al-fatihah

by - Tuesday, May 29, 2018

Aku teringat ceramah dari seorang ustaz pasal topik mendidik anak-anak. Tapi aku dah lupa kat mana aku dengar ceramah tu, maybe kat TV kot, entahler. YaNg penting , intipati dakwah tu kekal berlegar dalam pikiran aku sehingga kini. 

Ustaz tu cakap, kalau nak anak-anak kita masuk syurga & nak pahala kita berpanjangan dapat sehingga kita meninggal esok-esok , salah satu benda kita sebagai parents patut buat ialah AJAR ANAK-ANAK SURAH AL-FATIHAH. 

Sebabnya surah al-fatihah kan surah wajib yang dibaca masa dalam solat. So, kalau kita (parents) yang ajarkan anak-anak kita sendiri surah al-fatihah, pahala yang kita akan dapat tu berpanjangan sehingga kita meninggal.
Setiap kali anak kita tu bersolat, setiap kali itulah kita akan dapat pahala. Dalam sehari, wajib sembahyang 5 waktu sehari semalam bersamaan dengan 17 kali kita semua akan baca surah al-fatihah. 17 kali tu, banyak tu. Belum tambah lagi dengan solat-solat sunat yang lain. 

When she was 1 year old, 3 years ago

Pesan ustaz ni memang terpahat dalam kepala aku sejak FL lahir. Aku niat, kalau boleh, aku nak Kakak FL pandai baca al-fatihah dulu sebelum dia pandai membaca.

Dan kini, ketika usianya akan menjangkau 4 tahun Jun nanti, dia dah pandai baca al-fatihah. Ya Allah! Allah memakbulkan doa aku. Syukur sangat.

Bacaannya tak lah sempurna sangat macam kita orang dewasa ni, masih banyak yang perlu diperbaiki, especially bab PELAT.hahahhaha. But, dengan usia dia 4 tahun tu, aku rasa dah OK sangat dah. Takpe, slowly, aku dan daddy dia akan cuba perbaiki mutu bacaannya lagi. 

 
Ni masa umur dia 2 tahun 6 bulan

Tipsnya :

- Hari-hari aku ajar dia baca al-fatihah ni (sekali sehari jer). kalau dia tak nak baca pun takpe, aku or daddy dia baca sorang-sorang jer depan dia. 

- Baca kuat-kuat supaya dia dengar walaupun dia tengah main. Sebabnya otak si manja ni macam span, cepat absorb benda-benda baru. So, walaupun dia tengah main, sel otak dia akan boleh captured apa yang kita cakap. 

- Dia bersekolah di Tadika Islam, so tak susah lah untuk dia belajar bacaan al-quran dan belajar solat. Environment sekolah pun memainkan peranan penting gak untuk belajar sesuatu benda.

Aku cuma berharap, dia tak kan tinggalkan solat walau kemana saja kaki dia menapak. 
Solat ialah tiang agama. Tanpa SOLAT, WE ARE NOTHING.

You May Also Like

10 comments

  1. ALHAMDULILLAH FL DH HAFAL ALFATIHAH...ANAK YG BIJAK KAKAK FL

    ReplyDelete
  2. Salam Ramadhan dp..
    Perkongsian ilmu yang bagus dp. LZ pun baru tahu tentang ni.. Alhamdulillah masih belum terlambat kita jadikan surah al-Fatihah ini sebagai amalan seharian anak-anak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq LZ. semoga perkongsian ni dapat membantu ibu-ibu yang lain juga. sharing s caring. sama-sama kita mencari redho Allah swt

      Delete
  3. Replies
    1. you are welcome mama. tq for reading too

      Delete
  4. Thank you for sharing this, DP 😊 InshaAllah akan cuba dipraktikkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. u are welcome Bash. semoga kita sama-sama mendapat menfaat

      Delete
  5. Ameen. in shaa Allah she'll be a good daughter.

    ReplyDelete
    Replies
    1. inshaAllah.. semoga doa itu dimakbulkan Allah swt

      Delete