Alhamdulillah (I'm happy for her). 

Akhirnya, Britney Spears dah bebas! Dah merdeka! Dah FREE!. Yeayyyy.. Yeayyyy. 



Aku happy sangat bila dengar berita yang Britney Spears dah bebas minggu lepas. Sebab aku peminat setia dia sejak dari Form 3 lagi, sejak lagi dia 'Baby, I Did It Again'. 

Classmate aku kat u dulu pun tahu yang aku minat sangat kat dia. 
Tapi aku tak ikut lah cara hidup dia. Just minat jer. Alaaaa.. macam korang minat Siti Nurhaliza tu. Macam tu lah aku minat kat Britney ni. 

Aku start pakai kasut Skechers pun sejak Britney Spears yang popularkan dulu-dulu. Lepas Britney Spears pakai kat kebanyakkan performance dia, terus Skechers jadi famous. 

Dia kaya kan? Dan sangat berjaya sebagai seorang penghibur. 
Tapi sayangnya, sejak 13 tahun lepas, dia dah down. 

Career dia down terus. Sebab apa down? Sebab dia hidup dalam 'penjara' . 
'Penjara' yang dicipta oleh ayah dia sendiri. 


Hidup dia terkongkong. Kena kongkong habis-habis. Sampaikan 1 sen duit dia pun, dia tak boleh guna. Semuanya ayah dia yang ambik. 

Ayah dia siap pasang 'cip' kat badan dia yang dipanggil sebagai 'IUD'.

Dia dipaksa untuk bekerja keras. Dan duit gaji hasil penat lelah bekerja tu dan duit hasil business dia semua dia tak dapat. Kesian kan? 

Ayah dia kongkong dia tu bukan macam ayah kongkong anak, tapi lebih kepada 'Tuan kongkong HAMBA'. Dan adik dia lah yang bertanggungjawab untuk buat apa yang ayah dia dia suruh. Kira macam adik dia tu 'Jamie Lynn Spears' ialah tali barut ayah dia lah. 

13 tahun dia hidup dalam 'conservatorship'. 

Tertekan oooo hidup macam tu walaupun kaya-raya. 

Sebab tu lah kita nampak hidup dia teruk sangat - tak terurus. dan dia (Britney) mengalami depresi. 

Tapi walaupun dia depression, tak ada siapa pun yang boleh tolong dia untuk buat rawatan dengan Pakar Psikiatri, sebab ahli keluarga sendiri yang punca masalah ni. 

So, sekarang ni bila dia dah BEBAS, dia dah boleh 'decide' untuk buat apa-apa rawatan perubatan untuk diri dia sendiri, dah boleh sign mana-mana kontrak yang dia nak, dan dah bebas untuk gunakan dut dia sendiri. Kalau tak sebelum ni, nak belanja 1 sen duit dia pun tak boleh, kena mintak izin dulu dengan bapak dia. 

Macam mana dia boeh bebas ? Melalui perintah Mahkamah. 

Ni video dia yang dia post kat Instagram tu.


Semalam, dia buat video kat Instagram dia bagitau pasal perasaan dia sekarang. Dan ini anatara kata-kata dia :

“New with real representation today . . . I feel GRATITUDE and BLESSED !!!!” Under a graphic that read “Take me as I am or KISS MY ASS EAT SHIT AND STEP ON LEGOS,” Spears wrote, “This conservatorship killed my dreams . . . So all I have is hope and hope is the only thing in this world that is very hard to kill.” 

Bila tengok video tu, tengok gesture badan dia, nampak yang dia masih ada anxiety, masih lagi 'takut-takut'. Tapi takper, slowly nanti mesti dia recover jugak harapnya. 

Even masa minggu lepas, dia ada post kat Instagram dengan caption 'Amin'. So, maksudnya dia pun tahu apa maksud 'AMIN' tu 😊. Mana tahu 1 hari nanti dia dapat hidayah untuk masuk Islam kan? 

Masa hari Jumaat minggu lepas -hari pembebasan dia, Peminat-peminat dia yang buat team 'FREE BRITNEY MOVEMENT' berhimpun kat luar mahkamah dengan bawak sepanduk , bendera semua dan pakai baju Britney. Dan Britney cakap kat instagram  - 'dia bersyukur dan happy sangat ada peminat yang sentiasa support dia'.


Hopefully, lepas ni hidup dia kembali normal macam orang lain dan dia kembali sihat. 
SHARE 2 comments

Add your comment

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE