Pengalaman & Kos Buat MRI Pertama Kali

in , , by dorsett pink, November 23, 2021

Pengalaman & Kos Buat MRI. 

Semalam aku buat MRI kat Hospital Pengajar UPM, Serdang, atau senang nak sebut 'Hospital UPM'. Hospital ni baru lagi, terletak kat belakang Hospital Serdang. 

Nama jer Hospital UPM tapi ia bukan untuk warga UPM jer, sesiapa pun boleh datang dapatkan rawatan kat sini. Kalau agak-agak malas nak bersesak-sesak kat Hospital Serdang tu, drive je ke belakang pergi Hospital UPM ni (follow jer signboard kat tepi jalan tu menuju ke Hospital Pengajar UPM). 

buat MRI Hospital UPM dorsettpink.com
Aku buat MRI ni sebab aku selalu migrain. Aku kena migrain sejak mengandungkan Kakak FL 8 tahun lepas. Pastu awal tahun ni (2021), migrain tu banyak kali menyerang, sampai nak buat apa kerja pun tak boleh.

Aku ni jenis yang tak suka makan panadol atau painkiller, so aku akan tidur untuk hilangkan sakit kepala tu. Lepas bangun tidur ok lah. Ada jugak time tak OK, pastu makan panadol pun tak jalan jugak, then terpaksa aku pergi klinik , cucuk painkiller, lepas cucuk lega giler.

Awal tahu ni aku buat 'full medical check-up' kat Hospital KPJ Ampang Puteri, pastu doktor yang rawat tu suggest untuk aku jumpa dengan Doktor Pakar Neurologist sebab dah bertahun-tahun aku migrain ni. 

Bulan 6 hari tu aku pun jumpalah dengan Neurologist kat Hospital UPM. Hospital UPM ni hospital berbayar jugak tapi semi-government, macam hospital UKM dan PPUM. Bayaran dia murah la sikit, tak macam hospital swasta yang lain. 

Dan Doktor Neuro suruh buat MRI. Kena set-appoinment dulu untuk cari slot kosong buat MRI.

So, semalam aku dapatlah buat MRI tu. 

Inilah mesin MRI yang aku buat scan semalam. Gambar ni aku ambik kat Google Image. Sebab semalam aku tak dibenarkan bawak masuk handphone dalam bilik scan. 


Sebelum masuk bilik scan tu, kena masuk sini dulu untuk cucuk jarum kat tangan. Jarum tu nanti diaorang nak masukan ubat masa tengah buat MRI tu. 


Inilah jarumnya. Kena cucuk kat lengan. 

Pastu kena masuk dalam bilik persalinan ni untuk letak barang-barang kita dalam 'locker' dan bukak tudung. Aku tak payah tukar baju hospital sebab nak scan kat kepala jer. 


Pengalaman Pertama Kali Buat MRI

Ini first time aku buat MRI. Masa nak buat tu tak takut pun. 

Tapi bila dah masuk dalam tu, Fuhh! seram sejuk jer aku. Nak tidur pun takut sebab takut tak bangun-bangun dah. 

Sebab apa seram? Sebab rasa dia macam aku duduk dalam keranda jenazah dan menuju ke alam barzakh. Korang tengoklah mesin MRI kat atas tu, kena duduk dalam 'terowong' tu sorang-sorang. Pastu dalam bilik tu aku kena tinggal sorang-sorang jugak. Staff semua keluar, dan diaorang monitor dari komputer jer. 

Mula-mula, diaorang pakaikan aku 'earbuds' untuk tutup telinga, lepas tu aku kena pakai 'headset' yang besar macam DJ duk pakai tu. 

Macam ni lah lebih kurang. 


Pastu ada banyak wayar kat area badan aku ni. 

Pastu diletakkan benda macam ala-ala scanner kat kepala aku. Bila letakkan benda tu, aku tak boleh bergerak. 

Dan diaorang warning aku jangan gerakkan kepala, nanti gambar tak jadi. So, aku duduk kaku jer lah selama 45 minit - 1 jam. 

Masa masuk kat dalam 'terowong' MRI tu, diaorang dengarkan aku ayat-ayat al-Quran melalui headset yang aku pakai tu. Masa tu aku dah meremang. Takut! Takut macam rasa nak mati. Dah la terowong tu sempit, macam duduk dalam keranda.

Aku ingat nak tidur sebab sejam tu lama kan, tapi takut nak tutup mata sebab takut aku 'ditidurkan' terus. hahahhaha. Propa sungguh aku ni. Takut lebih-lebih. 

Masa scan tu, bunyi kuat sangat dalam terowong tu. Bunyi scanner tu. Sebab tu lah kena pakai earbuds dan headset tu. 

10 minit terakhir scan tu, aku dikeluarkan sekejap untuk diaorang cucuk 'ubat' kat tangan aku. Pastu masuk balik dalam 'terowong' tu. Lepas tu siap.


Persiapan Sebelum Buat MRI 

1. Kena puasa.

Kena puasa (tak boleh makan) 12 jam sebelum buat MRI. Boleh minum air kosong jer. Kalau tak puasa, nanti boleh muntah masa buat MRI tu. 


2. Kena makan ubat.

Kena makan ubat 'Prednisolone 5mg'.



Sebelum buat MRI tu, kena makan ubat ni dulu, kena 2 kali makan - 12 jam sebelum kena makan 8 biji, dan 2 jam sebelum MRI kena makan lagi 8 biji. 


KOS Buat MRI

Kos yang aku kena bayar untuk buat MRI semalam kat Hospital UPM ni ialah RM 900.00. 

Lebih murah dari kat Hospital KPJ atau hospital swasta yang lain. 

Nanti aku jumpa balik doktor untuk follow-up dan tahu result MRI ni 6 Disember nanti. Hopefully result menunjukkan yang aku sihat walafiat. Amin. 

 

SHARE 4 comments

Add your comment

  1. Thanks for sharing kak DP. Seram jugak tu,kalau klaustrophobic mesti gelisah. Semoga takde apa-apa yang serius

    ReplyDelete
  2. fuhhh, bila baca pengalaman DP pun dah seram sejuk. rupanya lama juga yer nak kena stay dalam tu, tengok cerita doktor2 macam Greys Anatomy tu macam sekejap jer (nama pun cerita kan).

    Moga result nanti DP sihat walafiat, Amiin

    ReplyDelete
  3. Berdebar pula baca perkongsian DP ni.
    Didoakan agar semuanya baik-baik saja ye DP.

    ReplyDelete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE