji sedap. Kakak FL dan Leeya suka sangat. Sedap katanya. hihi. Cair kat mulut.

Ini pun sekejap jer habis ni. Hari ni dah habis. 

Bolehlah buat lagi lepas ni =)). 

Selamat mencuba =)). *kalau dah buat, share kat ruang komen k =)). Sahring is caring. 

Kakak FL Dah Pandai Solat

in , by dorsett pink, May 08, 2020
Alhamdulillah! Sejak masuk tahun 2020, Kakak FL istiqomah mengerjakan solat sekali sehari, either solat maghrib atau solat Isyak, samaada solat berjemaah dengan kami atau solat sendiri. Sejuk mata mommy tengok.

Ya, sekali jer dia solat dalam sehari. Takpe, baby step. 1 tahun kerjakan 1 solat fardhu. Cukup usia 10 tahun, cukupkan 5 solat fardu , InshaAllah, May Allah bless her. 

Tahun ni umur dia 6 tahun. Next month birthday dia. 

Di kala usia 6 tahun ini, dia dah mampu dan pandai mengerjakan solat dengan sempurna dari A-Z, (kecuali masih tak pandai lagi baca bacaan Tahiyat Akhir). Itu dah mampu buatkan aku tersenyum.  InshaAllah hari demi hari, akan cuba diperbaiki mana yang kurang. Jauh beza dengan mommy dulu. Mommy dulu-dulu pandai solat pun masa Darjah 3 (too bad =(( ). 

Tak puasa! πŸ˜…πŸ˜†


Lepas baca Al-Fatihah, dia kan baca mana-mana surah lazim yang dia ingat. So far, dia dah hafal 8 Surah. Hari-hari mommy daddy suruh dia ulang bacaan Surah-Surah tu agar dia sentiasa ingat dan tak lupa. 


Kakak FL pandai baca Surah Al-Fatihah sejak umur dia 4 tahun. Siapa ajar Kakak FL baca dan hafal Al-Fatihah? . Boleh baca kat sini - 'Kakak FL pandai baca surah al-fatihah'.


Tapi kan, Ramadhan hari ke-18 hari ni, Kakak FL masih gagal nak berpuasa. hahahhaa. Alasannya ialah - dia tak boleh bangun sahur - mengantuk. errrrmm..


Takpelah. En.suami pun tak paksa dia berpuasa.Yang penting dia kena belajar solat dulu. Sebab Solat tu Rukun Islam ke-2, Puasa pulak  Rukun Islam ke-3. Kalau tengok zaman sekarang, berapa ramai orang-orang dewasa yang berpuasa tapi tak solat?? Ramai!. Dan aku selalu berjumpa dengan orang-orang yang macam ni. Even ada tu umur dah 50 tahun pun masih tak solat, tapi puasa ONNZ cukup 30 hari. eerrrmmm... 


So, sangat-sangatlah penting untuk kita mendidik anak-anak kita untuk mengerjakan solat - Tahu mengerjakan , faham apa yang dikerjakan dan mengerti Hukum Solat itu WAJIB. 

Akhir kata, selamat berpuasa gais =)). 

Penantian Ink Printer =((

in , , by dorsett pink, May 07, 2020
Penantian Ink Printer | Masa awal-awal PKP Mac hari tu, Kakak FL dapat banyak homework dari kelas Art dia. 

Setiap 2 hari, dia akan dapat homework. OK lah, tak lah bosan sangat hidup dia hari-hari berkurung kat rumah. Dah lah kat rumah tak boleh tengok handphone, Astro pun tak de, so otak memang kena berfikir lebih sikit untuk fikir nak buat apa untuk hilangkan bosan tu. 

Mommy tak fikir, mommy sibuk dengan urusan kerja-kerja rumah 24 jam yang tak pernah-pernah habis. So, dialah yang berfikir sendiri. hihi.. Takpe, Kakak FL OK jer  =)). Dan dia sangat suka berkreativiti di rumah (baca - menyemakkan rumah). 

Kakak FL sangat suka degan aktiviti seni. Start awal tahun ni, kami masukkan dia ke kelas art. Dari tahun lepas lagi dia minta, tapi tahun ni baru ada rezeki untuk dia join kelas tu. Excited sangat dia dapat pergi art class. Saban minggu, counting days jer menunggu Hari Jumaat. Kelas dia setiap hari Jumaat.

Tapi bila PKP dia sedih lah, sebab tak dapat pergi kelas art. huhu.. Kesian anak mommy.

So, bila teacher bagi homework art & craft, teruja la dia.  

Ini antara contoh homework yang Kakak FL buat. Mommy lukis guna pensil, then Kakak FL trace guna marker pen dan finishing - dia colour sampai siap. Colour guna crayon. 


Masalahnya ialah - homework tu perlu print. Kalau takde print, kena lukis lah. Then, bagi Kakak FL colour, kecuali lukisan astronaut kat atas tu jer dia 'lukis' sendiri (trace sebenarnya - mommy yang lukiskan) . 

Printer kat rumah ni tak de ink. Dah lama printer ni tak digunakan - sejak aku habis PhD tahun lepas. Bila dah habis study, printer tu tersadai jer la kat rumah ni. En.suami tak guna sebab dia print kat office jer. 

Jadinya, sebabkan banyak sangat homework yang mommy nak kena lukis, so mommy rasa eloklah diprint kan saja. 

Sebenarnya, aku boleh melukis dan aku suka melukis. Tapi sebab banyak sangat dan kadang-kadang lukisan yang diberi mencabar daya kesabaran dan daya kreativiti aku, so aku rasa better print jer. 

Jadinya, aku pun belilah INK printer kat Shopee. 



Biasanya kalau beli barang online, 2-3 hari barang dah sampai. Tapi ink ni, tunggu-punya tunggu, 2 minggu baru sampai. Uhh! Lamanya. Penantian itu memang 1 penyiksaan =((.

Tapi OK lah, nasib baik gak sampai. Dari langsung tak ada. 

Bila dapat tu happy sangat-sangat. Dapatlah print macam-macam dengan tenang dan teruja 😁.


Inilah printer nya. Aku beli printer ni tahun 2016 kalau tak silap. Beli ni untuk study - print tesis dan segala yang berkaitan. Alhamdulillah sampai sekarang masih elok. Cuma ink nya mahal sikit.

Printer aku jenis ni - HP Deskjet 1510 Series. Boleh scan (fotostat), print . 

Pengalaman aku dengan printer ni - setiap kali sambung belajar akan beli 1 printer. Sebab belajar lama kan - 2-3 tahun sekali belajar. 

Masa Diploma & Degree, aku guna printer Canon. Habis jer belajar, terus rosak tak boleh guna. Diploma printer lain, Degree printer lain. 

Masuk Master, aku beli HP. Lepas grad, printer tu masih boleh guna lagi. Tapi bila dah lama tak guna, dia jadi rosak. 

Bila buat PhD, beli lagi printer - aku beli HP jugak, sebab rasa lagi best guna HP - laju jer print dan hasil printing pun elok. 

So, kalau ada yang tanya nak beli Printer yang mana either Canon atau HP, aku recommend beli HP. Sebab based on pengalaman aku yang dah beli beberapa biji printer, aku rasa HP yang best walaupun ink dia lagi mahal dari Canon. Takpe, mahal sikit, janji puas hati dan boleh pakai lama. 
Ini antara minuman dan pemanis mulut kami masa buka puasa tahun ni - air sagu gula melaka. Moreh pun boleh layan air sagu gula melaka ni. Kakak FL suka sangat. Tapi untuk anak-anak minum, aku modified sikit resipinya =)).



Resipi Air Sagu Gula Melaka

Bahan - Bahan :
- Sagu
- Gula Melaka (Orang pantai timur panggil Nisan).
- Susu cair / fresh milk - pilih yang mana satu
- Daun pandan
- Sirap - untuk warnakan. (Boleh tukar dengan warna lain kalau nak).
- 1 sudu gula
- Ais

Cara Buat :
1. Masak sagu dulu - Letak dalam periuk, campur air, letakkan daun pandan (simpulkan), pastu tambahkan air sirap sebagai pewarna. Masak sagu sampai sagu tu bentuk macam agar-agar.

2. Dalam periuk berasingan, buat air gula - letakkan air kosong, masukkan gula melaka, masukkan gula , masukkan daun pandan (disimpulkan).

3. Bila sagu dah masak, toskan (tapis) guna penapis sambil lalukan dibawah running air paip.

4. Lepas tu, ambik gelas. Letakkan air gula (sukatan ikut citarasa masing-masing). Pastu, masukka sagu. Lepas tu, masukkan susu cair.

P/S : Kalau nak hidnag kat anak-anak, susu cair tu ditukar dengan fresh milk, lagi sihat, compared to susu cair. 

5. Masukkan ais.

6. Siap! Boleh hidang sejuk-sejuk.


Selamat Berbuka Puasa =))

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE